Khamis, 30 April 2009

Kerja udah beres

Mou dengan LPM dah tamat jam 12.00 tengah hari tadi.Aduh penatnya,dok fikir nak drive balik ke KB.Seronoknya jika pejam mata dan apabila kita buka balik kita dah sampai di rumah.

Jam 12,.30 KPB Terengganu Cikgu Haron ajak makan nasi kukus di Jalan Kamaruddin.Kenalah pergi jugak walaupun agak keletihan.Kalau tak pergi tak sedap hati jugak sebab kena bawa seorang urusetia dari LPM.Terima kasih cikgu Harong kerana belanje kami semua makang.Kalaulah LPM buat mitim di Kelantan bulan 7 nanti ke mana ya nak bawa mereka.Kena bawa mereka make nasi kerabulah nampaknya.

Perjalanan pulang bersama-sama Cikgu Haslina dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan.Taklah boring sangat.singgah di Kampung Raja,ada orang nak ikut sekali.Siapa lagi kalau tak budak tembam tu Irham.

Jam 6.00 petang selamat sampai di rumah.Alhamdulillah.Lega.Aduh mengantuknya.Esok tak masak apa-apalah jawabnya untuk ke Perdana Resort.Tak sempat.Kita masak di kedai ajelah ya.

Selasa, 28 April 2009

Tugas untuk hari ini berakhir jam 1.00 petang.Slot petang ini free,bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bengkel nak ke mana-mana.Kata mereka nak ke Syurga tudung dan ke pasar Payang.Kita tengoklah nanti apa yang mereka beli.

Kami para fasipun tak ketinggalan nak pergi jalan-jalan cari barang.Peserta Terengganu tanya puan tahu ke jalan nak ke Syurga Tudung di Pengadang Baru tu.Kah..kah mereka tak tahu bahawa aku pernah tinggal di Kuala Terengganu selama 10 tahun.Tak boleh nak kelentonglah tempat-tempatnya.InsyaAllah masih kenal tempat-tempat tersebut.

Tulis N3 ni sambil tunggu fasi yang 2 orang lagi tu.Janji pukul 2.00 nak turun tapi tak turun-turun lagi.ke dah lentok ni.

Mula bertugas

Bermula jam 8.30 Malam 27 April tugaspun sedia menanti hingga jam 10.30 malam Mengantuknya tak terkata.

Hari ini slot bermula jam 8.00 pagi hinggalah jam 4.00 petang.Jam 5.00 sempat lagi ikut rombongan Cikgu Haron munsyi DPB ke ICT(Ikan Celup Tepung) di Kampung Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sesi sebelah malam bermula jam 8.30.Perut rasa sebu penangan air kelapa muda hampir satu biji.Itulah nak tujuk terror minum air kelapa.Sudahnya.......

Apapun sempat lagi buat N3.Gian lama tak menulis.Akan balik ke KB hari Khamis.Pagi Jumaat
sempat ke nak ke Family Day SIC.Aduh penatnya......

Perjalanan ke Kuala Terengganu

Jam 8.40 bertolak dari Kota Bharu Ke Kuala Terengganu.Sampai di Besut jam 10 pagi.Masih sempat singgah di rumah adik di Kampung Raja.Cit cat banyak-banyak patah perkataan.Jam 12.40 bertolak ke Permai Inn Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan singgah di Pantai Penarik,makan ikan celup tepung.Bayangkan seorang diri.pelik rasanya.Tapi tak apa.Alah bisa tegal biasa.

Jam 2.30 selamat sampai.Rupa-rupanya aku antara orang yang terawal check in.Tak apalah .Lebih baik awal daripada lewat.Masuk bilik .Terus ter.....

Ahad, 26 April 2009

saja-saja hilangkan tention

Kelas 3 jujur kerugian lagi hari ni angkara perhimpunan yang panjang sangat.Tak apalah,tak risau sangat dengan kelas ni.Mereka cepat tangkap dan buat apa yang kita kehendaki.Bermuala esok 27/4 hingga 30/4 terpaksa tinggalkan sekolah kerana bertugas dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mengingatkan tugas yang akan dipikul bermula esok,barulah rasa kelam-kabut.Maklumlah tak berkemas apa-apa lagi.Hari nipun balik 6 petang.Wah ..... dan lagi Ke Herba line di KB Mall.Buat Facial.Tengok kad rupanya dah hampir 2 bulan tak memanjakan diri di situ.Tak apalah jimat sikit duit.Dapatlah gi makan angin pulak.Dengar khabar 24 ogos nanti ada trip ke Ho Chi Minh.Ye ke?Jom kita pakat gi ramai-ramai.

Buat N3 ni bukan apa.Saja nak hilangkan tention nak memandu sorang diri esok pagi ke Kuala Terengganu.Antara benda-benda yang akan di bawa;
1.Kekacang
2.Air mineral
3.Gula-gula
4.CD.......
Bukan apa,semua tu untuk menghilangkan mengantuk drive sorang diri.Nak berhenti tepi jalan
pun takut jugak. Aduhai LPM kenapalah tak buat di Langkawi ke.KL ke.Dapatlah gi ngan flight.
Tak apalah....

Apabila nak ke KT esok ingat kenangan lama semasa mengajar di SM Padang Midin 1981-1990.
Rindu pulak kepada rakan-rakan lama,jiran-jiran dan pengasuh anak-anak.Kami pernah tinggal di Kampung Seberang Baroh,Kampung Tok Kaya,Kuarters Pos Malaysia Kuala Terengganu dan akhir sekali kami beli rumah di Taman Riny Padang Midin tahun 1989.
Semasa tinggal di kuarters Pos,anak baru sorang.Bilik ada lima.Takut tak terkata,lagipun kuarters tu bersebelahan dengan Bukit Puteri,berhampiran Pasar Payang.Tapi kami seronok tinggal di situ.Walaupun untuk sampai ke rumah kami tu terpaksa panjat 66 anak tangga dan kami hanya ada seorang jiran sahaja.

Nantilah apabila ada kelapangan nak jugak pergi ziarah teman-teman lama dan saudara mara sebelah mak mentua di Losong Panglima Perang(Kampung Cikgu Maizomlah tu)

Sudah-sudahlah tu..pergi berkemas.tidur awal-awal sikit.Besok jam 8 ke 9 ke bertolak ke KT.Tak apa check in kul 2.Sempat lagi singgah Kg Raja.Borak-borak sepatah dua kata.

Sabtu, 25 April 2009

Piala FA

Wah hebat,hebat.pertarungan akhir antara selangor bertemu kelate.

Balik dari Ketereh jam 6.45 petang.Dalam kereta timbul perbualan tentang piala ni.Papa mulakan dulu.

Kata papa;Papa rasa kalau ramai-ramai ni tentu ada kemalangan.macam selalu.
kata mama;Minta-minta tak adalah.Takut.
kata papa;Biasanya macam tulah.Yang pergi tu muda-muda.berlumba-lumbalah nak sampai.

Aku ubah topik.Malam ni agak-agak sapa yang menang.

Papa kata;Kelantan 2-1 (confident semacam )
Mama kata;Ya ke?papa sokong pasukan mana.
Papa kata;Sure kelantan.
mama tanya;Adik sokong mana?( Rujuk kepada Irfan)
Irfan :Dengan penuh keyakinan.Kelantan
Mama;Mama sokong Selangor (Saja nak wujudkan kontroversi.Sebenarnya tak minatpun bola)
Irfan sepatutnya sokong Selangor sebab Irfan rakyat Selangor.
Irfan :Takut nak sokong selangor,takut tak ada geng.
Mama;Pelek! gitu pulak rupanya.

Apa-apa ajelah ya.Tunggulah keputusannya nanti.Apa yang pasti bola itu bulat,dan aku tentunya tak tengokpun bola malam ni.Nak tengok A...

Jumaat, 24 April 2009

Jumaat pagi-balik ke kampungBeris Baru dan Kampung Raja.Sebenarnya balik ke kedua-dua tempat ni ada sebabnya.Ke Kg Beris Baru kerana melawat mentua yang agak uzur dan juga menziarahi ibu saudara sebelah suami yang kena strook sejak Maulidur Rasul tempoh hari.umur mak long dah 96 tahun.Matanya masih terang dan pendengarannya masih jelas.Dia merupakan kakak sulung kepada bapa mentuaku.Ketika kami melawatnya jam 4 petang tanpa kami ketahui ada rombongan untuk menetapkan hari untuk kenduri cicitnya.Malu juga kami.Sebab kami datang tanpa diundang,jika kami tahu ada majlis tentu sekali kami akan tangguhkan dulu hajat kami untuk ziarahi mak long.Apapun dapatlah kami merasa ketupat sotong dan laksa.Sedap ketupat sotong yangdibuat oleh menantu Mak Long.!

Pukul 5.30 aku ziarahi pulak ibu saudara di Hospital Jerteh.Dah 8 hari dia dimasukkan ke wad kerana demam tetapi baru hari ini aku sempat menziarahinya.pendek kata hari Jumaat minggu ini aku dapat melangsaikan hutang-piutang untuk ziarah-menziarahi.

Pukul 7.30 dah sampai semula ke KB,dan 8.30 sempatlah ke KB Mall untuk melihat persembahan pelajar-pelajar SIC di sana.Not Bad.Terhiburlah jugak.Hasrul boleh pergi jauh dalam bidang ini.Persembahannya bersahaja.Janji dengan Irfan tertunai sudah.Lain kali jangan berjanji dengan dia.Kalau tak,dia asyik dok tanya hal yang sama.

Khamis, 23 April 2009

Keliru,buntu,haru,

Susahnya untuk mencari satu jawapan tepat bagi satu kekeliruan yang tak pasti ada atau tidak penghujungnya.
Sedih,marah bercampur aduk.kelirupun ada.
Apakah penghujung bagi persoalan ini.hanya Allah yang mengetahui.
Sedih kerana tidak faham,mengapa sesaorang anak tidak memahami atau pura-pura tidak faham apa hajat kita atau orang yang berhajat.
Marah,kerana tidak atau masih tidak mampu menangani atau menyelesaikan persoalan yang
asyik bermain di fikiran sejak akhir-akhir ini.
Kadang-kala rasa nak merajuk dengan anak-anak yang tidak boleh memahami hasrat keluarga.

Apakah yang harus dilakukan.
Anak-anak, jika boleh bahagiakanlah orang tua semasa mereka masih ada.
Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk perubahan dalam hidup.Atau adakah Allah sudah menarik sifat rasa belas/ehsan dalam diri anda.Pandang dan tiliklah dalam-dalam ke dalam diri.

Carilah jawapan yang pasti.Ada orang suka buat sesuatu secara drastik dan ada orang yang suka guna masa atau dalam lain perkataan nak secara slow-slow.Di sinilah wujudnya pertentangan yang tak disedari.Jadi kena cari titik persamaan.

Tapi yang pasti dan banyak terbukti orang akan tunduk pada yang sabar menanti.Mengikut Pak Hamka.Cinta yang datang dari pintu kasihan itu akan berkekalan.Dan itulah yang aku amalkan semasa memilih papa anak-anak ni dan alhamdulillah kami bahagia hingga kini dan mudah-mudahan sehingga seakhir hayat.

Makanya fikir-fikirkanlah kepada yang mahu berfikir.

Rabu, 22 April 2009

Nasi bungkus

Dah dua hari makan nasi bungkus.Relak jugakkan macam ni.Tak payah susah-susah nak masak.Tapi tau ajelah makanan siap dimasak ni.kadang-kala tak dapat memuaskan hati kita,tak seimbang.Apa-apa pun penting jugak kita pencen sekali sekala daripada aktiviti memasak.Seronoknya.....dapatlah kita lakukan apa aja yang kita suka dari pukul 3.00 petang hingga ke malam.Dunia ini terasa ana yang punya.

Pukul 1.30 petang tadi terima panggilan telefon dari Tuan haji Muhammad Haron PKP Pangkal Kalong.Katanya dia dah dapat pesanan dari pihak Lembaga Peperiksaan,minggu depan ada latihan untuk pemeriksa baru di Permai Inn Kuala Terengganu.Akupun mungkin terlibat sama.Nak pergi ngan siapa ya.Takkan nak tumpang Tn.Hj.Muhammad pulak.segan den.

Kena drive soranglah nampaknya.Kalau ada yang nak tumpang bolehlah.No problem.kita lalu jalan pantai,nanti bolehlah kita pekena ikan celup tepung kat Pantai penarik.Minta-minta adalah pemeriksa baru yang telefon nak tumpang.Aku tiada masalah .Tiada gap antara kita.Walaupun aku KPB.Kitakan guru yang biasa-biasa,cuma mengajar di sekolah yang agak luar biasa.Studentnya lelaki belako wei.Kadang-kadang pening jugak.Almaklumlah anak sendiripun hanya 2 saja lelaki.itupun jarak antara mereka 10 tahun.Tak sempatlah nak tengok mereka main perang-perang atau wrestling.

Gempak betul di sekolah hari ini ya!!.Cikgu Napi....apa perasaan anda.Tak gabra ke?Nasib baik.

Selasa, 21 April 2009

Mengapa kita mudah terlupa.

Kenapa kita seringkali terlupa jika meletakkan sesuatu.Adakah kerana faktur usia atau pengurusan kita yang tak betul?.Stress betul.Dah satu jam cari playar untuk kerat dawai bunga,tak jumpa-jumpa.Tanya Irfan ,dia pun tak tahu.Puas mencari.Di tempat yang tak logikpun aku cari.Geramnya...Tak dapatlah teruskan projek buat bunga Mira malam ni,entah apalah malangnya.Mood ada,barang pulak hilang/salah letak.

Akhirnya...tengok TVlah jawabnya.Ada tak apa-apa petua cara-cara untuk kita mudah ingat jika menyimpan sesuatu barangan.Cuba habak kat chek.

Panasnya cuaca.

Apa kata anda jika para guru berpayung untuk ke kelas?.Adakah anda akan gelarkan mereka puteri lilin,mak puteri lilin atau putera lilin.Apa-apa sajalah gelaran yang akan anda berikan,itu tidak akan menjadikan soalnya.yang penting aku telah berpayung untuk ke kelas di blok tingkatan satu.

Pada mulanya agak malu jugak pada pengawal di pondok jaga,tapi pedulikan.Cuaca terlalu panas.Tak tahan rasanya.Daripada biarkan demam dan sakit kepala berpanjangan baik berjaga-jaga.Nak bawak pelajar-pelajar ke library tak sesuai pulak rasanya,lagipun tak mahu ambil kesempatan tak tentu pasal.

Rasanya baik kita mengamalkan meminum air banyak-banyak lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang sebegini panas.Tapi perkara ini tak pulak menjadi amalan.nasib baik anak-anak suka minum air kosong.sebenarnya meminum air putih/air masak/air jarang/air kosong baik untuk kesihatan.Untuk kulit juga,tetapi seramai mana antara kita yang dapat minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Bermula hari ini jom kita ramai-ramai amalkan meminum air kosong.

Isnin, 20 April 2009

Lambatnya cuti......

Alangkah seronoknya jika kita dapat cuti sesuka hati kita.macam orang kerja kat office.Rasa tak sihat boleh ambil cuti.Nak lepak-lepak kat rumah boleh ambil cuti.Bilalah dapat merasa itu semua.kalau cuti sekolah pun sibuk dengan kelas tambahan.

Cuti sekolah nanti dah pasang niat,kalau boleh tak mahu terlibat dengan kelas tambahan.nak rehat betul-betul.Tapi......6/6/2009 anak saudara kawin.Bunga telurnya pun tak buat lagi.Macam manalah tak streess.
Hari Sabtu nanti mesyuarat PIBG pulak.Aduhai....sibuk memanjang.Tak apa,tak apa.Tunggu...hari Jumaat nanti nak balik ke kampung.Nak lepak dengan budak tembam tu.Hari dia datang masa kenduri tu tak sempat nak buat dia sebagai bantal peluk.

Kadang-kadang kita saaaangat memerlukan waktu untuk diri kita sendiri.

Ahad, 19 April 2009

FIKIR ITU PELITA HATI

Kita tidak boleh hidup hanya mendengar kata hati semata-mata atau mengikut mengikut emosi yang entah betul entah tidak.kadang-kala kita perlukan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan.Di sini pengorbanan perasaan diperlukan.Lebih-lebih lagi apabila sesuatu itu memerlukan kita membuat sesuatu keputusan.

Kita tidak boleh hidup dalam kenangan silam yang menyebabkan kita jadi statik sedang ruang dan peluang terbuka untuk kita. FIKIRKAN!!!!.Kita perlu ada anjakan paradigma dalam hidup.Bukan semua yang mendatang serupa dengan yang telah berlalu.

Sebenarnya orang yang hidup dalam kenangan masa silam adalah orang yang rugi dan membuang masa kerana masa tidak boleh diputar kembali.Allah maha Mengetahui akan segala sesuatu dan biasanya yang mendatang lebih baik dari apa yang telah berlalu.Percayalah.Tiada ibu bapa yang tidak inginkan kebahagiaan untuk anak-anaknya.Fikir-fikirkan.

Juga dalam menjalin sebuah perhubungan,masa amat diperlukan.Gunakan masa untuk memupuk sesuatu persahabatan.Bukakan ruang dan peluang!!!

Jumaat, 17 April 2009

Kita merancang,Allah menentukan

Kita perancang yang hebat tapi penentu segala-galanya adalah Allah.Ke klinik sudah(dah makan ubat pun),rehat sudah tapi kata orang penyakit datang seperti ribut,pergi seperti kura-kura.lambat baiknya.

kata doktor di KBMC ubat selsema dan batuk ni mengantuk sikit ni.Tapi apa yang terjadi...jeng,jeng,...
Mataku tak lelap-lelap hingga ke pagi.Dah dua malam dah.Apa ke he ni yob.Hari ini apa lagi tepat jam 11 pagi dah tertidor.Sedar-sedar pukul 12 tengah hari.Ini yang dikatakan tak menjadi plan A kita pindah ke Plan B.Tak boleh tidor malam kita tidor siang.Boleh ke macam ni?.Nak kena tanya Dr.Azlina ni.

Tapi pengajarannya di sini ialah kita mesti berusaha ,gagal sekali tak bererti gagal selamanya.eh ke mana pulak arah enrry ni.Maksudnya kita jangan mudah berputus asa dengan apa yang kita lakukan.Tak semboh dengan 3 hari makan ubat kita makan 6 hari.no problem.Yang jadi problem jika kita simpan penyakit.

Besok dah hari Ahad,Aduhai kena mengadap pelajar.Tak apa,tak apa,esok kelas 3 jujur.Tiada masalah.Esok nak uji 6 pelajar lagi PLBS.Kursusnya bila Pn.Hjh Rohaida?Ikutkan mesyuarat dulu 21 April di Kuala Terengganu.Jadi ke tak ni.Nak buat persiapan mental.maklumlah kena drive sendiri kalau ke KT.

Khamis, 16 April 2009

Ujian Allah

Entah di mana silapnya,kelmarin migrain,mungkin kehujanan semasa nak ke tingkatan 1 Yakin,malam tadi pulak demam dan batuk-batuk.sebenarnya dah lama betul tak dapat penyakit batuk ni.

Hari ni mc.Tapi baru sebentar tadi pergi KBMC.Dapatlah cuti untuk hari ini.Lega rasanya.Esok Jumaat.Dapatlah rehat sikit.Tapi minggu ini entah mengapa minggu dalam kesedihan.

Kucing kesayangan kami sekeluarga telah mati tanpa kami sedari.Sebenarnya pada hari kenduri tempuh hari Koko kami letak dalam sarang.Koko tak boleh orang ramai.Dia akan sembunyikan diri.Kucing parsi kami ini agak pemalu.Hari Ahad ada lagi kata Irfan.Tapi pada hari Isnin tak naik-naik ke rumah.Ingatkan pergi jalan-jalan cari kawan.Rupa-rupanya pada hari Rabu kami jumpa koko dah mati dekat tong air di luar rumah.melihat keadaan koko, kami agak dia telah mati pada hari selasa, maka menangislah tuannya Irfan,

Bercerita tentang Koko,koko kucing yang manja dan pandai beraksi.Pandai tidur meniarap dan telentang,buat aksi anjing dan lain-lain.Kehilangannya amat kami rasai.Mungkin ada hikmah disebaliknya,sebab koko telah menderita kencing berdarah lebih kurang 2 bulan tapi tak berkesempatan nak bawa ke klinik haiwan.Ampunilah dosa kami kerana agak mengabaikan koko .

Rabu, 15 April 2009

kalau....berkalau

Kalaulah dalam kehidupan ini ,kita selalu sihat alangkah baiknya.
kalaulah kita sentiasa muda, tak tua-tua alangkahmenariknya.
kalaulah masa kita sentiasa lapang, alangkah senangnya.
kalaulah anak-anak kita sentiasa kecil macam baby, alangkah meriahnya.
kalaulah duit kita sentiasa tak kurang-kurang,alangkah happynya kita.
Kalaulah kita sentiasa dapat melancong ke mana sahaja,alangkah bahagianya kita.
kalaulah kita dapat berjemaah di masjid setiap waktu solat alangkah bertuahnya kita.


kalau-kalau semua itu terjadi dalam kehidupan kita,mungkinkah kita jadi orang yang bersyukur kepada yang Maha Pencipta?.

Allah menguji kita dengan diberikan sedikit sakit kepada dan demam macam sekarang ni pun kita dah terlalu lemah.Nak bercakappun rasa malas.Kalau silap-silap haribulan ambik mc.

Atau kalau kita tak tua-tua bagaimana orang nak kenal anak dan mak.nak kenen anak terkena mak.Tak ke haru.

Tapi yang paling best kalau kita dapat hidup di Fantacy Island.Aeroplane....aeroplane...

Moralnya di sini, kita hendaklah bersyukut dengan apa yang kita ada,tak mudah berputus asa,dan sabar dalam kehidupan.mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita buat dan makbulkan apa yang kita hajati.IsyaAllah.

Selasa, 14 April 2009

Erti sebuah persahabatan

Balik dari sekolah singgah rumah Cik Ti untuk melihat keadaannya yang begitu menyedihkan semalam.Jenazah anaknya selamat dikebumikan jam 11.00 malam tapi kami tak dapat turut serta kerana terlalu letih.Ketika dan saat-saat beginilah dia perlukan sokongan moral.

Harap rakan-rakan yang lain memahami keadaan ini dan kalau boleh sering menziarahi beliau.Aku kenal dia semasa aku menjadi pengerusi Puteri Pos dan dia antara ahli yang paling rajin dan pernah mendapat anugerah ahli paling aktif.

Melihat keadaan sahabatku itu mengingatkan aku peristiwa tahun 1998 di mana aku kehilangan bapa mentua dan bapa sendiri selang 28 hari sahaja.Allah yang maha mengetahui betapa gawatnya kami sekeluarga ketika itu.Pulang dari sekolah terus balik ke Besut,sesudah tahlil balik semula ke KB untuk bertugas keesokan harinya.

Berat badan turun 5 kg.Mengenang kembali saat-saat kehilangan orang yang tersayang amat menyiksakan,lebih-lebih lagi jika kehilangan itu secara mengejut.Kedua-dua arwah merupakan orang yang amat prihatin.Ketika aku bersalin anak pertama arwah bapa mentualah yang menjaga makan minum dan lampin baby, arwah yang cucikan.
Arwah ayah pula tidak akan menderma darah jika ada antara kami anak-anaknya yang akan bersalin kerana arwah bersiap-sedia jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.Arwah merupakan penderma darah yang setia.Semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.AMIN.

Isnin, 13 April 2009

Malang tidak berbau.

Jam 2.45 petang mendapat berita yang menyedihkan Anak Puan Yati yang membantu di rumah kelmarin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jeli.Hakimi sempat ambil gambar ketika dia melalui kawasan tersebut dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang.

Baru petang kelmarin berjumpa dengan arwah semasa menghantar Ti di rumahnya.Itulah yang dikatakan ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Allah.Dia perancang segala-galanya.

Jam 8.o0 malam jenazah sampai.Tengkoknya patah dan darah tidak berhenti walaupun masa kejadian sudah lama.Tak sanggup rasanya untuk melihat keadaan Ti yang pengsan berkali-kali.

Apa-apapun semoga Ti tabah dan roh arwah di tempat para solihin.Amin.

Ahad, 12 April 2009

Tertunai sudah sebuah janji

Alhamdulillah majlis yang dirancang sudah selesai.cuaca pada hari kelmarin sungguh baik dan ini mengizinkan para jemputan datang seawal jam 12tengahari.Kepada yang sudi hadir jazakallah hukhairan kasira diucapkan.

suspen!suspen!...staf pos Malaysia keliru,siap naik atas rumah lagi.Nak tengok.......ingatkan ada majlis apa-apa.Ya Allah sampai begitu sekali.Akhirnya secara nakal mereka mengucapkan selamat pengantin baru kepada kami berdua.Lucu tetapi benar.Tipah tertipu.Walhal dah diberitahu awal-awal majlis ni kenduri arwah.Sebelah malam kami mengadakan majlis tahlil.menunya sup gear box.Tapi tuan rumah tak sempat merasa.Tak apalah janji tetamu selamat menjamu selera.

Penat betul.pagi tadi terus ke sekolah.Ada majlis pelantikan pengawas PSS pulak.Ingatkan nak minta balik lepas tu,tapi tak tergamak.Rumah tak berkemas lagi....Semasa pulang dari sekolah jam 2.15 jempun kawan Pn Yati Mat Daud untuk tolong mengemas rumah.Puas hati.Ruang dapur tak dimop tetapi dibasuh terus macam baru naik rumah.Peti sejuk turut menjadi mangsa.
Tak pernah tengok peti sejuk mandi.TI..TI..rajin sungguh.Thank u Ti.Lain kali datanglah lagi ya!kita mandikan dapur pulak.Lepas tu kita sama-sama mandi.

Malamnya hantar puteri sulung ke airport.Kenapalah dua tiga ari ni flight asyik delay aje.Kena beli flight sendiri nampaknya.

Pukul 1.05 puteriku sms .Dia dah selamat sampai.Apa lagi N3 ni pun sampailah ke penghujungnya.tik !!tutup lampu.

Jumaat, 10 April 2009

Kenduri kesyukuran/kenduri arwah

Apabila kertas(bukan kad,cuma sekadar kertas biasa yang menunjukkan jalan ke rumah)dihulurkan banyak benar pertanyaan yang harus dijawab;

1.Majlis pertunangan ke?.
2.Majlis bawak balik menantu ke?
3.Anak kahwin ke?

Sebetulnya ramai sabahat handai yang suspen nak tahu majlis ni sempena apa.Sempena apa ya?.Nak dibiarkan rahsiake?.tak payah.Jawapannya ialah.....
Memenuhi janji kepada staf Pos Malysia dan juga mengotakan niat di hati.Kerana suami dapat bertukar semula ke Kota Bharu pada 15 Februari 2009 setelah bertukar ke KL hampir 12 bulan

Tabiat manusia!kata pulak ,pakai kabel besar agaknya dapat balik semula ke KB tak sampai satu tahun.SEBENARNYA semuanya itu adalah rezeki dan berkat kesabaran papa anak-anak yang berulang seminggu sekali dari KL ke KB.

Kepada yang mendoakan kami kenduri kahwin tu,terima kasih mudah-mudahan
doa itu diperkenankan oleh Allah

Apapun sudi-sudikanlah datang ke rumah kami esok ya.Menunya simple aja.





Rabu, 8 April 2009

Apakah yang dicari dalam kehidupan ini.

Sesekali aku bangga jugak!!!.kenapa ya??.Sh.....

Anda pernah mendengar tentang perunding perkahwinankan.
Pun anda juga pernah dengar kaunselor perkahwinan.
Tapi jarang orang tidak ada sijil dalam bidang tersebut dipanggil untuk mengkaunselor orang.
Ini yang buat aku bangga ni.Tapi bukan bangga tak tentu pasal ok.

Dah lama aku tinggalkan jawatan tak rasmi ni.Masa di sekolah lama, akulah tempatnya adik-adik dan kakak-kakak sejabatan melentokkan kepala ,menghadap muka,mencurah rasa.Akulah tempatnya mereka mencurah rahsia,mencari ketenangan akibat gelodah di jiwa.
Aku sedia mendengarnya dan menyimpan kemas-kemas segala rahsia.( Ketika ini aku amat rindu akan saat-saat bersama mereka,hope mereka datang ke rumah pada 11.4.2009 nanti)

Setelah mendengar segalanya,akupun memainkan peranan,memberi nasihat,cadangan dan buah fikiran.
Aku akan rasa begitu lega,jika apa yang aku cadangkan diambil sebagai cara mengatasi segala pemasalahan dan masalah itu berjaya diselesaikan.

Ketika ini aku sedang tolong memberi jalan kepada satu problem yang agak kronik dalam ahli keluarga sendiri.(ipar-duai)Sebenarnya dalam kehidupan, masalah yang sedikit haruslah diselesaikan sebelum menjadi haru-biru,kuning hijau dan lain-lain colour.Cari orang yang boleh jadi orang tengah.yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Aku tertanya-tanya.....Dalam kehidupan apakah yang kita,dia dan mereka cari?????

Dalam kehidupanku,aku simple.Yangku cari keredhaan Ilahi.Keluarga yang bahgia dan anak-anak yang membahgiakan ibu bapa.

Cuma satu pesanan untuk diriku sendiri dan rakan-rakan.Jadilah seorang sahabat yang boleh dipercayai,yang boleh menyimpan rahsia dan tak menjadi batu api kerana oarang yang suka mengadu-domba adalah antara golongan yang tidak terlepas daripada siksa kubur.

Selasa, 7 April 2009

Taklimat mingguan-banyak perkara disebutkan oleh HM,tapi yang paling diminati agak-agaknyalah tentang Hm nak bawa cikgu-cikgu ke Bangkok tahun depan.Seronok nampaknya tuan pengetua apabila berbicara tentang lawatan!! Kalaulah diberi pilihan aku tak mahu ke Bangkok tapi inginnnn sekali ke Ho Chi Minh.Jom kita buat trip sendiri.Siapa nak join silakan.......

Tapi...yang tak bestnya hari sabtu ni sekolah.hu..hu.Kena ambil crklah ni.

Kelas tambahan jam 3.00 -4.00 petang.Beres!!!

Jam 4.30 sampai di rumah.Alamak!!! air dalam kolam ikan hampir kering.Apa hal.Ingatkan nak terus berehat.Kenalah pulak tunggu tepi kolam ikan tu.isikan air.Kesian ikan-ikan bawal,kap dan talapia,terpaksa mengiring untuk berenang.

Cuba kita bayangkan apa akan terjadi kepada kita sekiranya keputusan air buat beberapa hari.Server internet tak clearpun kita dah gelisah semacam.Inikan pula jika tiada air.Oleh itu jimatkan penggunaan air.

Petuanya:Tadahkan air hujan ke dalam tempayan naga.kemudian ambil buat basuh kereta dan lain-lain.Untuk kegunaan peribadi tambahkan beberapa kuntuman bunga yang wanggi ke dalamnya.Ambillah seberapa banyak yang anda suka untuk dibuat mandi.Badan akan berbau harum,dan silap-silap hari bulan ada orang yang akan datang meminang nanti..he..he..selamat mencuba

Isnin, 6 April 2009

corat-coret sekitar kehidupan

Setelah dua tiga hari tak jumpa budak-budak tu kerana tak ada kelas mereka,maka masuklah aku dengan semangat yang berkobar-kobar.Beri salam.

Hanya separuh pelajar yang jawab.Yang lain ada yang dah tidur walaupun hari masih terlalu pagi(pukul 7.40).Aku hairan.Dalam hati sabar,sabar.

Kelas dimulakan.Hari ni topik langkah mengatasi kebanjiran pendatang tanpa izin ke Malaysia.Bla....bla.....bla...Ada yang tak beri tumpuan.Sabar.....

suruh ketua tingkatan pergi ambil buku yang telah siap disemak.Hati aku mula rasa tak senang sebab dah seminggu aku pendam rasa marahku kerana banyak kerja-kerja yang mereka tak bereskan.

Aku panggil nama mereka seorang demi seorang.Sebut kesalahan mereka.sabar lagi.Tapi....sabar itu ada hadnya.Debuk,debuk tanpa berfikir panjang tanganku telah hinggap ke belakang salah seorang dari mereka.( wajarkah seorang pelajar masih lagi berbual-bual/nyeye
ketika guru membetulkan kesalahan mereka) kalau tindakanku ini salah rasanya akulah orang pertama di sekolah ini akan kena tindakan.Hantar pelajar tu kepada Guru Disiplin.Cikgu Hanafiah.Tanya Cikgu Hanapiah,ada tak student tu pergi jumpa dia.Tak ada.Tungguuuu.
Akan adalah tindakan susulan.Dah tak boleh sabar dah dengan student yang sorangnya.(kalau sebut nama seantaro sekolah akan kenal)

Lepas itu apa...lagi siap beri warning! Plan A dan Plan B.Plan A buatlah apa awak suka,cikgu tak akan charo.Plan B siapkan kerja selewat-lewatnya jam 2.00 petang esok.Student boleh pilih nak plan A atau B atau C .Apa-apa saja.Demokrasi
(tapi lepas tu aku cool aje.sempat lagi bergurau dengan student yang lain)

kalau beginilah gayanya tak mungkin aku akan pencen pada usia 58 tahun.Buang masa mendidik orang yang tak nak didik.(ketika itu lebih baik duduk di rumah,berulang ke masjid dan kalau ada rezeki melayan cucu mungkin!!!

Sabtu, 4 April 2009

semuanya berpasangan

Panas-menyebabkan orang berpeluh-peluh.ketika inilah kedai jual aircond laris jualannya.
manusia merunggut.nak keluar rumahpun malas. 3.00 siap lelapkan mata lagi dek kerana panas
sangat.

Hujan-Orang membebel jugak,susah nak sidai kain,susah nak ke mana-mana.Ketika ini payung pulak laris dijual.sebab orang asyik tertinggal payung bila hujan reda.

Sebenarnya sang mentari begitu setia menanti hujan berhenti untuk menunjukkan wajahnya.sebagaimana setianya Nabi Adam menunggu kekasihnya Hawa hingga bertemu di Jabal Rahmah.Dan sebagaimana setianya malam menantikan siang dan siang menantikan malam.

Natijahnya dalam kehidupan segala sesuatu saling melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain.Dan Allah jadikan sesuatu ada sebab dan musababnya.

Agak-agaknya jadi form teacher 3 Taatpun memanglah dek kerana terpilih ....but bukan memilih.he...he....

Jumaat, 3 April 2009

Letihnya....fikiran

Hujung minggu ni amat membosankan.Mana taknya server down.nak baca newspaperpun tak dapat.

Bangun pagi tadi kepala rasa semacam.rupanya migrin datang kembali.Lepas subuh sambung layan balik mata hingga pukul 2.30 petang.barulah lega sikit.Agaknya kerana hari Khamis tu kehujanan semasa nak ke kelas.

Lepas tu tak tahu apa dah yang nak dilakukan .cuaca pun tak mengizinkan untuk meeting dengan jiran-jiran.kami ni selalulah jumpa2 di penjuru pagar petang-petang hari.Bukan apa tukar-tukar idea (ia ke tu....)kadang-kadang make colek.ump .....sedapnya.

Nak balik ke kg pun rasa penat sangat.banyak lagi perkara yang belum dibereskan menjelang minggu depan.Dalam kepala ni banyak benda yang datang silih berganti.Mengapa ya!!!.itu yang menyebabkan letihnya fikiran.

Ada orang kata jgn doh bubuh apa-apa dalam kepala apabila nak lelapkan mata.betulke.Rasanya kalau macam anak-anak kecil bolehkot.Mana dia ada apa-apa dalam fikiran,yang ada cuma nak mainan .Tabiklah pada Puan Norma sempatlagi shopping heli untuk anak lelakinya.ingatkan nak balik ke Malaysia dengan heli.Rupanya naik feri jugak....Sengget bahu nampaknya dok membimbit heli.

Itulah seorang ibu.kemana pergipun anak-anak sentiasa dalam ingatan.Anak-anak.......