Jumaat, 27 Februari 2009

KAYA.kayap dan ketayap

KAYA.Sangat subjektif sifatnya.Ada orang RM 50 dalam poketpun sudah rasa kaya.Setengah orang (penghuni hospital Lorong Che Husin,orang Kota Bharu kenal tempat ni) berangan nak jadi kaya.Ada pula orang yang tak rasa kaya-kaya walaupun wang sudah beratus ribu dalam bank.Sebab tulah agaknya apabila diminta menghulur,tangan terasa berat semacam.Apa-apapun yang paling baik Orang yang ramai anak pun dikategorikan sebagai kaya jugak.KAYA ANAK.Bukan memandai nak mengkategorikan tetapi ada dalam Kamus Dewan.Apapun kita mesti kaya budi.
Kayap. sejenis penyalit kulit.Biasanya bulat dan bertompok-tompok.Penghidap biasanya mendapatkan rawatan secara tradisional dan diwajibkan berpantang.Tak boleh makan makanan bergoreng.Jika ada orang menggoreng di dapur,kita yang ada kayap ni akan terasa gatal dan miang.Betul ke???.
Ketayap.kopiah putih.sejuk mata memandang apabila lihat orang berketayap.Tapi yang ni lagi best!.kueh ketayap.sejenis kueh yang dibuat daripada gandum yang didadar dan dibubuh inti kelapa di dalamnya dan digulung .Lama dah tak buat.
Untuk menggantikan kueh ketayap inni ada satu resepi yang diinovasikan.jemput-jemput udang baring (Udang geragaulah tu..)
Resepinya sama dengan cucur bilis tapi gantikan bilis tu dengan udang baring.Bancuh tepung dengan air,sedikit garam,telor,bawang,lada merah dan udang baring.and then goreng dalam minyak banyak.buat bulat-bulat.Kalau anda ada anak-anak yang kecil seusia anak-anak di tadika atau sekolah rendah,jemput-jemput tadi bolehlah dicucukkan pada lidi satay(pastikan hujung lidi yang tajam itu dibuang agar tidak membahayakan) dan selang-selikan dengan karot yang dipotong bulat dan gerigikan tepi karot itu agar lebih menarik.Anak-anak pasti
suka..Ummm..yummy.Selamat mencuba.
Bersiap sedia kembali untuk bertugas pada hari esok.Banyaknya kertas yang harus disemak.Apa nak buat itulah tugas seorang guru.

Khamis, 26 Februari 2009

Mesyuarat Agong Puteri Pos kali Ke 17

Mesyuarat Agong kali ke 17 jam 8.30.Perasmian agak lewat,kerana yang yang akan merasmikan mesyuarat asyik "pas batton."Pengerusi tak pernah tunjukkan muka asyik dok suruh orang lain ganti.Kok iapun kenalah korbankan sedikit masa demi persatuan.kan awak tu isteri bos!!!.kadang-kala aku seperti melukut di tepi gantang.Tapi terpaksa juga demi menjaga kedudukan suami dalam organisasi.
Tapi,satu perkara yang tak dapat aku nak ajar ahli-ahli dan AJK iaitu supaya pandai mengenang budi.Sudah 17 tahun aku menjadi ahli dan hanya 3 tahun saja yang tak pernah pegang jawatan (naib pengerusi untuk beberapa penggal) Terima kasih Puan Nor Asmah kerana mencadangkan kepada ajk persatuan 2007/2008 agar mengadakan jamuan untukku sempena pertukaran suamiku ke KL tempoh hari.Tapi kini suamiku dah bertukar balik semula pun ke GPO Kota Bharu.Jamuan........Aku tidak mengharapkan itu semua.Cukuplah KALAU sekadar mengucapkan terima kasih atas cendera mata yang aku titipkan untuk ajk 2007/2008 tempoh hari.Kawan aku kata terbalik kuang.Tak apalah aku sekadar ................................meraka akan sebuah persahabatan.

Rabu, 25 Februari 2009

kawan,teman,sahabat

Antara kawan,teman dan sahabat.Mana satu yang lebih rapat dengan kita dalam suka dan duka?.
Ada orang berkata "kawan" ketika senang dan bahagia.
Manakala teman lebih kurang sama,tapi lebih sikit sebab setia menemani kita ke mana-mana.Dengan lain perkataan setia membontoti kita ke mana sahaja.
Tapi sahabat ialah orang yang sentiasa bersama kita dalam keadaan susah dan senang.Sedia mendengar,memahami dan cuba menyelesaikan apa-apa sahaja kesulitan secara bersama-sama.Satu hal lagi sahabat boleh jadi rapat seperti saudara mara sendiri malah dalam satu-satu situasi sahabat akan sampai terlebih dahulu di rumah kita berbanding keluarga sendiri.
Untuk menjadi seorang sahabat kepada kawan dan teman;...sedia mendengar!! simpan rahsia dan satu lagi sedia memendam rasa jika apa yang dikhabarkan oleh teman atau kawan kita itu
tidak sesuai dengan jiwa kita.Tahan sajalah telinga tu.....Tapi sampai bila..........(Memberontak dalam diam )

Selasa, 24 Februari 2009

Birthday! Birthday!

Sambutan hari ulang tahun kelahiran buat dua puteriku. 16 feb buat anak ketigaku Afifahtul Akmal( Fifi ) dan hari ini 24 feb buat puteri sulungku Azeatul Akmal (Azie). Jam tangan
sudah menjadi pilihan untuk hadiah birthday sejak Januari lagi oleh fifi yang sentiasa ceria.Buat kak Ma ( Azie) tak tahu lagi.Lagipun pada saat dan ketika ini dia sedang menghadapi krisis peribadi.pertembungan pemikiran dan perasaan
5 bulan telah berlalu.Lupakanlah segalanya.Walaupun otak kita bukan komputer tetapi biarlah fikiran menguasai perasaan.sebuah hubungan tanpa restu tidak akan ke mana.Manusia hanya merancang!ALLaH penentu segalanya.Semuga apa yang berlaku tidak akan menjadikan kak ma orang yang lemah.ALLAH maha mengetahui .Wanita yang baik untuk lelaki yang baik asalkan kita redha !!.Mama sentiasa mendoakan jodoh yang baik untuk anak-anak mama.

Jumaat, 20 Februari 2009

Jumaat yang ditunggu!

Hari Jumaat .Hari yang paling sibuk.Pagi ke pasar.Balik jaga lanskap,mana-mana yang patut.11.30 dah masak hidangan tengah hari .Tup-tup jam 12.30 terpancul sesaorang dari kampung.Datang tunjuk kereta baru rupanya.Alhamdulillah moga-moga dia dan keluarga diberkati Allah dan perubahannya kearah cara hidup yang lebih sihat berterusan,agar masa silamnya yang gelap dan kelam ditinggalkan terus demi anak dan isterinya.Kami sekeluarga hanya mendoakan yang baik-baik untuknya.
3.30 terus ke Kok Lanas.Ada agenda tertentu dengan seorang kawan.
6.30 sempat bermain ping pong dengan anak.Rahsia untuk kekal sihat dan awet muda.
untuk sihat bersenam mesti beb!!!

Selasa, 17 Februari 2009

kenangan mengusik jiwa

Terasa begitu lambat masa berlalu minggu ini!.Entah mengapa sejak akhir-akhir ini banyak kenangan yang menghantui fikiran Kenangan 11 tahun mengajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan di bawah 2 orang mudir( Pengetua lelaki)dan 2 orang mudirah(pengetua perempuan) amat mengusik jiwa.Telatah pelajarnya yang begitu menyenang dan mudah diajar amat membahagiakan.kalaulah masa boleh diputar kembali alangkah baiknya.
Petang tadi jam 6.00 petang terima sms daripada Wan Fariza,bekas pelajar mmpp menyatakan dia selamat melahirkan seorang baby boy 3.05 kg. Pada 19hb Mac nanti seorang lagi ex-student akan kahwin.Makin bertambahlah cucu angkat.Terasa yang diri ini semakin berusia.but bukan tua!!!!!.cucu sendiri tak tahulah bila.

Ahad, 15 Februari 2009

kawan lama

Bertemu kawan lama setelah 15 tahun tidak berjumpa.Dunia ini kecil rupa-rupanya.Masing-masing sudah punya anak yang besar panjang.Pertemuan kali ini terhenti di sini saja apabila beliau tergesa-gesa menaki kapal terbang terakhir malam itu sepertimana anak gadisku yang juga tertunda penerbangannya.

Sabtu, 14 Februari 2009

anak-anakku


Anak anak di rumah mokmi












Nyang dan Aina









Me and my lovely hubby














2008 hari raya


hari raya 2008 celebration with family and che'

Release..........

Sukan sekolah.Panas terik.Dek kerana tugas round jugaklah tempat lompat setempat.(lompat katak agak-agaknya) 200 meter ,lompat jauh dan lontar peluru.Tengok student Mahyideen lari tak ada semangat langsung!.sudahnya dapat tempat yang tercorot.Jangan putus asa.Cuba lagi untuk sukan akan datang.Bangun Mahyideen bangun!.KITA BOLEH.
MALAM ,MENYIAPKAN TUGASAN.siap soalan bulan Februari.Fuh!!!! lega rasanya.Tinggal lagi nak lihat bagaimana student PMR 2009 jawab.BUKAN APA NAK BUAT PENGUKURAN.Lepas tu dengan kakYoh dan Apisah kenalah aturkan strategi bagaimana nak capai 214 orang skor A untuk Bm 2009.Peluh pah ketinglah team BM nampaknya.What ever it is,we will do our job done.

Jumaat, 13 Februari 2009

Hari pertama

1.Hari ini merupakan hari pertama cipta blog untuk diri sendiri.Hantar Irfan,anak bungsu yang manja ke kelas math cikgu norizan.Geng diSIC.Terima kasih zan kerana terima Irfan sebagai anak didik.Terimalah dia seadanya.
2.Hari pertama buat kesekian lama baru nak caro ke pokok bunga.baru timbul minat balik.sapa-sapa yang nak tukat-tukar pokok bunga dialu-alukan.