Selasa, 16 Februari 2010

Bulan ulang tahun

Hari ini genaplah umur fifi(Afifahtul Akmal) 21 tahun.Dah 21 tahun rupanya anak dara kami tu.Rasanya baru semalam dia jadi baby.Cepatnya masa berlalu.

Selamat hari ulang tahun.Semuga menjadi anak yang solehah.
Buat anjakan paradikma dari segi pemikiran,pakaian dan tingkah laku,agar segala gerak geri kita dipandang elok pada pandangan orang lain.

Khamis, 4 Februari 2010

u spoil my mood~

Apa ni???

Apa-apa ajalah.

Jangan memandang sesuatu itu dari satu aspek saja.
Think positif.
Jangan mudah terasa.
semua tulisan untuk tatapan umum.
Tak ada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup apatah lagi yang telah tiada.
Bukan gelanggang politik.
Bukan jugak tempat mencari pengaruh.
Setuju tak????????
Lama tak jenggah blog sic,anak-anak(termasuk anak-anak buah)
Cuma kadang-kala dengar dari orang yang baca saja.

Samake?
Baca blog ilmiah elok jugakkan.

Wabakke?

Bermula 31 Januari hingga 4 februari my geng and I bertugas mingguan.Entah rezeki kami ke apa,ramai pulak pelajar yang jatuh sakit.

Hari ini sahaja seramai 22 orang pelajar terpaksa dibawa ke hospital.Naik bas sekolah!!!!.
Nasib baiklah ada bas sendiri dan yang tak sedapnya ada seorang pelajar kami positif.........
ala...yang ditakuti tu...jadi pelajar tersebut kena kurantin di rumah.

Nak heboh-heboh takut pulak jadi jom heboh.nanti tak pasal-pasal program hari keusahawanan
tak meriah pulak.jadi shh...........

Dah janji dengan Cikgu Napi kita dok senyap-senyap dulu.
Dalam dok bawak pelajar tu,bukan ikut sekali dalam bas tapi follow dengan kereta Napi, sempat pulak gi ke Klinik Wakaf Siku 7 sebab cikgu yang bertugas dan anak yang kerja kat pejabat ikan tu demam jugak.

Kiranya sambil menyelam sambil minum airlah.Tapi tak sempat dia nak belanja makan sebab tinggalkan pejabat.takut ikan terlepas pulak.

Isnin, 1 Februari 2010

kata-kata hikmat

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya,lebih banyak pula ia berkata-kata.Dan apabila sempurna akal kurang perkataan.-Saidina Ali Abi Talib


Hayatilah dan renungilah kata-kata di atas dan bagi yang suka bergosip- gosip ,sedarlah bahawa bergosip itu lebih hampir kepada mengumpat.

Dan menjadi kesukaan bagi sesetengah orang berhilai tawa sesama mereka sedangkan ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu apa-apa cerita,hanya senyum sekadar menceriakan suasana dan berpura-pura menjadi sebahagian daripada mereka sedangkan pada hakikatnya jiwanya meronta sebab tak masuk gu .

Tak apalah .....kita dan keluarga kita.Hanya Allah yang tahu segalanya.