Selasa, 24 November 2009

Beraya di Dungun

Pada tahun ini kami sekeluarga,oh maaf bukan sekeluarga tapi dua keluarga akan berhari raya Aidiladha di rumah mak saudara di Dungun.

Rasa gembira sangat nak ke sana.Maklumlah nak mengimbau kembali saat-saat menempuh alam persekolahan semasa di tingkatan empat hingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah dan pernah menjadi Head girl pada tahun 1978.

Di samping tu nak tengok-tengok tanah pemberian mak saudara.Dah naik semak!.Entah bilalah nak bina apa-apa bangunan atas tanah tu.Rasanya untuk anak-anak ajelah.

Cik Za pulak nak pergi tanda dengan pokok kelapa tanah pemberian tersebut.Nak chokk katanya,agar adik-beradik yang lain tahu sempadan tanahnya.Aku tak perlu nak chokk sebab dah ada geran berasingan.

Kami adik-beradik sebenarnya begitu rapat dengan mak saudara yang satu ni sebab dialah yang merupakan satu-satunya adik beradik arwah ayah yang masih ada.Beliau merupakan bekas guru kanan Sekolah Batu 48.

Kalaulah ada kelapangan rasanya nak cuba ziarah rumah teman-teman lama.

Khamis, 19 November 2009

Hari-hari akhir persekolahan

Situasi 1
Sebagai guru tingkatan,hari ini merupakan hari yang sangat sibuk.Mana taknya,nak tutup buku rekod kedatangan,pastikan borang draf keluar sekolah diisi,fail hantaran buku teks dikemaskini,senarai hutang-piutang pelajar telah beres dan macam-macam.

Masuk kelas 1 Yakin,pelajar hanya tinggal 3 orang.Yang lain duduk menendang bola di padang.Suatu pandangan yang pelek tapi benar di sekolah ni.Pelajar yang begitu bersemangat bermain bola di padang walaupun dalam keadaan hujan lebat.Terasa macam mengajar di kawasan pedalaman pulak.

Situasi 2
Yang menghairankan ada dalam kalangan kita yang relek memanjang.Alangkah bernasib baiknya mereka.Dahlah masa mengajar sedikit.Tak jadi form teacher pulak.Itulah yang dikatakan rezeki masing-masingkan??????.Tanda tanya ni sebenarnya memerlukan banyak jawapan yang tidak ada orang yang boleh menjawabnya.

Sabtu, 14 November 2009

Leganya.....

Alhamdulillah semuanya selesai.Proses memasukkan markah sudah selesai.Perkara yang paling ditakuti kalau-kalau proses back upnya tak menjadi.Mudah-mudahan semuanya selamat.Apapun semua akan terjawab apabila menyerahkan semuanya di KL pada 22 November nanti.

Dengar berita dari angin yang berlalu ada anak buah yang sedikit bermasalah di bawah KPS.Esok akan pergi melawat ke PKG Jambu Lawar tepat jam 8.00.Sempat ke sampai .
Nak tengok betul ke tak anak mukim sampai lewat daripada tok penghulu?.Jika betul tahun depan good byelah jawabnya anak mukim tersebut.

Alahai acah je tu.Warninglah dulu.

Selasa, 10 November 2009

Manusia sebaik-baik kejadian

Manusia merupakan makhluk yang paling istimewa yang diciptakan oleh Allah S.WT kerana dianugerahkan akal yang membezakan dengan makluk yang lain.

Penciptaan asal manusia bermula daripada penciptaan Adam berasal dari tanah .pati makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan yang ditanam dibumi.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 12;maksudnya"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari tanah ".

Dan ketahuilah kita untuk mencipta seluruh anggota manusia tanah-tanahnya diambil dari tempat-tempat berikut;

a. Kepala - tanah dari Baitulmaqdis
b.Telinga -tanah dari Bukit Tursina
c.Dahi -Dari bumi Iraq
d.Muka - Dari Eden ( Yaman )
e.Mata -Dari telaga Kautsar
f.tangan kanan/kaki kanan -Tanah dari kaabah
g.Tangan kiri dan kaki kiri -Tanah dari parsi
h.Perut -Tanah dari Qurasan
I.Hati -Tanah dari syurga Firdaus
J.Lidah -Tanah dari Ta'if
K.Kemaluan -Tanah dari Babylon ( Iraq )

Ya Allah betapa istimewanya kita!!!!!

Khamis, 5 November 2009

Seminar Etika Keguruan.

Bertarikh 5 November 2009,guru-guru yang terlibat dengan pengajaran di tingkatan 3 tahun 2009 telah menyertai Seminar Etika Keguruan Melestarikan Kecemerlangan P&P (PMR 2010) di Dewan Congkak Grand Riverview Hotel.

Pengisian seminar ini amat bermakna dan bermanfaat sekali bagi diriku dan mungkin juga bagi rakan-rakan guru yang lain.

Ceramah pertama;Etika kerja mengikut perspektif Islam yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fakhrurazi b Abd.Rahim.Banyak info yang kami peroleh antaranya yang paling berkesan adalah ;

1.Boleh suaikan diri.
2.krentif-cipta idea yang baru
3.semangat dan daya juang yang tinggi
4jadikan Islam sebagai cara hidup
5.mempunyai kaedah dan strategi
6.menganggap diri sebagai khalifah Allah
7.sentiasa yakin Allah memberikan ganjaran kepada kita asalkan sesuatu yang dibuat dengan
niat kerana Allah.

Ceramah kedua pula disempurnakan oleh Encik Azizi b Abdullah,kaunselor dari PPD Pasir Puteh.Tak kering gusi kami dibuatnya dengan celotehnya yang bersahaja tapi melucukan.
Dalam slot inilah kami melaksanakan inventori personaliti sidek.

Banyak yang kami ketahui tentang diri sendiri.Sebenarnya banyak jugak betulnya hasil rumusan inventori tersebut untuk diri kita.Hanya kita yang tahu tentang personaliti diri kita.Yang dilihat oleh orang hanya yang tersurat manakala yang tersiratt akan terserlah dengan cara menjawab 160 soalan dalam IPS.

Lain-lain cerita dalam N3 akan datang.

kerja tertangguh.

Lama betul tinggalkan sekolah.Sejak 12 oktober hingga 23 oktober.Bukan ke manapun,cuma ke KL untuk menyelesaikan tugas-tugas yang telah diamanahkan.Tapi yang tak sedapnya ada rakan yang tak mengetahui cerita yang sebenar menganggap kita pergi makan angin.Makan angin apa, masuk meeting pukul 8 pagi habis kadang-kadang pukul 12 malam.berhenti untuk makan dan solat saja.Nak tengok surat khabarpun tak sempat,apatah lagi nak membacanya.

Jadi apabila tinggalkan pelajar,banyaklah perkara yang patutnya dibuat,tergendala,walaupun ada guru lain yang menggantikan waktu yang kosong tu.

Senang jugak jadi guru ganti ni ya.Relax.Tak payak terkejar-kejar nak habiskan silibus.Boleh borak-borak kosong dengan pelajar dan pelajarpun suka.

Dunia pendidikan semakin haru jadinya.