Rabu, 12 Ogos 2009

Menu pra Ramadan

sebagai persediaan menyambut bulan yang mulia ini baiklak kita sediakan menu awal-awal agar kita taklah asyik dok bercerita tentang apa yang nak dimasak pada siang hari di bulan tersebut.nanti kurang pulak pahala puasa.

Dalam N3 ni nak berkongsilah satu resepi yang orang suka makan tapi tak berapa suka nak buat.Resepinya simple saja iaitu pencicah ikan bakar.Ikan tu apa-apa ikanpun boleh asalkan kita ada selera untuk memakannya.Ikan emas dalam akuariumpun boleh.

Pencicah/sos ikan bakar

Bahan-bahan;

Limau kasturi
bawang merah
belacan
cili padi dan cili besar
air asam jawa
garam

cara membuatnya
1.Bakar bawang merah,setelah masak hiris nipis-nipis
2.belacan dibakar
3.Kisar cili padi,cili besar,belacan,gula dan garam bersama-sama dengan perahan air limau nipis
dan air asam jawa.
4.setelah itu masukkan hirisan bawang dan juga hirisan kulit limau kasturi.


Sos ini lebih sedap dimakan jika disediakan lebih awal agar rasanya lebih sebati dan lebih sedap lagi jika menggunakan belacan Terengganu.banyakkan air limau kasturi berbanding air asam jawa.Jika tips ini diikuti,ketika kita makan nanti,mak mentua lalupun kita tak nampak.Apatah lagi jika dia lalu di belakang.Lebih tak nampak jika yang lalu tu yang belum jadi mak mentua.


Bagi yang bujang tu suruh mak sediakan sos ni banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.Apabila nak makan keluarkan aja.

Selamat mencuba.....

7 ulasan:

  1. Rasanya abiey kena cari lauk kedai bule posa nih

    BalasPadam
  2. i will ! i will ! sedapppp nih..

    BalasPadam
  3. Abiey
    Jangan amal sangat cari lauk kedai.masaklah sendiri simple-simple.Ikan singe bubuh kacang bendi.emmmm sedapnya

    BalasPadam
  4. cikgu math
    Tempahan diterima mulai sekarang.Bsawak je limau kasturi.Boleh kak na buatkan.

    tchersally
    jangan tak buat.Nanti Is suruh buat setiap minggu.

    BalasPadam
  5. tips ni amat baik & sonata akan ikut! he3x...sedapnya...

    BalasPadam