Selasa, 29 September 2009

Menghitung hari

Hari ni dah 29 September.

Tak beberapa hari lagi maka calon PMR akan berjuang berhabis-habisan dengan menggunakan segala tenaga,semangat dan ilmu yang tak jemu-jemu di berikan oleh para guru.Sepanjang usia perkhidmatan,aku tak pernah lagi lihat pelajar begitu mewah dibekalkan dengan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Betapa bertuahnya pelajar yang dok belajar di SIc.Jika 8 subjek dari 10 negeri,kiralah berapa banyak latihan yang pelajar buat dalam 2 minggu belakangan ini.

Harapannya hanya satu agar apa-apa yang telah dibincangkan digunakan sebaik mungkin dalam peperiksaan pada 7 oktober nanti.InsyaAllah.

Tapi yang agak mengecewakan masih lagi terdapat pelajar yang buat tak kisah apabila kita dok bincang jawapan,malah ada yang boleh tidur lagi dalam kelas.Den tak boleh nak kata apalah.Ni bukan salah ibu yang mengandung tapi salah anak yang dikandung!!!.

Nampaknya jalan yang terakhir kena tolong mengarang buat mereka bagi tajuk-tajuk yang dijangka keluar.Suruh mereka baca,tulis berulang kali dan hafal jika boleh.Kalau tak mahu buat jugak....ikut engkaulah budak......

4 ulasan:

  1. Sabo la cikgu...tengok budak2 yang tak serius ni,buat sakit mata aje...sebab tak endahkan cikgu -kat sekolah saya pun ada....yang bagus tu - bagus la...

    BalasPadam
  2. kat sekolah saya lagi best..

    cikgu je yg bersusah payah buat ni buat tu (tu pu arahan)

    budak2 buat bodo je...masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..tu pun kdg2 masuk angin keluar asap..

    org baru bg borg OMR, soalan x bagi lagi..tapi dh habis tanda jwpn..

    hebat kan??

    BalasPadam
  3. Sonata anak kancil

    Yang bagus itulah yang menjadi penawar bagi kita.

    BalasPadam
  4. n@m@n

    Budak-budak yang macam ni cuba ajak bermain atau duduk bercerita tentang apa-apa dengan mereka,mau telopong mulut mereka.

    Yang menjawab sebelum dapat soalan ni,memang...betul-betul hebat.

    Serupalah dengan peribahasa yang mengatakan belum duduk sudah berlunjur.

    BalasPadam