Rabu, 28 Mac 2012

Alhamdulillah,akhirnya pasukan bahas SIC berjaya mewakili QIT kota ke pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat PPD.Tahniah buat semua YB.YB Omar,YB Fakhrudeen,YB Asyraf,Yb Zahid dan YB Akmal.

Selasa, 27 Mac 2012

Bahas,bahas

Setelah tertunda 2 kali tarikh persidangan,akhirnya esok 28 mac 2012 pembukaan parlimen akan diadakan di SMK kota jam 8.00 pagi
SIC akan diwakili oleh YB Omar,YB Fakrudeen,YB Noor Asyraf,YB Zahid dan YB Akmal.Bakal YB juga akan turut dibawa sama bagi memberi sokongan moral.
Harapan semoga usul yang kami bawa akan diterima atau di tolak mengikut peranan yang akan ditentukan esok sama ada kami di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.
Yang pasti kami akan bersidang sebaik mungkin.Cuma satu ! pihak juri mestilah jangan menggunakan strategi tertentu bagi sesuatu tujuan.Jika ada yang berniat demikian, kami akan
selidik satu persatu sebab musababnya.Jangan kerana nak naikkan satu-satu pasukan,pasukan yang sedia ada nama disingkirkan.Tapi kami menaruh keyakinan akan kredibiliti para juri .
Jadikan kejayaan esok hari hadiah yang paling berharga buat ulang tahun kelahiran cikgu esok.