Rabu, 30 Disember 2009

Tak kena tempat

Kadang-kadang kita perlukan sesaorang untuk bercerita sesuatu.Bukan tentang orang lain tapi hal sendiri.Tapi entah mengapa orang kita nak jadikan biro aduan awam tu ( sebenarnya yang kita pilih ni pun kira rapatlah berbanding dengan orang lain) pulak macam tak faham situasi.

Boleh dia kata macam ni,jadi saya nak buat apa?.Eh...tergangga kita dibuatnya.Sebenarnya tak perlu buat apa-apa.Dengar saja.

Manisnya kalau dia kata macam ni.O....gitu ke,ataupun ye ke?
Sekurang-kurangnya berilah respons yang memberangsangkan.

Agak merajuk jugaklah kitakan.
Iktibarnya:perlu memahami dalam perhubungan.

Isnin, 28 Disember 2009

Suatu kematian

Selepas asar kelmarin dikejutkan dengan berita kematian Encik Malik,seorang kakitangan Hospital Besar Kota Bharu.Arwah merupakan suami kepada Ustazah Rokiah dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan.Arwah baru saja terima menantu awal Disember ari tu.

Terkilan sangat sebab tak sempat menziarah arwah semasa sakitnya.Inilah yang dikatakan kerja bertangguh tak menjadi.Lagipun kalau dok pakat-pakat sangat nak pergi berdua atau berkumpulan dengan geng-geng ex-teacher Maahad tu,inilah yang terjadi.

Satu pengajaran!!!.Jangan suka lengah-lengahkan masa.Masa tidak menunggu kita.
Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk Ustazah Rokiah dan keluarga.

Tambahkan ilmu

I Muharam sudahpun berlalu dengan membawa pelbagai azam dankita biasanya inginkan penghijrahan dalam kehidupan,iaitu daripada yang tak baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik.

2 hari lagi kita akan masuk ke tahun baru masihi pulak.Maka pada hari itu masing-masing sibuk berazam untuk buat apa sahaja sempena tahun baru.Tapi azam yang dirancang untuk dicapai sepanjang tahun 2009 dah tercapai ke belum?.

Sebenarnya pertanyaan itu untuk ditujukan kepada diri sendiri dan tidak ada langsung kaitan dengan orang lain.

Sempena nak menyambut 1 Januari 2010 marilah kita sama-sama merenung dan menghayati kata-kata Abu Laith As-Samarqandi ini.

Barangsiapa yang duduk di malis ilmu,walaupun tidak berupaya untuk memahami ilmu,ia tetap akan memperoleh tujuh kebaikan.

1.Mendapat fadilat orang yang belajar
2.Terpelihara dirinya daripada dosa
3.Turun rahmat ke atasnya semenjak ia keluar dari rumahnya.
4.Apabila rahmat turun ke atas kelompok penuntut ilmu,ia juga memperolehnya
5.Ditulis baginya kebaikan selagi mana ia mendengari pengajian( Tidak bercakap-cakap dalam
majlis ilmu )
6.Apabila berasa sedih di hatinya kerana kelemahannya dalam memahami ilmu,jadilah
kesedihan tersebut sebagai penghubung ke hadrat Allah.
7.Dia melihat kemulian orang alim dan kehinaan orang fasik,maka cenderung tabiatnya kepada
ilmu dan enggan hatinya kepada kefasikan.

Marilah kita sama-sama berebut-rebut untuk menghadiri majlis ilmu.

Jumaat, 25 Disember 2009

14 tahun....doh

HAPPY BIRTHDAY

Hari ini Irfan genap umur 14 tahun.Happy birthday dik.Semuga panjang umur,murah rezeki,berkat hidup dunia akhirat,taat perintah Allah dan rajin-rajin belajar.

senyum dalam tangis

Result PMR telah diumumkan.Keputusan keseluruhan sekolah memanglah agak membanggakan sebab 51 orang pelajar dapat straight A's.Tapi bagi mata pelajaran BM rasanya tak puas hati sebab ada 72 pelajar yang dapat B.Walaupun 151 orang dapat A.Tak puas hati.....sangat.Tak pernah lagi dalam sejarah diri sendiri seramai itu pelajar dapat B.tahun lepas 8 orang saja.


Walaupun terdapat 3 orang guru yang mengajar BM tahun lepas tapi entah mengapa diri ini amat tertekan sekali.

Mungkinkah kena buat semak semula.Semua ini perlukan sokongan pihak pentadbir!!!!.

Entahlah belalang.Aduhai.....apalah malangnya nasib kitakan kak Yoh.Mari kita pakat tok soh ngajar form three tahun depan.Kita ngaja form one pulok.Kito wi ko ore lain pulok rasa apa yang kita rasa.

Selasa, 22 Disember 2009

Apa yang dibuat tu...

Entah apalah yang dibuat sepanjang cuti sekolah ni....
Menjahit tidak,bergardening, jarang .....sebab ada pacat,pergi sekolahpun hanya 3 kali......balik kampung sekali-sekala.

Cuti yang tidak terancang,sebab papa ke KL untuk kursus dan meeting 2 kali sepanjang bulan Disember ni.Jadi tak dapatlah nak berholiday ke tempat yang diplan dalam kepala selama ni

Yang pasti dari 24 november hingga 28 Disember jadi mak supir hantar dan ambik Irfan dari tuisyen.

Jadi nak lepaskan hajat,pada 8 Januari nanti akan ke KL ambil barang bisnes.Tiketpun dah confirm.Jadi sapa-sapa yang nak ambik kain dan brooch tu datanglah ke rumah pada 9 hb Januari.Siapa datang awal dapat buat pilihan sebab barang masih banyak masa tu.

Siapa yang pernah membeli soy colegen tu jangan lupa amalkannya.Stok boleh diambil bila-bila masa.

PMR 2009

Esok jam 10.00 pagi akan terungkailah segala apa yang menjadi tanda-tanya selama ini.
Ya.result PMR akan diumumkan esok.Suspenlah jugak.

Agak-agaknya berapa butir A yang pelajar kelas 3 tut....dapat esok dalam subjek BM dan lain-lain.


Suspen..sungguh.

Pujuk hati..Sabar,sabar.Takkan lari gunung dikejar sebab gunung tak ada kaki.
Buat apa nak kejar gunung yang dah sahih tak akan lari ke mana-mana.

Isnin, 14 Disember 2009

Ahli keluarga species berbulu

Berusia 10 hari

kiut.....nya....
Yang ini menjadi rebutan sebab warna grey
Namanya Yuki...ala-ala Jepun gitu
elo....Yuki

Ahad, 13 Disember 2009

Ahli keluarga baharu

Pada 5 Disember 2009 yang lalu kami telah menerima 5...ahli keluarga yang baharu.sangat cute,putih melepak.Rasanya antara kami tak boleh berenggang lama.

Nanti gambar-gambarnya akan dimuatkan dalam blog.Nama-nama ahli baharu tu belum register lagi dengan pejabat pendaftaran.kalau dah melepasi 14 hari tentu sekali kena denda.

Susahnya nak beri nama.Buku nama-nama anak dah lama hilang dari simpanan semenjak dah pencen dari bersalin ni.Siapalah yang pinjam buku tak pulangkan semula tu.

Rabu, 9 Disember 2009

Dulu dan sekarang

Dahulu -masa terasa panjang sangat.macam-macam boleh dibuat dalam masa sehari semalam.
sekarang-masa terasa terlalu pendek.tup-tup dah pukul 10 malam.terasa macam baru saja
bangun dari tidur.


Dahulu -Masa cuti sekolah paling ditunggu.boleh bawak anak ke mana-masa sahaja.
sekarang -asyik sibuk dan menyibuk untuk entah apa-apa urusanpun tak tahu.

Dahulu -jika nak ke mana-mana asyik nak ikut.
Sekarang- tak nak ikut,ajakpun tak nak pergi.lebih baik mereka gi KB Mall.Sehari dua ni
takut dah nak gi ke sana.

Dahulu -anak-anak kul enam dah siap mandi dan pakai baju tidur.
Sekarang-Pukul tujuh malam dok asyik....tenguk jangan lupa lirik lagi.

Dahulu -anak-anak pukul 9 malam,paling lewat pukul 10 dah tidur.
Sekarang-malam menjadi siang,siang menjadi malam.

Dahulu -umur 27 tahun dah anak dua,dan terasa gementar nak masuk angka 30.
Sekarang-Umur 27 belum apa-apa lagi dan masih terasa muda belia.

Dahulu -Jika ada orang dok jeling-jeling,dah mula perasan ....dia minat kat aku agaknya!!!!
Sekarang-Orang,dok jeling,kerling,baling-baling sms dia buat tak tahu aja.....


Entahlah!!!!

Ahad, 6 Disember 2009

Rumah jadi sunyi sepi

Sekembalinya Arief Naqiuddin dan Arief Irham ke pangkuan keluarganya pada sabtu lalu rumah kami sunyi sepi.maklumlah Irham tu ibarat salleh Yakcob dari radio Sinar.

kalau Irham ada tak menang tangan dibuatnya.perutnya sentiasa lapar.jadi kenalah masak menu yang agak berat.sarapan dengan roti tak mainlah.kena buat nasi gorengke.mee goreng,tanak pulutke,apa-apa aje,janji makanan yang mengenyangkan.

Menu gulai kuning paling disukainya,terutama gulai telur,bertambah-tambahlah seleranya.tapi sepanjang dia dok di sini tak dapat pulak beli ikan patin.Di pasar Berek 12 tak ada,apatah lagi di pasar Pengkalan Chepa.Ke ikan patin dah pupus!!.Yang nama Fatin tu ramailah.

Ajal maut di tangan Allah

siapa yang menyangka kunjungan selepas tamat kuliah 3 orang pelajar Masterskill ke KB Mall
berakhir dengan tragedi yang begitu menyayat hati.

Hati ini begitu tersentuh apabila melihat gambar-gambar yang diambil oleh Hakimi dari Bonsaistudio.Turut dirakamkan gambar mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.Amat menyedihkan.semoga gambar-gambar tersebut dapat dimanfaatkan oleh wartawan dari Utasan Malaysia yang datang agak lewat ke tempat kejadian,begitu juga oleh pihak MPKB.

Irfan jadi takut nak tidur seorang apabila masih ternampak-nampak gambar-gambar tersebut
sehingga terpaksa ditemani.

Rabu, 2 Disember 2009

Banjir datang lagi!

Semalam hujan tak berhenti-henti menyebabkan kawasan rumah kami dilanda banjir.Air naik sehingga satu anak tangga.Nasib baik kereta sempat dialihkan ke rumah jiran.Rimas dan cemas dibuatnya.Apabila hujan berhenti keadaan kembali normal.

Tapi dalam kita dok cemas.Anak-anak pulak yang seronok main air.Bukan selalu dapat bermain air banjirkan?.Lebih-lebih lagi sepupunya ada sama apalagi,terlepas kawalanlah!.

Mainpun main jugak tapi masih dalam pengawasan,hanya main dalam kawasan rumah saja.Perintah zaman Jepun .Kalau tak, tak boleh main.Nasib baik mereka masih boleh mengikut
arahan.

Kanak-kanak sekali sekala berikan kebebasan agar mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak mereka,takkan dan tua-tua baru nak mandi air hujan!!.

Kepada mereka yang rumah mereka dilanda banjir.Takziah.Bersabarlah ye.

Selasa, 24 November 2009

Beraya di Dungun

Pada tahun ini kami sekeluarga,oh maaf bukan sekeluarga tapi dua keluarga akan berhari raya Aidiladha di rumah mak saudara di Dungun.

Rasa gembira sangat nak ke sana.Maklumlah nak mengimbau kembali saat-saat menempuh alam persekolahan semasa di tingkatan empat hingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah dan pernah menjadi Head girl pada tahun 1978.

Di samping tu nak tengok-tengok tanah pemberian mak saudara.Dah naik semak!.Entah bilalah nak bina apa-apa bangunan atas tanah tu.Rasanya untuk anak-anak ajelah.

Cik Za pulak nak pergi tanda dengan pokok kelapa tanah pemberian tersebut.Nak chokk katanya,agar adik-beradik yang lain tahu sempadan tanahnya.Aku tak perlu nak chokk sebab dah ada geran berasingan.

Kami adik-beradik sebenarnya begitu rapat dengan mak saudara yang satu ni sebab dialah yang merupakan satu-satunya adik beradik arwah ayah yang masih ada.Beliau merupakan bekas guru kanan Sekolah Batu 48.

Kalaulah ada kelapangan rasanya nak cuba ziarah rumah teman-teman lama.

Khamis, 19 November 2009

Hari-hari akhir persekolahan

Situasi 1
Sebagai guru tingkatan,hari ini merupakan hari yang sangat sibuk.Mana taknya,nak tutup buku rekod kedatangan,pastikan borang draf keluar sekolah diisi,fail hantaran buku teks dikemaskini,senarai hutang-piutang pelajar telah beres dan macam-macam.

Masuk kelas 1 Yakin,pelajar hanya tinggal 3 orang.Yang lain duduk menendang bola di padang.Suatu pandangan yang pelek tapi benar di sekolah ni.Pelajar yang begitu bersemangat bermain bola di padang walaupun dalam keadaan hujan lebat.Terasa macam mengajar di kawasan pedalaman pulak.

Situasi 2
Yang menghairankan ada dalam kalangan kita yang relek memanjang.Alangkah bernasib baiknya mereka.Dahlah masa mengajar sedikit.Tak jadi form teacher pulak.Itulah yang dikatakan rezeki masing-masingkan??????.Tanda tanya ni sebenarnya memerlukan banyak jawapan yang tidak ada orang yang boleh menjawabnya.

Sabtu, 14 November 2009

Leganya.....

Alhamdulillah semuanya selesai.Proses memasukkan markah sudah selesai.Perkara yang paling ditakuti kalau-kalau proses back upnya tak menjadi.Mudah-mudahan semuanya selamat.Apapun semua akan terjawab apabila menyerahkan semuanya di KL pada 22 November nanti.

Dengar berita dari angin yang berlalu ada anak buah yang sedikit bermasalah di bawah KPS.Esok akan pergi melawat ke PKG Jambu Lawar tepat jam 8.00.Sempat ke sampai .
Nak tengok betul ke tak anak mukim sampai lewat daripada tok penghulu?.Jika betul tahun depan good byelah jawabnya anak mukim tersebut.

Alahai acah je tu.Warninglah dulu.

Selasa, 10 November 2009

Manusia sebaik-baik kejadian

Manusia merupakan makhluk yang paling istimewa yang diciptakan oleh Allah S.WT kerana dianugerahkan akal yang membezakan dengan makluk yang lain.

Penciptaan asal manusia bermula daripada penciptaan Adam berasal dari tanah .pati makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang ditanam dibumi.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 12;maksudnya"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari tanah ".

Dan ketahuilah kita untuk mencipta seluruh anggota manusia tanah-tanahnya diambil dari tempat-tempat berikut;

a. Kepala - tanah dari Baitulmaqdis
b.Telinga -tanah dari Bukit Tursina
c.Dahi -Dari bumi Iraq
d.Muka - Dari Eden ( Yaman )
e.Mata -Dari telaga Kautsar
f.tangan kanan/kaki kanan -Tanah dari kaabah
g.Tangan kiri dan kaki kiri -Tanah dari parsi
h.Perut -Tanah dari Qurasan
I.Hati -Tanah dari syurga Firdaus
J.Lidah -Tanah dari Ta'if
K.Kemaluan -Tanah dari Babylon ( Iraq )

Ya Allah betapa istimewanya kita!!!!!

Khamis, 5 November 2009

Seminar Etika Keguruan.

Bertarikh 5 November 2009,guru-guru yang terlibat dengan pengajaran di tingkatan 3 tahun 2009 telah menyertai Seminar Etika Keguruan Melestarikan Kecemerlangan P&P (PMR 2010) di Dewan Congkak Grand Riverview Hotel.

Pengisian seminar ini amat bermakna dan bermanfaat sekali bagi diriku dan mungkin juga bagi rakan-rakan guru yang lain.

Ceramah pertama;Etika kerja mengikut perspektif Islam yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fakhrurazi b Abd.Rahim.Banyak info yang kami peroleh antaranya yang paling berkesan adalah ;

1.Boleh suaikan diri.
2.krentif-cipta idea yang baru
3.semangat dan daya juang yang tinggi
4jadikan Islam sebagai cara hidup
5.mempunyai kaedah dan strategi
6.menganggap diri sebagai khalifah Allah
7.sentiasa yakin Allah memberikan ganjaran kepada kita asalkan sesuatu yang dibuat dengan
niat kerana Allah.

Ceramah kedua pula disempurnakan oleh Encik Azizi b Abdullah,kaunselor dari PPD Pasir Puteh.Tak kering gusi kami dibuatnya dengan celotehnya yang bersahaja tapi melucukan.
Dalam slot inilah kami melaksanakan inventori personaliti sidek.

Banyak yang kami ketahui tentang diri sendiri.Sebenarnya banyak jugak betulnya hasil rumusan inventori tersebut untuk diri kita.Hanya kita yang tahu tentang personaliti diri kita.Yang dilihat oleh orang hanya yang tersurat manakala yang tersiratt akan terserlah dengan cara menjawab 160 soalan dalam IPS.

Lain-lain cerita dalam N3 akan datang.

kerja tertangguh.

Lama betul tinggalkan sekolah.Sejak 12 oktober hingga 23 oktober.Bukan ke manapun,cuma ke KL untuk menyelesaikan tugas-tugas yang telah diamanahkan.Tapi yang tak sedapnya ada rakan yang tak mengetahui cerita yang sebenar menganggap kita pergi makan angin.Makan angin apa, masuk meeting pukul 8 pagi habis kadang-kadang pukul 12 malam.berhenti untuk makan dan solat saja.Nak tengok surat khabarpun tak sempat,apatah lagi nak membacanya.

Jadi apabila tinggalkan pelajar,banyaklah perkara yang patutnya dibuat,tergendala,walaupun ada guru lain yang menggantikan waktu yang kosong tu.

Senang jugak jadi guru ganti ni ya.Relax.Tak payak terkejar-kejar nak habiskan silibus.Boleh borak-borak kosong dengan pelajar dan pelajarpun suka.

Dunia pendidikan semakin haru jadinya.

Selasa, 6 Oktober 2009

Esok yang ditunggu

7 Oktober 2009,Rabu bermulalah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.Kecut perut memikirkan apakah soalan yang akan keluar pada esok pagi bagi Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas.

Apa-apapun terima sajalah apa yang akan keluar esok.Pastikan anda menjawab mengikut kehendak LPM.

Untuk menjadi pelajar dan insan yang cemerlang sila baca tip berikut yang diambil dari akhbar kosmo

1.sentiasa berfikiran positif
2.Nyatakan matlamat
3.Menjaga kesihatan fizikal dan mental
4.Menjaga pemakanan
5.Cara belajar yang baik
6.Bergaul dengan positif
7.Bersyukur
8.bersedia untuk gagal
9.Hargai pendidik
10.Usaha yang seimbang.

Fikir-fikirkan dan marilah kita amalkan.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Tips memikat pasangan

Duduk saja-saja petang tadi,terbaca satu artikel dalam majalah yang khusus untuk wanita.Adake lelaki yang baca majalah ni? Tak apalah kalau tak berpeluang baca majalah tersebut,baca sajalah N3 ni.

Dalam artikel tersebut mengatakan terdapat beberapa cara bagi memikat pasangan,sama ada isteri,suami ataupun yang kita baru dok test market.

1.Ingat tarikh-tarikh penting
seperti tarikh hari jadi,tarikh kawin atau tarikh mula-mula kenal.Wanita biasanya sensitif tentang tarikh-tarikh penting begini.

2.Ringan tulang.
sedia membantu jika diperlukan.Jika ke pasar suami yang tolong bawa barangan.Taklah nanti si isteri yang terkial-kial membawa barangan.Atau jika si dia sudi apa salahnya tolong hantarkan si dia ke sesuatu tempat yang dia perlu pergi.

3.Menjadi pendengar yang baik.
Dengar je lah apa yang diceritakan walaupun sudah berulang kali.

4.Tidak kedekut.
Suka memberikan hadiah.lebih-lebih lagi jika kita tahu pasangan kita suka akan sesuatu,misalnya pasangan kita suka makan-makan,maka sekali sekala ajaklah dia makan di luar,atau dia suka membaca novel,belikan dia novel terkini yang ada di pasaran,atau jika dia suka parfume,belikan dia parfume.Jangan minyak atar dahlah.

5.Pandai membuatkan suasana menjadi ceria.
kecerian boleh wujud jika kita pandai membuat lucu.Tapi ingat lucu bukan lucah.Jika suka berbicara tentang benda-benda yang tak senonoh pasangan kita akan menyampah dan akan menjauhi diri daripada kita.Kalau tak pun dia buat pura-pura dengar tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.

Tak tahulah pulakkan sama ada tips ini boleh diguna pakai atau tidak,tapi rasanya tips ini ada kemujarabannya daklam mewujudkan atau mengekalkan hubungan.

Selamat mencuba!!!!!!

Air batu Campur.

Emmmm sedapnya air batu campur!
Ada cendol,sagu,kacang merah,kacang tanah dan buah kabung.Tapi dalam banyak-banyak tempat yang ada menjual ABC ni tak boleh lawan lagi ABC di Rantau Panjang.Sedap sungguh.
Buah kabung yang diletakkan banyak betul.Hampir 15 biji.

Jadi pada hari ini,selepas menghadiri kenduri perkahwinan anak seorang staf Pos Malaysia di Rantau Panjang,kamipun mengambil peluang untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa ke KL pada 12 Oktober nanti dan yang pasti bagi menikmati ABC.

Nampaknya tiada rezekilah anak-anak yang ada di rumah untuk menikmati ABC tersebut,sebab dalam perjalanan,Irfanberitahu yang dia nak ke Tawang menemani kakaknya.Jadi pengawal peribadilah tu........

Selasa, 29 September 2009

Menghitung hari

Hari ni dah 29 September.

Tak beberapa hari lagi maka calon PMR akan berjuang berhabis-habisan dengan menggunakan segala tenaga,semangat dan ilmu yang tak jemu-jemu di berikan oleh para guru.Sepanjang usia perkhidmatan,aku tak pernah lagi lihat pelajar begitu mewah dibekalkan dengan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Betapa bertuahnya pelajar yang dok belajar di SIc.Jika 8 subjek dari 10 negeri,kiralah berapa banyak latihan yang pelajar buat dalam 2 minggu belakangan ini.

Harapannya hanya satu agar apa-apa yang telah dibincangkan digunakan sebaik mungkin dalam peperiksaan pada 7 oktober nanti.InsyaAllah.

Tapi yang agak mengecewakan masih lagi terdapat pelajar yang buat tak kisah apabila kita dok bincang jawapan,malah ada yang boleh tidur lagi dalam kelas.Den tak boleh nak kata apalah.Ni bukan salah ibu yang mengandung tapi salah anak yang dikandung!!!.

Nampaknya jalan yang terakhir kena tolong mengarang buat mereka bagi tajuk-tajuk yang dijangka keluar.Suruh mereka baca,tulis berulang kali dan hafal jika boleh.Kalau tak mahu buat jugak....ikut engkaulah budak......

Ahad, 27 September 2009

secebis kenangan

keluarga dalam tema unggu


Siapa yang memberi dan menerima ni!!!




Anis Maisarah.Anak sepupu kepada anak-anak.


Ahli keluarga baharu.Syasya Qistina, dua pupu




Ahli keluarga Cik Za.(6orang -seorang)-anak saudara
cik Li
Ahli keluarga Mi


Bersama dengan ipar-duai

Anak-anak dan sebahagian sepupu perempuan

Anak-anak dan sebahagian sepupu lelaki






















Sabtu, 26 September 2009

Pejam celik,pejam celik,cuti raya sudahpun berakhir.Bermula esok,maka kami para guru terutama guru yang terlibat dengan calon PMR kembali bergelumang semula dengan soalan-soalan dari negeri-negeri lain.kepala mula serabut memikirkan adakah target yang dibuat pada awal tahun 2009 mencapai sasarannya.

Jika dibuat analisa berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan tempoh hari,target yang ingin dicapai terutama bagi mata pelajaran BM jauh lagi daripada apa yang disasarkan.Bilangan calon yang mendapat A hanya 68 orang sahaja.Tak tahu apa lagi yang patut dilakukan pada saat-saat akhir ini.

Bagi bahagian B,buatlah latihan tentang langkah untuk mewujudkan semangat kejiranan dan juga mengapa amalan ziarah-menziarahi perlu dalam masyarakat Malaysia.Manalah tahukan kot-kot tajuk ni yang akan keluar nanti!!!!

Bukan nak jadi Pak Belalang tapi terdapat dua buah negeri yang membina soalan berdasarkan tema yang sama.

Untuk bahagian yang lain rahsia......

Selasa, 22 September 2009

Hari Raya penuh barakah

Dengan kehadiran bulan Syawal,bermakna bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan telah kita tinggalkan.Tak pastilah sama ada tahun depan kita bertemu atau tidak dengan bulan Ramadan lagi.

Pada pagi Syawal ,selesai sahaja solat sunat Aidilfitri kami sekeluarga menziarahi ahli keluarga kedua -dua pihak,dan seperti sudah menjadi kewajipan bagi kami menziarahi ibu saudara yang tinggal di Alor Lintang.Satu-satunya ibu saudara sebelah mak yang masih ada.Tapi entah mengapa hubungan dengan sepupu-sepupu kurang ngam sejak setahun dua ni.Mungkin kerana msing -masing sudah berkeluarga.

Hari raya kedua,dalam perjalanan pulang ke rumah di Kota Bharu,kami mengambil kesempatan untuk menziarahi sepupu sebelah suami yang tinggal di Pasir Putih.

Dalam kesempatan ini,mengucapkan terima kasih kepada yang sudi bertandang ke rumah kami pada hari raya ketiga .Kepada yang tak sempat datang tu,datanglah bila-bila masa sementara kuih raya masih ada.

Selasa, 15 September 2009

Musibah untuk menguji kesabaran.

Minggu terakhir Bulan Ramadan dipenuhi dengan dua kejutan!!.

Kejutan pada hari Isnin yang tidak boleh diterima dek akal yang waras,tapi itulah yang terjadi.Sehingga ke saat ini kami ( Sebab rakan-rakan satu sekolah )masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang menimpa salah seorang rakan kami.

Perasaan kami bercampur baur,sedih,marah,simpati dan empati.

Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang teraniaya,lebih-lebih lagi kepada orang yang membuat onar itu.

Sesungguhnya doa orang teraniaya tidak akan ada hijabnya.

Kejutan yang kedua baru sebentar tadi berlaku.kereta Das 8088 dilanggar oleh sebuah motorsikal yang dipandu laju oleh seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.

Bayangkan dengan tanpa lesen,berani memboncengkan 2 orang rakan.
Pada saat dan ketika ini aku memang tak boleh control kemarahan dah dan terkeluarlah kata-kata;

"Awak bawak motor ni ada lesen ke?"
"Beri mak cik nombor telefon mak awak atau ayah awak"

Dengan wajah takut-takut dia jawab,lesen tak dok,nombor telefonpun tak tak dok .
Maka sahihlah budak ni berbohong,dalam dunia zaman sekarang ni mana ada lagi dalam sebuah keluarga ,seorangpun tak ada telefon,budak umur 6 tahun pun dah ada telefon bimbit!!!

Yang pandu kereta tu pulak,lagilah menggeletar,nak marah ke budak kecik tu dan lagi sayang jugaklah keretanya.Lagipun budak tu gi langggar ketika dia dah berhenti dekat selekoh apabila nampak budak tu.

Cadangnya nak menumpang kawan sepejabat berbuka di Hotel Raudah,tapi balik semula jam 6.50 sebab yang berjanji nak tumpangkan tu tak datang -datang.Dia nak pergi sendiri dah tak ada mood dah.

Lain kali berjanjilah pada orang yang boleh dipegang janjinya!!!.
Paling penting menepati masa.Buat rugi masa aja pergi tunggu dekat Wisma

Bulan Ramadan

Bulan Ramadan semakin hampir akan meninggalkan kita.Terharu apabila bermuhasabah diri,sebanyak manakah amalan pada tahun ini,sempat lagikah menikmati kemanisan dan rahmat bulan Ramadan tahun-tahun yang akan datang.

Mudah-mudahan Allah memberikan kasih sayangNya dengan memanjangkan usia kita agar kita dapat lagi beribadat dan meningkatkan darkah keimanan kita padaNya.

InsyaAllah

Selasa, 8 September 2009

Soal hati

Memang payah apabila bercakap soal hati dan perasaan,terutama apabila berkait dengan orang lain.

Walaupun kita cuba menyembunyikan perasaan itu daripada pengetahuan orang,namun kita juga yang merana dalam diam.Soal hati ni bukan berkaitan dengan perasaan hati orang-orang muda tetapi berkenaan dengan hubungan sesama adi-beradik,jiran,sanak saudara,ipar-duai,sepupu sepapa dan yang seangkatan dengannya.Dalam hal ini kita tidak boleh ada sikap beza membeza!.Mungkin bagi kita percakapan kita tu biasa aja,memuji diri,anak-anak dan lain-lain tapi bagi orang mendengar mungkin dia akan terasa.( Ingatan ini untuk diriku dan mungkin bagi orang lain jugak)

Sebab itulah adanya peribahasa yang mengatakan cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.

Bukannya apa takut-takutlah nanti hubungan akan menjadi dingin dan apa yang terpendam
akan meletup walaupun dalam diam dan hanya terzahir bagi orang yang mengerti dan memahami sahaja.

Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari Merdeka

Tahniah kepada kita semua kerana menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52.Apa yang kita buat pada hari ini?.Rasanya ramai yang sambung balik tidur selepas sahur tadi.Kononnya untuk memenuhi hari cuti.Rugi betullah jika berfikir sebegitu.

Kami mengambil peluang ni untuk ke nurseri bunga di Pasir Hor.Membeli apa-apa yang patut.Sangatlah teringin nak beli kokok bunga Lantana yang telah dibonsaikan.Tapi apakan daya dek kerana tidak diambil masa mula-mula sampai tadi akhirnya pokok yang cantik tu telah diambil oleh orang lain.Betullah satu lirik lagu tu,jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Singgah di nurseri lain tak ada pulak pokok macam tu.

Sudahnya kami membeli pokok bunga orkid.Kegemaran yang tak pernah padam.Balik kami gubah sendiri buat orkid memanjat di sebatang kayu.Apabila siap kami senang hati.

Lepas tu fikir apalah pulak menu hari ini.Agaknya inilah menu ini hari.
1.Ayam masak asam
2.Sambal udang harimau
3.sayur campur
4.kuih kaya-buat sendiri tau.
5.Air putih suam dahlah.Emmmm sedapnya air suam.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Berkongsi rasa dan cerita.

Semalam Jumaat,dapatlah membantu seorang rakan menyempurnakan ceramah teknik menjawab di Maahad Muhammadi Al Fauziah di Rantau Panjang.Dek kerana beliau tak sanggup bercakap 4 jam tanpa henti maka dimintalah bantuan dariku. Dua jam seorang.

Rasa nak pengsan dibuatnya.Terlalu letih.Pukul 12.30 baru selesai.

Tapi ada satu cerita menarik yang dapat dikongsi apabila dok menunggu giliran nak buat ceramah.mendengar cerita daripada dua orang guru dari sekolah tersebut.Seorang guru lelaki yang mempunyai 8 orang anak di mana kesemua anaknya dijaga sendiri.Makan minum dijaga rapi,vitamin minda,hantar tuisyen semuanya diuruskan dan hubungan beliau dengan anaknya seperti rakan-rakan.Isterinya suri rumah tangga sepenuh masa dan tukang jahit yang berjaya( banyak tempahanlah agaknya ) Anak-anaknya berjaya dan mendengar kata.

Manakala seorang lagi,guru perempuan yang mempunyai 11 orang anak.Semua anaknya dia yang ambil tanggungjawab.hantar tuisyen dan lain-lain.kalau dia terpaksa ke tempat lain,anak-anaknya tak ke tuisyenlah jawabnya.Jika anak-anak buat perangai,si ayah tak bersuara.Jika si isteri menyuruh si ayah membuat teguran si ayah melenting dan marah-marah pada anak-anak.Bukan apa kata si isteri,marahkan anak kerana nak marahkan isteri.Pukul anak sindir menantu rupanya.

Memang ramai si ayah yang bersikap begini!!!,moralnya bagi yang nak menamatkan zaman bujang bersedia dulu dari semua segi.Biarlah agak lewat sedikit tapi matang dari segi pemikiran.

Rabu, 26 Ogos 2009

Menu apa hari ni??

Menu hari ini simple sahaja iaitu masak tomyam campur,ayam tiga rasa ,tembikai dan puding caremel.Cukuplah tu.Jangan makan lebih-lebih.Rempah tiga rasa tu dah ada yang sedia untuk dimasak.Sapa yang nak order lagi silalah ya.

Rasanya pasal lauk-pauk untuk berbuka ni kami tak kisah sangat.Ala kadar aje dan jarang sangat ke pasar Ramadan.Kalau pergipun hanya beli kuih.Itupun pilihan terakhir.

Tapi semalam dapatlah merasa satu jenis martabak.Biasanya kami beli martabak raja.malam tadi dapat merasa martabak Istanbul.Pemberian sesaorang.Terima kasih daun keladi....
Ingatkan rasanya sama,rupanya lain.Patutpun namanya lain.Sedap.....

Dugaan Ramadan

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

Memang kita kena sentiasa ingat pesanan tu.Kerana sambut aja Ramadan Al-Mubarak dugaan telah datang.Hari pertama lagi papa budak-budak ni demam tak baik-baik.Doktor bagi Mc tapi tak nak ambik.Kononnya untuk mengekalkan rekod kerja tanpa mc.Bayangkan sepanjang papa bekerja tak pernah ambil MC.ho..ho.tahniah!

Setelah papa baik sedikit dari demam,mama pulak demam dan sakit-sakit badan.Tak tahu apa sebabnya.Nasib baik tak selsema.Kalau tak risau jugak.

Walaupun tak berapa sihat tapi sempatlah menyemak kertas-kertas peperiksaan pelajar.Lega rasanya.Prestasipun agak memberangsangkan terutama bagi pelajar tiga jujur.pelajar 3 Taat masih di takok lama.Hanya nasiblah agaknya yang menentukan.Tak ada perubahan langsung!!!!
Tak tahu dah apa yang harus dilakukan.Malas dah untuk fikirkannya.Sebab segala ajaran seolah-oleh masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Habis tu apa jadi dengan prestasi sekolah?.sapa nak jawab ni......

Ahad, 16 Ogos 2009

Inilah pokok jambu kayu.Rendah aje.
Ranum di pokok.

Siap sedia untuk dibawa ke sekolah dan diagihkan kepada
jiran-jiran


Tengok buah-buahnya.Ada di setiap dahan!



Nampak botol tu?.Sebenarnya dalam botol tu ada ubat perangkap
lalat buah supaya lalat tersebut tidak merosakkan buah jambu.




Buah jambu klasik

Jika direnung pada gambar-gambar di bawah ini nanti tentu ramai yang tertanya-tanya di manakah tumbuhnya pokok ini.Ada yang menyangka tentu sekali pokok ini tumbuh di dalam dusun atau tak sengaja tumbuh kerana bijinya dibawa oleh haiwan.

sebenarnya sangkaan tu salah.Pokok jambu yang mempunyai pelbagai nama seperti jambu kayu,jambu epal dan lain-lain kami tanam khas di depan rumah kami dan mula berbuah pada tahun lepas.Tapi tahun ini buahnya sangat-sangatlah menjadi.Alhamdulillah,semoga tahun depan lebih-lebih lagi menjadinya.

Mungkin tahun depan dapat dikomersilkan dan dijadikan kordial pulak.Jambu ini sungguh sedap rasanya dibuat jus.Siapa nak rasa datanglah ke rumah.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Resepi hari ini

Ayam masak tempoyak.

Bahan
6 ketul ayam
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
6 biji cili padi
2 sudu tempoyak

Cara membuat.

1.Bawang merah,bawang putih dan cili padi ditumbuk.( Cili padi ditumbuk dengan tangkainya sekali untuk mengurangkan kepedasan)

2.Serai dititik

3.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga bangkit baunya.masukkan serai.

4.Masukkan ayam.Setelah ayam hampir masak,masukkan sedikit air dan tempoyak.

5.Renihkan sehingga masak.Rasa garam serta gulanya secukup rasa.


Selamat memasak!!!!!

Khamis, 13 Ogos 2009

Ikan ! ikan

Nak dikatakan bulan mengambang,dah berlalupun.
Biasanya harga ikan agak mahal apabila bulan cerah,kata oranglah.Tapi petang tadi semasa pergi membeli barangan basah di Pasar Gok Kapor/Pasar cina,terkejut sangat.Ya Allah harga ikan mahal betul.Belumpun masuk bulan ramadan harga barangan dah pun meningkat.Bayangkan ikan tenggiri harganya hingga mencecah RM 25 perkilo.Ikan gelama yang kecik RM 10 dan ikan kembung yang biasanya hanya RM 10 berharga RM 12.

Bagi keluarga yang bilangan ahli keluarganya ramai,berapalah agaknya perbelanjaan bulanan mereka.kalau beginilah gayanya kadar kemiskinan di negara kita susah nak dikurangkan,apatah lagi nak dihapuskan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Menu pra Ramadan

sebagai persediaan menyambut bulan yang mulia ini baiklak kita sediakan menu awal-awal agar kita taklah asyik dok bercerita tentang apa yang nak dimasak pada siang hari di bulan tersebut.nanti kurang pulak pahala puasa.

Dalam N3 ni nak berkongsilah satu resepi yang orang suka makan tapi tak berapa suka nak buat.Resepinya simple saja iaitu pencicah ikan bakar.Ikan tu apa-apa ikanpun boleh asalkan kita ada selera untuk memakannya.Ikan emas dalam akuariumpun boleh.

Pencicah/sos ikan bakar

Bahan-bahan;

Limau kasturi
bawang merah
belacan
cili padi dan cili besar
air asam jawa
garam

cara membuatnya
1.Bakar bawang merah,setelah masak hiris nipis-nipis
2.belacan dibakar
3.Kisar cili padi,cili besar,belacan,gula dan garam bersama-sama dengan perahan air limau nipis
dan air asam jawa.
4.setelah itu masukkan hirisan bawang dan juga hirisan kulit limau kasturi.


Sos ini lebih sedap dimakan jika disediakan lebih awal agar rasanya lebih sebati dan lebih sedap lagi jika menggunakan belacan Terengganu.banyakkan air limau kasturi berbanding air asam jawa.Jika tips ini diikuti,ketika kita makan nanti,mak mentua lalupun kita tak nampak.Apatah lagi jika dia lalu di belakang.Lebih tak nampak jika yang lalu tu yang belum jadi mak mentua.


Bagi yang bujang tu suruh mak sediakan sos ni banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.Apabila nak makan keluarkan aja.

Selamat mencuba.....

Isnin, 3 Ogos 2009

Aku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Engkau ibarat gajah
Aku hanya semut merah


Lirik lagu ni tiba-tiba bermain dalam kotak fikiran.Walaupun tema lagu ni berkisar tentang kemelut cinta dua darjat,tapi mungkin boleh digunakan dalam situasi yang aku hadapi tengah hari tadi.


Diminta berikan subjek KHB kepada orang lain dan aku ambil satu lagi kelas BM.Entah mengapa aku yang menjadi sasaran perubahan ini.kali ini darjah penerimaan terhadap perubahan jadual sudah sampai ke paras nilai sut.Nak ubah apa lagi,dah hampir akhir tahun.

Tapi aku hanyalah semut merah.Sedih sangat.........................................
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Ahad, 2 Ogos 2009

Satu pengalaman

Jumaat,jam 8.30 pagi bertolaklah kami 3 beranak ke Kuala Lumpur.ingatkan driver muda nak bawak kereta,rupa-rupanya mama yang kena pandu sendiri sehinggalah ke Gua Musang.Tak pernah lagi seumur hidup memandu sejauh itu.Kalau papa ada tentu sekali tak diberinya memandu.Tak berapa harap katanya.Driver muda tu tidur siap berdengkur lagi.Sampai di R & R barulah tukar driver.

Hari ni terpaksa cuti kerana tak sempat nak balik.Nasib baik tak balik pukul 2.00 pagi tadi.Kalau dibuatnya driver mengantuk tak ke haru.Petang tadi pun pandu sendiri dari Gua Musang ke KB.Rasanya lepas ni tak sanggup lagi,asyik dok ikut bontot lori yang dipandu macam semut,nak memotong,kereta berderet.Bayangkan dari Ketereh ke KB hampir 1 jam.

Apabila tonton berita baru tahu serius jugak perhimpunan haram pada hari Sabtu,kelmarin.Masa tu kami ada di kawasan sekitar Jalan TAR,tapi tak perasan pulak ada perhimpunan
haram.Mungkin takdir telah menentukan.Kalau terperangkap dalam kumpulan tu, tak semena-mena glamourlah pulak tiba-
tiba.Hari ni pun mungkin dah geger riuh,seorang guru terlibat dengan perhimpunan haram.....eee minta dijauhkan.

Rasa takut pulak apabila badan rasa seram sejuk macam nak demam.Bimbang kalau-kalau terpaksa dikuarantin.Ya Allah minta diselisihkan malaikat 44 kata orang.

Rabu, 29 Julai 2009

Hujung minggu

Bermula petang esok,tahap kesibukan agak tinggi.Sebab terpaksa berkemas untuk bermalam di Damai Beach Resort.Walaupun sekadar memenuhi jemputan perasmian untuk hari keluarga pekerja beruniform Pos Malaysia Berhad negeri Kelantan,tetapi sekurang-kurangnya kena turut serta dalam program yang diadakan.takut nanti dikatakan memilih bulu pulak.

Mengikut pengalaman yang lampaulah kan.....kumpulan posmen ni jika mereka menganjurkan sesuatu aktiviti,aktiviti mereka sangat berjaya dan layanan tehadap tetamu yang diundang sangat...... baik.

Pagi Jumaat pulak kami akan ke Kuala Lumpur,untuk menguruskan hal-hal peribadi dan kalau ada kesempatan waktu bolehlah jalan-jalan mengempiskan beg!!!.

Papa dan Irfan tak pergi sebab nak jimat ruang dalamkereta.Besar sangatke mereka berdua tu????Kami hanya pergi bertiga,balik berempat,sebab yang sorang tu malam esok dah terbang awal-awal lagi untuk kemaskan apa yang patut di rumahnya.

Baliknya pada hari sabtu.Ahad terus bertugas,nak ambil CRK rasa sayang pulak sebab pada 13 dan 14 ogos nanti nak ambik dua hari untuk ke PP.

Bagi yang baru nak masuk bekerja pada 9 ogos nanti tak ada peluanglah nak ke PP.Nak batalkan kunjungan ke PP tu tak bolehlah pulak sebab dah tempahpun apa yang patut ditempah.
Tengoklah macam mana nanti.

Isnin, 27 Julai 2009

Bahasa menunjukkan bangsa

Seolah-olah menjdi satu kelaziman dalam kalangan pelajar masa kini,suka sangat mengata-gata kawan,merendah-rendahkan kawan ,memberi gelaran dan sebagainya.dan hal inilah yang berlaku pada waktu p&p pagi tadi.

Kadang-kala sakit jugak telinga tatkala mendengar anak-anak pelajar zaman ini berkata-kata.Tidak ada kesopanan langsung sedangkan dalam prinsip rukunegara ada prinsip kesopanan dan kesusilaan.Nak buat macam mana,masa pelajaran sivik tak belajarpun sivik!!!!!!!

Kata mereka," tak apa cikgu,cakap gini pun,hati baik". Aku cukup tak berkenan dengan orang yang berperinsip seperti itu.Mana orang dapat tahu isi hati kita,baik ke tidak.Dalam berkata-kata,baiklah kita berhati-hati.Jarang orang yang bercakap kasar,sinis dan penuh dengan sindir-menyindir baik hatinya.Kalau tidak masakan ada kata-kata pujangga yang mengatakan bahasa menunjukkan bangsa.

Dengan kata-kata kita boleh dianggap sombong dan mungkin wujud sifat riak dalam diri.Sebenarnya sombong adalah sikap yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain dengan anggapan kepandaian kita lebih hebat dan tinggi daripada orang lain.

Kesombongan yang ditimbulkan dari segi keagamaan ataupun keduniaan disebabkan antaranya;1
1.Ilmu
2.Ibadah dan amal soleh
3.keturunan
4.kecantikan
5.Kekayaan
6.Kekuasaan dan kekuatan
7.Keluarga dan pengikut yang banyak

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl yat 29 yang bermaksud " Maka masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu".

Ingatan ini untuk diriku dan kita semua.


kucing

Banyak kenangan yang tercipta dengan kucing-kucing peliharaan di rumah kami.Sejak dari dulu lagi kami anak beranak suka membela kucing.

Menurut satu kajian,mereka yang gemar memelihara binatang kesayangan ialah orang yang berjiwa lembut.Kata merekalah.Tak tahulah pulak kebenarannya.

Pagi Jumaaat yang lalu kami telah membawa dua ekor kucing kami ke pasar!.Tujuannya hanya satu,untuk menempatkan Memey dan anaknya di sana.Rasa berdosa yang amat sangat....kalau tak kerana dua beranak tu yang suka membuang di merata-rata tempat,tindakan ini tak akan diambil.Jenuh jugak setiap hari terpaksa membersihkan............kucing-kucing tu.

sebelum dibawa ke pasar kami siap berpesan kepada memey dan anaknya supaya duduk baik-baik.Pandai pulak memey,pandang aje muka Irfan.Sedih betullah tengok situasi tu.

Entah mengapa ,tiba-tiba teringat pada memey dan rasa macam nak cari semula di pasar tu.
Dulu kami ada kucing parsi,bobby dan koko.Kedua-duanya mati akibat selsema.Influenza kucing agaknya.Koko boleh dibawa ke mana-mana,pernah beberapa kali dibawa ke sekolah semasa mengambil tuannya balik dari sekolah.Jinak dan manja.Kalau tuannya baca N3 ni sahlah keluar air mata.

Apa-apapun Irfan jangan sedih,kiki akan dapat kawan tak lama lagi.Ada rakan yang nak beri kucing baka parsi.Tunggu.......

Khamis, 23 Julai 2009

Perasmian bonsaistudio

Jika tidak ada aral melintang,pada hari Sabtu ini 25/7/2009 bonsaistudio akan dirasmikan.Perasmian akan disempurnakan oleh ahli keluarga sendiri aja.Suka-suka.Ambil berkat dengan sembahyang hajat malam seebelumnya.

Kepada yang sudi silalah datang,jam 2.00 petang.bolehlah tengok-tengok studio.Boleh tempah untuk fotoshot.Tapi pada hari sabtu ni percuma saja,sebagai promosi di white studio.jangan segan-segan ya!.Tapi janganlah bawak gewe untuk bergambar di studio tu pulak.Overlah pulakkan.Bagi yang nak tinjau-tinjau untuk persediaan ambik gambar masa wedding jemputlah ye!.

Makanan ala kadar disediakan oleh ahli keluarga sendiri.dengar khabar ada spegetti,mee singapura,kuey teow dan sedikit kueh-muih.Dengar khabarlah.Jangan indah khabar dari rupa dahlah.Tapi yang pasti kalau nak ikut selera sendiri baik bawak makanan sendiri.

Untuk keterangan lanjut boleh lihat http://fakhrul.bonsaiphotostudio.com. Bagi yang addict ngan foto jangan lupa undangan o.k

Kita hanya insan biasa

Kita hanya insan biasa yang hanya ada masa 24 jam sahaja sehari semalam.Walau apa pangkat kita sekalipun ,peruntukan masa untuk kita adalah sama.Tak tahulah pulak kot-kot ada ada orang yang diberikan masa yang lebih.

Disebabkan kekangan masa inilah,menyebabkan jika sesaorang yang tak ikut jadual kerja yang telah dipersetujui bersama maka kita akan naik angin satu badan dan semua kerja akan tergendala termasuklah kerja yang akan mendatang.

Bagaimana PLBS akan berjaya sekiranya ada antara pentaksir kawasan sendiri yang cuba mencari jalan untuk memboloskan diri daripada dipantau????.Tak adilkan bagi pentaksir sekolah.Entahlah.Naak tunggu pegawai dari Lembaga Peperiksaan datang dulu agaknya.

Isnin, 20 Julai 2009

Bola oh bola

Musim bola ke sekarang ni?Rasanya tidak.

Tapi demam bola terjadi dengan tiba-tiba petang tadi.Masing-masing tak mahu keluar ke mana-mana dek kerana nak tonton perlawanan Malaysia dengan MU malam ni.

Tak ada genglah nampaknya kita.Papa and anak-anak dah sepakat nak tontonnya!!!
Seronok sangatke tengok orang sepak bola?.Tak tahulah.............Kalau dulu kaum lelaki aje yang minat bole tapi sekarang dari kanak-kanak hingga kepada mak budak pun suka tonton perlawanan bola.Entahlah belalang............

Ahad, 19 Julai 2009

ganjaran


Habiske dimakan sebanyak ni?


Sangat menggoda!!!!












Berposing sebelum mandi







Orang kuat rombongan kami








Antara ahli rombongan





Setelah berpenat lelah membersihkan kolam tempoh hari,maka ganjaran yang telah lama dijanjikan akan ditunaikan.
Kata sepakat telah diambil,maka janji diikat,kami pergilah berkelah pada hari Sabtu di Lata Belatan,Jabi.Kami bertolak pada awal pagi dari Kampung Raja dan sampai di sana lebih kurang jam 8.30 pagi.pada sangkaan kami,kamilah orang yang terawal,rupanya sangkaan kami meleset.Parking dah hampir penuh!!
Letak aja bekalan,anak-anak dah turun mandi ngan sepupu-sepupunya.kami ni hanya jadi pemerhati sahaja.Cuba jugak naik ke tingkat atas.Tapi kecundang di tengah jalan.Penat!!!
Anak-anak dua kali naik turun,siap buat meditasi lagi kononnya.Tapi tak bolehlah tunjukkan gambar-gambar di sini tak lulus penapisan Finas.
Balik dari jabi,membeli durian.Kami yang tak ada kebun ni terpaksalah membeli aje.Ada kebun pusakapun dah dua tahun tak ada orang jaga.Akhirnya tahun ni kebun tu merajuk dan tak berbuah lagi.kasian kami......





Sabtu, 18 Julai 2009

Sekitar projek bersih kolam




Cik keli yang jadi mangsa dek kerana keganasannya.





Ikan yang terajin.Ikan bandaran.Dasar kolampun dicucinya.





Ikan apa ni?.
Kami panggil bawal hitam.

Ketua operasi Kolam Tn Hj.Nor.





Wah......tekun nampak.Anak-anak buah mana?

Kolam ikan

Dah lama kolam ikan tak dibersihkan.Hampir satu tahun setengah.Sejak menggunakan sejenis pil yang khas untuk menjernihkan air dan menyelenggaran penapis air yang agak berkesan maka kerja-kerja membersihkan kolam tidaklah sekerap dahulu lagi.

Tapi dengan kehadiran dua ekor talapia dan ikan keli sebagai pendatang kolam ikan kami,kolam menjadi keruh dan ikan yang ada di dalamnya agak terganggu dek ikan keli.Ganas rupanya cik keli ni.Sebab itulah tiga ekor keli yang terakhir dalam kolam terpaksa kami korbankan.

Tengah hari ikan keli menjadi menu bagi orang yang menggemarinya.Mama hanya memerhati saja.Tak teringin nak makan apabila tengok kepala dan badannya yang berwarna hitam.

Khamis, 16 Julai 2009

Penyelarasan pengskoran BM

Mulakan tugas ni dengan sebuah sekolah yang dikatakan sekolah Bestari!.Tapi.............
kerja-kerja yang sepatutnya dibereskan tidak dibereskan.Dah telefon beritahu nak pergi hari ni,pun masih tak disiapkan jugak makrkah-markahnya.

Markah untuk tingkatan satu tak dimasukkan langsung!.Apabila ditanya seolah-olah berdolak-dalih pulak dan saling menyalah antara mereka.GK merekapun tak berani nak tegur.jadi tak tahulah sama ada pentaksiran lisan lisan dibuat atau tidak di tingkatan satu.

Penyelesaiannya telefon kepada Pentaksiran Negeri dan beliau sendiri akan pergi buat kejutan pada hari .............nanti.

Satu kelemahan yang ada pada diriku, apabila tengok muka orang yang tak buat kerja tu rasa kesian pulak setelah beri sebiji dua kata-kata yang agak-agak dia terasalah.

Itulah bila orang beri taklimat atau mesyuarat asyik keluar memanjang.Lepas tu mulalah tak faham apa apa yang dikehendaki dan apabila balik ke sekolah tak buat in house traning.

Tahun depan tak mahu lagi anak buah macam tu.Nak cari anak buah yang lain.yang perempuan lebih senang kot.

Rabu, 15 Julai 2009

Masih di sini

Dia masih di sini!
Alhamdulillah.Sekurang-kurangnya bulan Ramadhan nanti dapatlah kami berpuasa dan berhari raya bersama-sama tanpa memikirkan pasal tiket nak balik ke sini dan balik semula ke sana.

Bercakap tentang perkara tersebut,lega hati kami apabila dia ada di sisi.Balik dari sekolah dah boleh makan nasi kerana dia akan memasak sebelum ke tempat kerja.Walaupun masakannya simple tapi itu tak penting.Yang penting kehadirannya membahagiakan kami sekeluarga.

kami sekeluarga mendoakan yang baik-baik buatnya!!!!

Selasa, 14 Julai 2009

Lesen lulus!

Lega rasanya apabila anak-anakku yang dua orang tu dah boleh memandu sendiri sekarang setelah berhempas pulas belajar semula.Anakku yang sulung dah boleh memandu sendiri ke UMK tanpa ditemani lagi.
Sebenarnya keyakinan adalah kunci segala perkara.Jika kita yakin dengan diri sendiri pasti apa yang kita hajati akan tercapai dengan izin Allah serta dengan usaha yang berterusan.
Disebabkan keyakinan jugak dia telah berjaya bawak kereta ke Tesco dan KB Mall.Apa lagi ,ada peluang ke sanalah jawabnya.taklah jemu sangat,ada jugaklah aktiviti hujung minggu.
Ambik papa di airport pun dah boleh dah.Alhamdulillah.

Ahad, 5 Julai 2009

Buangkan ego demi perhubungan

kadang-kala kita rasa sangat bersalah.Kadang-kala kita nak sangat buat sesuatu yang mungkin dapat memuaskan hati kita,tapi mungkin dalam masa yang pendek sahaja.Selebihnya tidak ada apa-apa untungpun,malah menyebabkan kita memendam rasa.

Kata-kata kadang-kadang tidak dapat meluahkan segalanya.Betullah kata Shino diam itu memberikan banyak makna,setuju,buntu dan lain-lain.

Dengan berkata-kata mungkin akan ada hati yang terluka,tapi kalau tak berkatapun orang tak akan faham hasrat kita.

Perhubungan antara adik-beradik misalnya,jika hanya kita sahaja yang sering bertanya khabar,datanglah sang iblis menggoda mengapa hanya kita,kenapa dia juga tak macam kita.

Jangan dengar bisikan sang iblis,korbankan ego demi satu perhubungan.Biar diapun begitu.

Sabtu, 4 Julai 2009

Dalam suka ada duka

Setelah berminggu-minggu tak balik kampung akibat kekangan masa,jadi selepas solat Jumaat bertolak balik ke Besut untuk menziarahi mak,ibu mentua,adik-beradik dan ipar-duai.Bayangkan kami bertolah balik jam 2.30 petang dan malamnya belik semula ke KB.
Rumah pertama yang kami singgah tentunya rumah chek.Nenek kepada anak-anak sebelah my husband.Biasalah jika bertemu dengan chek,ada je yang hendak dikhabarkan.Dengar sajalah.Orang tua begitulah,mereka sekadar bercerita tentang anak cucu.Kita yang muda ni jadilah pendengar yang baik,tapi jangan menambah atau menyampuk takut lain pulak jadinya.Tambah-tambah lagi pendengarannya sudah agak terjejas.

Destinasi kedua ke rumah adik ipar.Dah lama tak ketemu.Jadi kesempatan ini diambil untuk berjumpa dengan anak buah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Perguruan di Perak pada 13 Julai nanti.Tahniah mimi!.Walaupun tempoh pengajian selama 5 tahun,tapi tak apa janji pekerjaan dah sedia menanti.Ada jugaklah menyambung generasi guru!!.

Sukanya hati anak-anak,sebab selepas tu ke rumah cik za untuk ziarah teddy bear yang khabarnya dah 28 kg!.Entah apalah yang dimakannya.Nasib baiklah dia aktif dan sentiasa berpeluh.Semasa nak balik teddy bear dah tertidur kerana merajuk.Janji nak berkelah minggu ni tapi tak jadi.Lagipun menghormati suasana sedih kerana anak saudara kami dimasukkan ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu setelah seminggu dirawat di Hospital Kota Bharu.

Kami bertolak balik jam 9.00 malam.Banyaknya kereta,hinggakan boring dibuatnya.Dah niat dalam hati pagi esok lepas subuh nak rilek aja.

Nak dijadikan cerita setelah puas bergolek-golek teringat nak semak bahan untuk seminar 5 Julai di Maahad Muhammadi Perempuan Merbau.Ya Allah,buka thumbdrive.........bahan hilang!!!!! 50 slide yang ada tak tahu ke mana.Mungkinkah terdelete semasa ceramah pagi Jumaat tu?atau pun virus.Dahlah tak pandai tentang power point,terpaksalah suruh Fifi buatkan semula.Jenuhlah nak menyiapkannya.Inilah yang dikatakan malang tak berbau.

Kenapalah tak buat backup.Sesal tak sudah jadinya.Hu....sedihnya.Rasanya nak cari oranglah yang boleh buatkan bahan yang lebih menarik.

Sesiapa yang berhajat bolehlah hantar resume.

Ahad, 28 Jun 2009

Kesihatan,keselamatan

Entah mengapa sejak,duamenjak ni asyik tak sihat aja.dah satu minggu kepala tak selesa.Tak boleh bergoyang sedikit.terpaksa hati-hati.terasa seolah-olah ada benda yang longgar dalam kepala.Hari ini batalkan kelas tambahan.nasib baik kelas lain pun kelas dibatalkan juga kerana ada cikgu yang pergi mesyuarat dan lain-lain,jadi taklah rugi sangat tingkatan 3 Jujur.Namun begitu latihan telahpun diberikan untuk menggantikan kelas petang tadi.

Esok entahkan dapat pergi ke tak ke sekolah.Hari sabtu dan Ahad sengaja paksakan diri.Doktor nak bagi mc pun tolak.Bukan apa, rasa banyak sangat yang tak beres.Lagipun bulan Julai nanti banyak kelas yang terpaksa ditinggalkan.bermula 5 Julai lagi.Pemantauan PLBS dan diikuti dengan mesyuarat pemantapan petugas PMR di KL dari 13 hingga 15 Julai.

Dalam keadaan yang begini,nak sangat berehat.pejamkan mata walaupun tak dapat lelap.Tapi masalahnya dengar ayam berkokokpun dah rasa nak marah.Tapi nak marahkan siapa.Dah resminya ayam!!!.Entah apalah mimpi jiranku ini,tiba-tiba 4 bulan yang lalu membela ayam pulak.....Setiap jam berkokok.Ayam zaman sekarangpun dah nyanyuk ke?.

Mungkinkah dengan membela ayam boleh menjamin keselamatan rumah?.Rasanya tak masuk akal.Sedangkan asrama yang ada jagapun boleh diceroboh.inikan pulak rumah persendirian.Yang penting semangat kejiranan.Kalau berpenghuni 300 orangpun,kalau semangat kekitaan tak ada,tak guna jugak Anak jantan jangan jadi pengecut!.

Pelajar SIC??????????????

Rabu, 24 Jun 2009

Hari Guru

Esok Khamis 25 Jun ,Hari Guru peringkat sekolah akan disambut.Tapi aura hari guru dah tak terasa lagi sebab dah lewat sebulan lebih.

Lebih menyedihkan aku tak dapat sama-sama menyambutnya kerana menghadiri mesyuarat
PLBS di Pusat Kegiatan Guru di Ketereh.Kalau tidak dapat jugaklah sama-sama meraikannya.kalau ada yang sudi nak beri hadiah tu simpan untuk tahun depan ajalah ya.Hadiah yang paling bermakna berikan cikgu A untuk subjek Bahasa Melayu.Itu penting!

Dengar khabar ada pertandingan karaoke.Boss jangan lupa lagu "semut Merah".Tak ada ke lagu keroncong untuk Ana?.

Mesyuarat Panitia

Selepas mesyuarat panitia kali ke-3 ditangguhkan,terdapat satu senarai tanggungjawab yang perlu dilakukan demi meningkatkan prestasi pelajar.Kata Ketua Bidang..........
Mulai minggu depan;...............
1.Seminar teknik menjawab untuk tiga kelompok pelajar berlainan pencapaian(Tugasnya
diberikan pada diriku!!!!
2.Kak Yoh cari tajuk-tajuk tata bahasa....soalan sama-sama cari.Perbanyakkan.
3.Novel bagi tingkatan 1,tingkatan 2 dan tingkatan 3.Tugas diberi kepada Sah,tapi soalan sama-
sama cari.

Sama-sama cari?????

Kerja mesti dimulakan hari Ahad nanti.Nak beri ceramah no problem,tapi kena bincanglah dengan penyelarasPMR dan setiausahanya terlebih dahulu.Tak nak dikatakan ghalo tanah orang.

Sabtu, 20 Jun 2009

Kopi....punca migrin

Tangan dan muka kebas dengan tiba-tiba jam 11 malam.Apalah punca agaknya.
beralih ke kanan,ke kiri cuba pejam mata.Tak boleh.Adoh resah gelisah dibuatnya.Takutpun ada....

Tiba-tiba teringat pagi tadi mencuba sejenis kopi walhal dah tahu yang aku ni alah pada sebarang jenis kopi.Ape kene pula,nak cuba kopi tu ,siap bancuh dengan crimer lagi.Inilah padahnya jika guna teknik try and error.serik....serik.

sampai pukul 1.00 mata masih terkebil-kebil.Fikiran berkemacuk.Apabila kita perlu buat pemilihan perkara itulah yang akan bermain dalam fikiran.Tolong fikir untuk orang.Bukan orang lainpun...

Hal ini yang yang dikatakan ditelan mati emak diluah mati bapa.Nak ambik kerja ni,nanti banyak yang lain kena dikorbankan,kecuali di sana menanti di sini menunggu.Harap ada yang boleh menasihati dan memahami.

Rasa nak cuti je Ahad ni.Letihlah.Rasa nak berkongsi cerita dengan keluarga sesaorang pulak.
Boleh ke?.Entahlah

Khamis, 18 Jun 2009

Damak......

Tiba-tiba jadi sedih pulak apabila menonton filem Damak lakonan Tan Sri P.Ramlee.Lagu-lagu dalam filem ini menyentuh hati.kena dengan jiwa.jiwa yang suka akan ketenangan.

kalau ada lagu keroncong lagi best.mendayu-dayu.Agaknya orang yang berjiwa sentimental macam nilah.Baca novel pun boleh menangis.satu sifat yang berlawanan dengan pasangan/teman hidup yang cool semacam.

Dek kerana kelainan inilah agaknya hubungan ini berpanjangan sebab dengan kelainan ini kita boleh saling melengkapi antara satu sama lain.

Pelik rasanya apabila suami-isteri yang semuanya ada persamaan dari segenap segi.Apa lagi yang hendak dibincangkan apabila semuanya sama?

Dalam mencari pasangan hidup pun agak mustahil kita berjumpa dengan orang yang sama kehendaknya seratus peratus dengan kita.

kena belajar dan cari misteri dalam kelainan itu.Jika adalah.....

Dalam kehidupan kita mesti berani menghadapi cabaran dan dugaan.

Isnin, 15 Jun 2009

Luahkan apa sahaja.

Masuk aja kelas masa pertama dan kedua dengan muka yang serius.bukan apa tak nak beri muka kepada pelajar dari tingkatan 3 tut......Bincang kertas 1.memang tak puas hati.Dah pendam selama dua minggu rasa nak marah ni.Hari ni siapa yang tak bawa kertas soalan duduk di luar.Che...wah garanglah tu.

Selepas habis bincang,suruh pelajar masuk.Tiba-tiba datang cikgu disiplin dengan rotan,dia tengok dari jauh rupanya.Selamat....nasib baik cikgu dah suruh masuk,kalau tak kenalah sebatang seorang,kata mereka.

Tahupun takut.Kalau tak, kita ni dibuat main-main aja.Dalam kelas ni tak ada seorangpun yang dapat A.Nak kena cari jawapan ni untuk persediaan apabila ditanya oleh ketua bidang nanti.Budak tak pandaike cikgu yang tak pandai ajar?.mana-mana ajalah.

Janji,hati puas, apa yang terbuku semasa memeriksa kertas jawapan calon telah diluahkan.
Lega seketika.Lagipun minggu ni bebas dari kelas tambahan sebab menggunakan jadual A.
Happy semacam.Balik aja ke rumah boleh zzzzzz.Sorang-sorang di rumah.Irfan bersekolah petang.Papa ke kuala Terengganu.Sunyi sepi jadinya.

Ahad, 14 Jun 2009

Kata bijak pandai

Mengikut kata Dato' Dr Haji fadhilah kamsah dalam rancangan beliau Anjakan Paradigma,kasih sayang antara perempuan dan lelaki adalah amat berbeza.

Kasih sayang perempuan ibarat bulan,ada masa kecil ada masa besar.maksudnya adakala kasih sayangnya sedikit dan kadangkala melimpah ruah manakala bagi lelaki kasih sayang lelaki ibarat matahari.Sentiasa bersinar dan penuh semangat! ( betul ke? )

kata beliau lagi ,kasih sayang mesti dipupuk,dibaca dan disiram ( Yang ni boleh diterima) dan cara memupuk kasih sayang mestilah berubah(maksudnya tidak sama sepanjang masa) ,serta lelaki mesti belajar mempamerkan kasih sayang.

Itu kata-kata beliaulah !Betul jugakkan?

Sabtu, 13 Jun 2009

Jika sudah jodoh

Tanpa angin,tanpa ribut ,tiba-tiba aja rakan bloger Abiey69 bakal mendapat adik ipar baru.Tahniah diucapkan.Dan jangan lupa jemput ya,pada 8.8.2009 nanti.

Dah hampir setahun jugaklah kalau tak silap abiey doh ngejah ni.Tapi kedua belah pihak membisu seribu bahasa.Ilmu apalah yang dipakai ni.akhirnya mereka bertemu jodoh.Agaknya solat hajat tak henti-henti kot.Inilah yang dikatakankalau jodoh tak ke mana.nanti nak tanya Ustaz Zahari dia buat macam mana akhirnya adik dia terbuka pintu hati untuk dijodohkan.

Betul tak kata-kata kak sue,belum cuba,belum tahu.jangan gerun akan kedudukan abangnya,kena tanya tuan punya bandan sendiri.kan....kan

Jumaat, 12 Jun 2009

Gambar penuh makna



Wedding Azmira Suhani

Bersama dengan cikgu Daud,guru tiusyen sek.rendah


You see misainya.tengok misai dah gerun.tapi dek kerana misai anak-anak ingat cara menyelesaikan masalah mat dengan mudah





Wedding Wani,jiran depan rumah




Wedding Baizura,anak Cg.Wan Yah

Apabila berjauhan.

Apabila anak-anak jauh dari pandangan mata,macam-macam yang difikirkan.Rasanya selagi anak-anak belum berumah-tangga selagi itulah tanggungjawab masih di bahu ibu bapa.

Dua orang anak perempuanku ke KL.Sunyi pulak tak ada mereka tu.Tinggal berdua dengan Irfan saja.Hakimi sibuk memanjang.Mengalahkan YB!!.Apa lagi tidur bangunlah kerjanya.nak keluar ke mana-manapun rasa tak selesa.Irfan dah demand nak ke KFC.pelik pulak rasanya kalau berdua dengan dia aja.Tunggulah yang dua orang tu balik Isnin nanti.Mama bagi duit aja. suruh abang hantar.Nanti kita boleh dengarlah ayat abang macam ni.

"ada lesen kereta buat apa,time nak gi mana-mana suruh hantar."

Sabar ajalah fi,kakma,lepas tu dia akan hantarkan.no hallah,setakat bebelan macam tu tak jadi masalah.Yang penting dia akan hantar dan ambik.

Tugas sebagai pendidik

Pejam celik,pejam celik hanya tinggal dua hari lagi baki cuti.lepas tu bermulalah kembali tugas-tugas sebagai pembina insan.Betul ke tu.

Sebagai seorang pendidik tugas kita bukan hanya di sekolah sahaja,tetapi kadang-kala setelah pelajar kita dah bekerja dan berumah tanggapun nasihat dan tunjuk ajar kita masih diperlukan.Hal inilah yang menyebabkan kadang-kadang kita rasa bangga menjadi seorang pendidik.

Semalam seorang ex-student ada menelefon.Memang tak cam langsung suaranya.Dia telefon kali pertama 10 hb,tapi terputus.ingatkan siapalah telefon ni,maklumlah dah hampir 6 tahun terputus hubungan.Entah apa mimpinya.katanya rindu....sangat ngan cikgu.Terima kasihlah Laila Aswani kerana masih ingat pada cikgu.Hampir satu jam berbual-bual.Nak cover yang 6 tahun tu kot.Panjang ceritanya,segala macam dikhabarkan termasuklah soal peribadi.Nilah untungnya student perempuan ,boleh berkongsi banyak cerita.Jangan lupa kad undangan tahun depan!!!

Tup-tup dapat panggilan dari adik di Besut.Suaminya accident dekat kuantan jam 2.30 pagi dalam perjalanan nak hantar boss JPP .Tiba-tiba terlanggar pokok kelapa sawit.Katanya dia tak mengantuk pun masa tu.Nasib baiklah dia hanya tercabut sendi pangkal paha manakala boss JPP tu patah tulang rusuk dan seorang lagi kalau tak silap terseliuh keng(betulke orang panggil keng?).nasib baik tu sentiasa adakan.Sendi pahanya dah masuk ke tempat asal.Chik Za rilek aja.
Rasanya tak payah balik melawat lagilah.Dah telefon tanya khabar!.

Khamis, 11 Jun 2009

Bolehkah diswastakan?

Nak cari kerja ?sila hubungi nombor ini 007.Kerjanya senang aja periksa kertas jawapan pelajar.Bolehkah diswastakan?.mengarut betul.Kenapalah tak siap-siap lagi kerja-kerja memeriksa nih!

Disebabkan jawapan calon yang tidak memenuhi kriteria,makanya kerja-kerja memeriksa menjadi sangat..... lambat.Frustpun ada.Mengapalah pelajar-pelajar ni tak ikut apa yang kita ajar.ke mereka ni rasa terlebih pandai!!!.Apa yang diberitahu tak dibuat.itulah... masa cikgu mengajar awak asyik dok bercakap,sebab tulah ilmu payah nak masuk.Tiada keberkatan agaknya kerana suka membantah kata-kata guru.

3 Jujur dan 3 Taat tunggu ya apa komen cikgu nanti pada 14 hb.ketika tu barulah awak tahu langit ni tinggi ke rendah.Rasanya kalau pelajar 3 Taat tu beritahu apa sekalipun macam kita bercakap dengan dinding aja.Entah, bilalah nak insaf ni.Kaunselor kena lebih kerap masuk kelas tu.Biar dapat aura sikit.

Selasa, 9 Jun 2009

Tetamu Tak di Undang

Kelmarin secara tiba-tiba didatangi oleh empat orang yang tidak dikenali.ketika itu tengah syok memeriksa kertas BM.Lagipun jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.Sy...nak pesan pada semua,adap bertandang tak sesuai waktu sebegini.Kiranya orang yang bertandang kelmarin tu tak reti adap dan adatlahkan.

Apabila keluar aja,terus pandang mereka,sapa ni.Maka dijawab oleh salah seorang daripada mereka,saya menantu..........ingat tak lagi entri pasal MLM tempoh hari.Rupa-rupanya dia datang tanpa telefon terlebih dahulu.Agaknya kalau telefon tentu orang akan mengelak ,beritahu nak ke mana-manake dan memang dah 3 kali dia telefon,kebetulannya berada di tempat lain.Jadi kelmarin tu dia pakai ilmu nasiblah, terus serbu ajalah.

Rupa-rupanya nak datang cerita pasal penapis air Hai-O.Jual 10 buah untuk seumur hidup.Nak jual ke siapa?itu fikiranku yang tak berminat nilah.Bermodalkan RM 2o,ooo.Gila ke apa nak keluarkan modal sebanyak itu,baiklah berikan untuk anak-anak jika mereka memerlukan.

Bercerita tentang modal RM 20,000 ada seorang ex-student yang buat personal loan untuk
buat bisness ni.Tetapi sekarang tak tahulah setakat mana kejayaannya dalam bisness ni.

Yang geramnya mereka yang datang ni siap memperlekehkan kita yang makan gaji ni.Diapun cikgu jugak.Rela tinggalkan anak-anak.Aku dah bersyukur sangat-sangat walaupun hanya makan gaji dan tak buat bisness macam mereka,Alhamdulillah makan pakai cukup,duit tak pernah habis,sebab tak makan duit cuma makan nasi dan lain-lain.

Kata mereka lagi,buat bisness ni senang,jual 10 buah cari empat orang kaki.Nak cari kaki inilah yang payah.ketika mereka nak suruh kita sertai macam-macam janji yang diberikan,mereka akan tolong carikan,kita cuma beri nama aja.Benarlah lidah memanggggg tak bertulang.

Baiklah berdiri dengan dua kaki sahaja.Kepada yang buat MLM tu silalah fahami perasaan dan belajar sikit tentang bahasa.Jika orang dah menolak tu faham-faham ajalah ya!Harap maklum.
Akhirnya mereka balik jam 1.00 tengah hari dan berpesan suruh berbincang dengan suami pasal bisness ni.Maaflah ya!tiada dalam agenda kami untuk bincang pasal ni.Banyak lagi isu lain yang boleh dibincangkan.

Rilek-rilek




Alia mendapat musibah.Terantuk di dahan pokok!
Satu-satunya anak perempuan Cik Za.


Apa yang dicari tu?

Siapa mereka ni?








Dari jauh kelihatan Pulau Ru.





Seronoknya bermain di gigi air!












Ini yang dikatakan tak ada kerja cari kerja.













Isnin, 8 Jun 2009

Bersantai di Pantai Bukit keluang

Semalam balik lagi ke Besut.Tepat jam 7.00 pagi bertolak balik ngan anak-anak.papa dah mula kerja,Hakimi masih di KL.Jam 8.00 pagi dah sampai ke Kampung Raja.

Berjanji nak pergi berkelah di Air Terjun Lata Tembakah,last-last tak jadi sebab takut jalan sesak.Pergi ajalah berkelah di Pantai Bukit Keluang.Tak apalah janji budak-budak boleh mandi.Ada orang tu tak mandi,takut muka jadi hitam sebab 11 hb nanti nak gi interview!!.

Irfan dengan sepupunya bukan main lagi,tak puas-puas mandi,melekit satu badan.Siap bakar ikan dan sotong lagi.Gambar akan dimuatkan kemudian nanti.

Jam 3.36 petang bertolak balik ke KB.tetkejut papa,apabila dia telefon kami dah sampai di rumah.Terasa macam taxi driver pulak.Tak apalah demi anak-anak.Kalau anak-anaklah boleh ikut pulak kemahuan ibu bapakan elok.

Ahad, 7 Jun 2009

Kami balik ke KB malam tadi,sebaik sahaja majlis kenduri kahwin selesai.Apabila sampai di rumah rasa menyesalpun ada.kenapalah tak tunggu satu malam lagi untuk tolong-tolong Mi.

Balik aja di rumah banyak kerja-kerja lain menanti.kerja apa?ganti tidur!maklumlah dah dua malam tidur pukul 3 pagi,bangun 5 pagi.Kakakku yang sorang ni matanya tahan berjaga,dia boleh tak tidur malam dua hari berturut tanpa pening kepala.

Petang tadi anak-anak pergi belajar memandu.Belajar semula dari papa.Irfan ikut sekali.
Irfan tanya kenapa mama tak pergi?.
eee takut mama,nanti kak cik dan kak ma ke tengah,ke tepi,buat berdebar aja.
Mama nak buat apa di rumah?.
Alah.....Apa-apa aja.Baca majalah,baca blog dan tulis blog.

Ni dok tunggu mereka baliklah ni.Suspen nak tahu komen tester tak bertauliah( sapa lagi kalau bukan Irfan )

Langkah bendul?

Adake istilah ni?.Kalau di negeri Johor dan negeri Melaka ada, di mana jika yang berkahwin tu ada kakak,barang hantaran yang dibawa untuk pengantin perempuan juga diberikan untuk kakak pengantin tadi.Tapi di kelantan atau Terengganu hal ini tidak dihiraukan sangat.Bagus juga kalau kakak pengantin perempuan tadi dihadiahkan sesuatu,bukan apa,tapi untuk menjaga perasaannya.

Hal inilah yang terjadi pada anak buahku.Si adik yang berkahwin dulu berbanding si kakak.Kerana kakaknya telah putus tunang setelah bertunang dua tahun.Buang masa!!!.
Sedih kami melihat adegan kakak yang membantu menyiapkan adik untuk majlis akad nikah dan bersanding untuk keluarga.Tak tahan kami melihatnya.Walaupun si kakak jenis yang pandai cover tapi kami tahu isi hatinya!.

Tak mahu hal ini berulang dalam keluarga kami sendiri.Moga-moga Allah percepatkan jodoh mengikut turutan.Yang pertama dahulu berbanding dengan yang kedua atau ketiga.Yang keempat lambat lagi,baru 14 tahun,lagi pun lelaki.

Khamis, 4 Jun 2009

Emas oh emas

Harga emas naik dan terus naik hingga mencecah kepada 110 satu gram dan hari ini harga emas turun sedikit kepada 108.71 pergram.Maknanya jika ditukar kepada 1 rial kelantan bersamaan RM 295 .(108.71 x 2.72 ).Mahal sungguh!

Apa yang nak diperkatakan di sini,patutpun duit hantaran yang dibawa oleh pengantin lelaki semakin banyak.Bagi yang biasa-biasapun dah bawa RM 10,000.Itu belum temasuk lagi barang kemas yang turut dihadiahkan kepada pengantin perempuan.Banyaknya duit yang harus dikeluarkan oleh pihak lelaki!Sekurang-kurangnya mereka mesti ada RM 20,000.Kesian sungguh mereka.( Tapi untuk pelaburan seumur hidupkan? )

Takkan bekerja satu tahun dah boleh menyimpan sebanyak itu.Awas! jangan dek kerana nak sama dengan orang lain,anda terpaksa meminjam daripada pihak-pihak yang tertentu.kalau dari bank pama atau mapa tak apa,itu pun mengaibkan diri sendiri jugakkan?nanti anak dah dua tiga hutang tak langsai lagi.kalu ibu bapa halalkan tak apalah jugak.

Jadi ukurlah baju di badan sendiri.Biar muat dan selesa untuk dipakai.

Selasa, 2 Jun 2009

Cuti sakan

Entah apalah penyakit yang datang sejak akhir-akhir ini.Kerja menimbun;

1.kertas mid-year exam 2 kelas belum disemak
2.Tempahan tudung sulam tangan belum siap-siap.
3.Nak susun atur semula kain baju dalam almari belum buat lagi.
4.Perjanjian dengan Irfan nak gi berkelah belum terlaksana .

Semua tu belum buat lagi.Ari ni asyik nak terlelap aja.Celik mata lapar,makan.terlelap lagi,bangun,makan lagi.Kalau beginilah gayanya mahu tak muat baju untuk kenduri 6/6/2009 nanti.

Tapi satu saja yang buat hari ini,sapu daun-daun jambu yang dah seminggu tak bersapu.Pokok ni lebat bunga dan putiknya,tapi sayang dah mula gugur akibat dimakan burung-burung kecil.Rezeki burung!

Isnin, 1 Jun 2009

Menggoda dan tergoda

Letihnya kaki setelah berdiri selama 4 jam pagi tadi.Malam diajak pulak oleh anak-anak ke Kenny Rogers untuk raikan birthday papanya .Dah terlewat daripada tarikh sebenar,tapi tak apa,papa jenis yang 'Aiman tak kisah.'

Nak makanpun agak tak berselera,lagipun tak minat sangat dengan menunya.Tapi anak-anak suka.Bagiku sedap lagi ayam KFC.hi..hi mengalahkan budak-budak.

Lepas makan anak-anak nak round-round.
Huruf condong
"Jom kita gi dok rilek-rilek kat ogawa.Urut-urut kaki."
Sebenarnya ni ayat lama, bila nak pujuk belikan sesuatu.
Papa ikut sebab dia tak minat nak jalan-jalan dalam pasar raya.
"Macam orang tak ada kerja katanya.
Dok gelewa' dengan budak-budak. "

Makanya duduklah kami try-try mesin urut kaki dan badan,kesudahannya mesin urutan tu menggoda. Aku dan papa sudah tergoda dengan mesin tu........alahai....

Seminar teknik menjawab.

Tepat jam 7.10 bertolah ke SK Machang dan sampai pukul 7.55 pagi.Masih sempat belek-belek apa-apa yang patut sebelum program Menggilap Permata untuk pelajar PMR sekolah tersebut yang seramai 180 orang.Pelajar program ni terdiri daripada pelajar yang sederhana dan lemah.Yang yang tahu membacapun ada.Respon daripada mereka kurang.Hanya seorang sahaja yang mengemukakan soalan.Program tamat jam 10.30 pagi.

Terus bergegas ke SMK Pangkal Meleret.Nasib baik tak sesat.Mungkin sebab tahun lepas dah tersesat,maka tahun ini berhati-hati.Program teknik menjawab bermula jam 11.00 pagi.Pelajar 180 orang.Pelajarnya sangat berdisiplin.Ada respons.Soal jawab penuh ceria.Tamat jam 1.00 tapi extra 20 minit. ( rupa-rupanya di sekolah ini merotan dah menjadi satu kebiasaan dan ibu bapa setuju dengan tindakan yang diambil oleh pengetua) Wah kalau beginilah di SIC,mahu bergegar bandar KB dengan kehadiran ibu bapa yang datang ke balai............................