Selasa, 2 Jun 2009

Cuti sakan

Entah apalah penyakit yang datang sejak akhir-akhir ini.Kerja menimbun;

1.kertas mid-year exam 2 kelas belum disemak
2.Tempahan tudung sulam tangan belum siap-siap.
3.Nak susun atur semula kain baju dalam almari belum buat lagi.
4.Perjanjian dengan Irfan nak gi berkelah belum terlaksana .

Semua tu belum buat lagi.Ari ni asyik nak terlelap aja.Celik mata lapar,makan.terlelap lagi,bangun,makan lagi.Kalau beginilah gayanya mahu tak muat baju untuk kenduri 6/6/2009 nanti.

Tapi satu saja yang buat hari ini,sapu daun-daun jambu yang dah seminggu tak bersapu.Pokok ni lebat bunga dan putiknya,tapi sayang dah mula gugur akibat dimakan burung-burung kecil.Rezeki burung!

4 ulasan:

  1. Namanya cuti... musim cuti.. maka mindapun samalah dah set cuti...cutilsh dia.. ok selamat bercuti..
    catatan di Langkawi..

    BalasPadam
  2. Abiey69.

    Dengkinya macam ni,masih lagi di Langkawi.Nak jadi wardenlah macam ni...hi...

    BalasPadam