Ahad, 6 Disember 2009

Rumah jadi sunyi sepi

Sekembalinya Arief Naqiuddin dan Arief Irham ke pangkuan keluarganya pada sabtu lalu rumah kami sunyi sepi.maklumlah Irham tu ibarat salleh Yakcob dari radio Sinar.

kalau Irham ada tak menang tangan dibuatnya.perutnya sentiasa lapar.jadi kenalah masak menu yang agak berat.sarapan dengan roti tak mainlah.kena buat nasi gorengke.mee goreng,tanak pulutke,apa-apa aje,janji makanan yang mengenyangkan.

Menu gulai kuning paling disukainya,terutama gulai telur,bertambah-tambahlah seleranya.tapi sepanjang dia dok di sini tak dapat pulak beli ikan patin.Di pasar Berek 12 tak ada,apatah lagi di pasar Pengkalan Chepa.Ke ikan patin dah pupus!!.Yang nama Fatin tu ramailah.

2 ulasan:

  1. Ass-salam
    anak-anak @ budak-budak tu penyeri ek...sunyi tanpa diaorang...walaupun pening lalat bila dia orang buat hal

    BalasPadam