Isnin, 27 Julai 2009

kucing

Banyak kenangan yang tercipta dengan kucing-kucing peliharaan di rumah kami.Sejak dari dulu lagi kami anak beranak suka membela kucing.

Menurut satu kajian,mereka yang gemar memelihara binatang kesayangan ialah orang yang berjiwa lembut.Kata merekalah.Tak tahulah pulak kebenarannya.

Pagi Jumaaat yang lalu kami telah membawa dua ekor kucing kami ke pasar!.Tujuannya hanya satu,untuk menempatkan Memey dan anaknya di sana.Rasa berdosa yang amat sangat....kalau tak kerana dua beranak tu yang suka membuang di merata-rata tempat,tindakan ini tak akan diambil.Jenuh jugak setiap hari terpaksa membersihkan............kucing-kucing tu.

sebelum dibawa ke pasar kami siap berpesan kepada memey dan anaknya supaya duduk baik-baik.Pandai pulak memey,pandang aje muka Irfan.Sedih betullah tengok situasi tu.

Entah mengapa ,tiba-tiba teringat pada memey dan rasa macam nak cari semula di pasar tu.
Dulu kami ada kucing parsi,bobby dan koko.Kedua-duanya mati akibat selsema.Influenza kucing agaknya.Koko boleh dibawa ke mana-mana,pernah beberapa kali dibawa ke sekolah semasa mengambil tuannya balik dari sekolah.Jinak dan manja.Kalau tuannya baca N3 ni sahlah keluar air mata.

Apa-apapun Irfan jangan sedih,kiki akan dapat kawan tak lama lagi.Ada rakan yang nak beri kucing baka parsi.Tunggu.......

4 ulasan:

  1. ermm..semoga memey tu nanti pandai bawa diri d pasar tu..waa..dpt la mkn ikan fresh..hehe..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah.Jangan memey terover dahlah.nanti kucing-kucing lain tak nak kawan pulak.

    BalasPadam
  3. kucing..eeeeeee sy dr kcik smpai la skrg..tkut tol ngn kucing! mmg satu fmly tk bleh dkt ngn kucing..geli.. lau mkn kt kdai..dtg kucing kt kaki..tuhan je yg tau btapa tkut+geli..huhu

    dlu kcik2 lau nmpk je kucing sdg nk 'ehem2' tp2 psir ke..hmm siap la..tk lm la kucing tu! kakaka

    BalasPadam
  4. -juvitars-

    kesiannya kucing tu.Jangan tak tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah.

    BalasPadam