Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Memang kita kena sentiasa ingat pesanan tu.Kerana sambut aja Ramadan Al-Mubarak dugaan telah datang.Hari pertama lagi papa budak-budak ni demam tak baik-baik.Doktor bagi Mc tapi tak nak ambik.Kononnya untuk mengekalkan rekod kerja tanpa mc.Bayangkan sepanjang papa bekerja tak pernah ambil MC.ho..ho.tahniah!
Setelah papa baik sedikit dari demam,mama pulak demam dan sakit-sakit badan.Tak tahu apa sebabnya.Nasib baik tak selsema.Kalau tak risau jugak.
Walaupun tak berapa sihat tapi sempatlah menyemak kertas-kertas peperiksaan pelajar.Lega rasanya.Prestasipun agak memberangsangkan terutama bagi pelajar tiga jujur.pelajar 3 Taat masih di takok lama.Hanya nasiblah agaknya yang menentukan.Tak ada perubahan langsung!!!!
Tak tahu dah apa yang harus dilakukan.Malas dah untuk fikirkannya.Sebab segala ajaran seolah-oleh masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Habis tu apa jadi dengan prestasi sekolah?.sapa nak jawab ni......
2020
5 tahun yang lalu
Inilah sebenarnya mulianya peranan guru sebagai pendidik anak bangsa! Semoga cikgu tabah dalam mendidik generasi bagi mencipta 1 Malaysia.
BalasPadamSelamat Hari Kemerdekaan yang ke 52 hehehehe
Sebenarnya apa-apa kerjapun mulia di sisi Allah asalkan kita ikhlas.
BalasPadamCuma pendidik merupakan arkitek bangsa.tak gitu anak cikgu....
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.Cuti lagilah tu.sukenya...