Khamis, 17 Februari 2011

Allah memudahkan segalanya

Bermula dari saat arwah disahkan meninggal lebih kurang jam 5.10 petang 16 Februari 2011 hingga ke saat disemadikan semula urusan begitu mudah.ALLAH permudahkan segalanya.

Banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran.Arwah telah menyiapkan keperluan untuk perjalanan ke sana!.Kita yang membantu menyiapkan arwah hanya mengambilnya dalam almari sahaja.

Perginya seorang teman ......

Perginya beliau membawa seribu kenangan yang tak mungkin dilupakan.Seribu budi yang tak akan padam dari ingatan dan tak terbalas dengan intan permata.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang,mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Tak akan terjunjung budinya pada kami sekeluarga.

Perkenalan kami bermula pada sept 1989 ketika Kursus Profesionalisme keguruan Di Pusat Latihan Telekom,Marang,Terengganu.Pada ketika itu dia dari Kelantan manakala myself dari Terengganu.Ketika kami sekeluarga pindah ke Kelantan tahun 1990 arwahlah( tak sanggup rasanya menggunakan perkataan ini) yang menyambut kami dengan jamuan di rumahnya.

Tahun 1995,kami berpindah ke kuala Lumpur.Arwah sekali lagi mengiringi pemergian kami dengan jamuan perpisahan serta membekalkan kami ( serta pemandu dan 2,orang pekerja Pos Malaysia) dengan makanan untuk dimakan dalam perjalanan.Rasanya kaum keluarga sendiripun tak sempat untuk berbuat demikian.

Tahun 1997 ketika kami dijemput menjadi tetamu Allah,arwah dan suaminyalah yang menjaga rumah kami dengan tugas-tugas khas membuka dan menutup suiz lampu serta menjenguk anak sulung kami Di SMKA Naim Lilbanat.Ya Allah akan adakah insan sebaik arwah yang akan ku temui lewat usiaku ini.

Myself,TN Haji Muhamad Haron (munsyi DBP) ENcik Abdullah Yasin juga Munsyi Dewan,Tn.Haji Mohd yaacob serta Encik Sanusi sama-sama dilantik menjadi Jurulatih Utama JPN bagi matapelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3 tahun 2003 dan 2004.Ketika itu pegawai bahasa di JPN ialah Tuan Haji Haris.Kami mengadakan kursus di merata tempat termasuklah di Alor Setar dan Sungai Petani berturut minggu.Ketika orang sibuk-sibuk minta nak jadi guru cemerlang,aku dan arwah sepakat tak mahu mintak,sebab kami masih merasakan kami masih tak layak.Arwah ditawarkan sebanyak 2 kali sebagai GC tetapi menolaknya.Bukan itu yang dikejar katanya.

Banyak betul kenangan antara kami berdua.Tahun 2007 arwah,myself dan ustazah Zaharah ke Medan.Sifat pemurahnya tak usah diperkatakan lagi.Arwah memang pemurah orangnya,senang menghulur wang ringgit dan tenaga.

Bayangkan ketika aku dan suami sepakat nak mengadakan jamuan naik rumah baharu,majlis berkhatan anak serta apa-apa sahaja jamuan,arwahlah yang menjadi tukang masaknya Kepakarannya dalam bidang ni tak boleh dipersoalkan.
Ya ALLAH kau berilah kekuatan bagiku serta keluarganya menghadapi kepulangannya pada yang Maha Pencipta.

Al-Fatihah buat Yang kami sekeluarga sayangi Allahyarham Puan Hajjah Wan Yah Wan Jaafar,
Guru bahasa Melayu dan sejarah dari SMK Zainab 1.

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidul rasul

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR KITA,NABI MUHAMMMAD S.A.W.

SEMUGA KITA SEMUA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA DAN JADIKAN PERJUANGAN BAGINDA SEBAGAI PENYUNTIK SEMANGAT INSAN DI BUMI ALLAH INI.

Khamis, 3 Februari 2011

angan-angan,impian,cita-cita

Adakah semua itu membawa maksud yang sama?
OH..tidak,setiap satunya membawa makna yang berbeza.

semasa kita kecil kita selalu berangan-angan,semuanya indah belaka.Tapi pada masa tu kita tak pula berusaha untuk mencapai apa yang kita angan-angankan.Kalau tidurpun rasanya tersenyum memanjang.nasib baiklah tak berangan sampai ke tua.Nanti lain pulak jadinya.Takut pulak mati dalam angan-angan.Minta dijauhkan!!!

Apabila usia meningkat remaja kita mempunyai impian pulak.macam angan-angan jugak.Lebih kureng.Macam-macam yang kita impikan.Cuma tak pernah bermimpi nak jadi puteri raja.Kiranya berpijak di bumi jugaklah.

Kita nak jadi novelis ,nak jadi penyajak,nak jadi cikgu,nak jadi designer.Masa ni dah ada usaha ke arah itu.
Dah tulis sajak,hingga sekarangpun masih ada lagi.Apabila dibaca malu jugak pada diri sendiri,sebab semua yang dipandang menjadi ilham.Kuat sungguh daya imaginasi masa tu.Dah tulis skrip drama,( yang ni menyedihkan sikit.Kawan pinjam tak dipulangkannya.Agak panjang jugaklah skrip tu.

Dah pernah jadi cikgu(ala setakat ganti apabila cikgu tak ada dalam kelas,maka kita pun diamanahkan mengajar rakan-rakan yang lain, agaknya cikgu tu dah nampak bakat I kot....Ia ke)Kalau ada masa terluang lukis-lukis pulak fesyen baju.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan.Semuanya tak menjadi........Hasil karya hanya setakat dalam majalah sekolah dan sekali dua dalam majalah diskusi.Tapi itupun sudah membanggakan bagi diri sendiri.

Yang menjadi hanya apa yang dicita-citakan.

Selasa, 1 Februari 2011

Bekwoh

Rabu.......ye ke dah hari Rabu.La ingatkan baru hari Isnin.
Khamis......banyaknya bekwoh.Kelas betul orang Melayu Kelantan.Perkataan ni mungkin dari perkataan big work.Betulke tuan Munshi dewan,Tuan Haji Haron.

Dari kB ke Kuala Krai terus ke Felda Tenang di Besut,balik semula kenduri di KB.Berapa keping daging agaknya yang dikira dalam kadar selamat untuk dimakan.Bukan apa,darah o.k,glukus ok cuma satu yang agak k.o kolestrol.6.9!!!!

Jumaat.....ada 3 undangan.Pergi jelah kata hati.Minum air dan kueh je.Nasi tak payah.Masalahnya kueh-mueh penyumpang kepada kadar kolestrol.Tolong.......tak boleh pantang kueh.

Sabtu......juga ada 3 undangan.Mak oi.....ramainya orang yang buat kenduri pada 3,4 dan 5 Febuari.Mungkin mengambil berkat bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W



Seronok sebenarnya kalau kita memenuhi undangan orang ni.kadang-kadang kita terjumpa dengan sesaorang yang tak kita sangka dan dah berbelas atau mungkin berpuluh tahun tak kita temui.Di situ rupanya dia....