Ahad, 22 Mei 2011

Semakin dekat

Mengenangkan tarikh 27 Mei semakin dekat,semakin bercelaru rasanya.
Bukan apa yang mana satu yang hendak dipenuhi.Majlis nikah di KL atau di KB.
Kena timbang menggunakan penimbang yang betul-betul tepat garis penimbangnya

Akhirnya buat keputusan begini.Bertolak ke majlis NorAtiah pada sebelah malam selepas akad nikah Nuruhailah di KB.Walaupun terlepas majlis penting anak saudara sendiri tapi masih berpeluang menghadiri majlis di Putrajaya pada 28 Mei.Sorry.

Majlis nikah angah kena pergi mengenangkan arwah Hajjah Wan Yah yang telah mengamanahkan banyak perkara untuk majlis tersebut.Sedih.......sangat.Tak dapat memenuhi apa yang dihajatkan sebab bertembung dengan majlis kakak atia.

Harap semua memahami kedudukan dan situasi.
ditelan mati emak diluah mati bapak.

Tak sempat menyumbang apa-apa untuk majlis di KL sebab semuanya ada Vendor.Untuk majlis di KB sempat menyiapkan 100 ranting bunga telur.