Sabtu, 3 April 2010

Acara menghantar

Bukan menghantar menantu tapi hantar dia yang mula berkhidmat di Pos Dayabumi.
Kami sekeluarga turut serta dalam rombongan tersebut dengan dua buah kereta sebab dia terpaksa gunakan kereta untuk ke stesyen komuter.Nak bawa ke Dayabumi jangan haraplah sebab terlalu sibuk!.

Di Kota Bharupun masih tak berapa kenal jalan,inikan pulak di KL.Apapun muga dia selamat walaupun hari pertama iaitu pada 1 April telah diuji dengan kejadian sesat hingga ke highway.Susah hati sungguh masa tuh.Rasa macam nak pengsan.

Nasib baik ada MR.MUHAMMAD FAKHRUL HAQIMI.Dialah yang jadi ketua pasukan penyelamat.Kebetulan pulak dia yang cukup.....umur yang ke 2...pada hari itu. Mama harap dapat simpan duit kalau nak kawin cepat.Kalau tak sapa yang nak.kalau poket sentiasa kempis.Takkan nak minta dengan bank.Ho....ho bersedia 2 tahun dari sekarang.

Jumaat, 2 April 2010

suatu janji yang pasti

Suatu janji Allah yang pasti dan tak akan awal atau terlewat walaupun sesaat!!

Kematian demi kematian kami sekeluarga hadapi pada tahun2010.Bermula dengan ibu saudara sulung sebelah suami dan diikuti oleh saudaranya yang kedua selang 28 hari.

Dan pada 29hb Mac kami menghadapi satu lagi kehilangan yang agak trajis.Anak saudara kami Siti NurHidayah telah kembali mengahadap Ilahi tepat jam 2.15 petang setelah berada di ICU selama 4 hari akibat SLE.

AL-Fatihah buat semua yang telah dijemput kembali oleh Allah.