Rabu, 29 Julai 2009

Hujung minggu

Bermula petang esok,tahap kesibukan agak tinggi.Sebab terpaksa berkemas untuk bermalam di Damai Beach Resort.Walaupun sekadar memenuhi jemputan perasmian untuk hari keluarga pekerja beruniform Pos Malaysia Berhad negeri Kelantan,tetapi sekurang-kurangnya kena turut serta dalam program yang diadakan.takut nanti dikatakan memilih bulu pulak.

Mengikut pengalaman yang lampaulah kan.....kumpulan posmen ni jika mereka menganjurkan sesuatu aktiviti,aktiviti mereka sangat berjaya dan layanan tehadap tetamu yang diundang sangat...... baik.

Pagi Jumaat pulak kami akan ke Kuala Lumpur,untuk menguruskan hal-hal peribadi dan kalau ada kesempatan waktu bolehlah jalan-jalan mengempiskan beg!!!.

Papa dan Irfan tak pergi sebab nak jimat ruang dalamkereta.Besar sangatke mereka berdua tu????Kami hanya pergi bertiga,balik berempat,sebab yang sorang tu malam esok dah terbang awal-awal lagi untuk kemaskan apa yang patut di rumahnya.

Baliknya pada hari sabtu.Ahad terus bertugas,nak ambil CRK rasa sayang pulak sebab pada 13 dan 14 ogos nanti nak ambik dua hari untuk ke PP.

Bagi yang baru nak masuk bekerja pada 9 ogos nanti tak ada peluanglah nak ke PP.Nak batalkan kunjungan ke PP tu tak bolehlah pulak sebab dah tempahpun apa yang patut ditempah.
Tengoklah macam mana nanti.

Isnin, 27 Julai 2009

Bahasa menunjukkan bangsa

Seolah-olah menjdi satu kelaziman dalam kalangan pelajar masa kini,suka sangat mengata-gata kawan,merendah-rendahkan kawan ,memberi gelaran dan sebagainya.dan hal inilah yang berlaku pada waktu p&p pagi tadi.

Kadang-kala sakit jugak telinga tatkala mendengar anak-anak pelajar zaman ini berkata-kata.Tidak ada kesopanan langsung sedangkan dalam prinsip rukunegara ada prinsip kesopanan dan kesusilaan.Nak buat macam mana,masa pelajaran sivik tak belajarpun sivik!!!!!!!

Kata mereka," tak apa cikgu,cakap gini pun,hati baik". Aku cukup tak berkenan dengan orang yang berperinsip seperti itu.Mana orang dapat tahu isi hati kita,baik ke tidak.Dalam berkata-kata,baiklah kita berhati-hati.Jarang orang yang bercakap kasar,sinis dan penuh dengan sindir-menyindir baik hatinya.Kalau tidak masakan ada kata-kata pujangga yang mengatakan bahasa menunjukkan bangsa.

Dengan kata-kata kita boleh dianggap sombong dan mungkin wujud sifat riak dalam diri.Sebenarnya sombong adalah sikap yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain dengan anggapan kepandaian kita lebih hebat dan tinggi daripada orang lain.

Kesombongan yang ditimbulkan dari segi keagamaan ataupun keduniaan disebabkan antaranya;1
1.Ilmu
2.Ibadah dan amal soleh
3.keturunan
4.kecantikan
5.Kekayaan
6.Kekuasaan dan kekuatan
7.Keluarga dan pengikut yang banyak

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl yat 29 yang bermaksud " Maka masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu".

Ingatan ini untuk diriku dan kita semua.


kucing

Banyak kenangan yang tercipta dengan kucing-kucing peliharaan di rumah kami.Sejak dari dulu lagi kami anak beranak suka membela kucing.

Menurut satu kajian,mereka yang gemar memelihara binatang kesayangan ialah orang yang berjiwa lembut.Kata merekalah.Tak tahulah pulak kebenarannya.

Pagi Jumaaat yang lalu kami telah membawa dua ekor kucing kami ke pasar!.Tujuannya hanya satu,untuk menempatkan Memey dan anaknya di sana.Rasa berdosa yang amat sangat....kalau tak kerana dua beranak tu yang suka membuang di merata-rata tempat,tindakan ini tak akan diambil.Jenuh jugak setiap hari terpaksa membersihkan............kucing-kucing tu.

sebelum dibawa ke pasar kami siap berpesan kepada memey dan anaknya supaya duduk baik-baik.Pandai pulak memey,pandang aje muka Irfan.Sedih betullah tengok situasi tu.

Entah mengapa ,tiba-tiba teringat pada memey dan rasa macam nak cari semula di pasar tu.
Dulu kami ada kucing parsi,bobby dan koko.Kedua-duanya mati akibat selsema.Influenza kucing agaknya.Koko boleh dibawa ke mana-mana,pernah beberapa kali dibawa ke sekolah semasa mengambil tuannya balik dari sekolah.Jinak dan manja.Kalau tuannya baca N3 ni sahlah keluar air mata.

Apa-apapun Irfan jangan sedih,kiki akan dapat kawan tak lama lagi.Ada rakan yang nak beri kucing baka parsi.Tunggu.......

Khamis, 23 Julai 2009

Perasmian bonsaistudio

Jika tidak ada aral melintang,pada hari Sabtu ini 25/7/2009 bonsaistudio akan dirasmikan.Perasmian akan disempurnakan oleh ahli keluarga sendiri aja.Suka-suka.Ambil berkat dengan sembahyang hajat malam seebelumnya.

Kepada yang sudi silalah datang,jam 2.00 petang.bolehlah tengok-tengok studio.Boleh tempah untuk fotoshot.Tapi pada hari sabtu ni percuma saja,sebagai promosi di white studio.jangan segan-segan ya!.Tapi janganlah bawak gewe untuk bergambar di studio tu pulak.Overlah pulakkan.Bagi yang nak tinjau-tinjau untuk persediaan ambik gambar masa wedding jemputlah ye!.

Makanan ala kadar disediakan oleh ahli keluarga sendiri.dengar khabar ada spegetti,mee singapura,kuey teow dan sedikit kueh-muih.Dengar khabarlah.Jangan indah khabar dari rupa dahlah.Tapi yang pasti kalau nak ikut selera sendiri baik bawak makanan sendiri.

Untuk keterangan lanjut boleh lihat http://fakhrul.bonsaiphotostudio.com. Bagi yang addict ngan foto jangan lupa undangan o.k

Kita hanya insan biasa

Kita hanya insan biasa yang hanya ada masa 24 jam sahaja sehari semalam.Walau apa pangkat kita sekalipun ,peruntukan masa untuk kita adalah sama.Tak tahulah pulak kot-kot ada ada orang yang diberikan masa yang lebih.

Disebabkan kekangan masa inilah,menyebabkan jika sesaorang yang tak ikut jadual kerja yang telah dipersetujui bersama maka kita akan naik angin satu badan dan semua kerja akan tergendala termasuklah kerja yang akan mendatang.

Bagaimana PLBS akan berjaya sekiranya ada antara pentaksir kawasan sendiri yang cuba mencari jalan untuk memboloskan diri daripada dipantau????.Tak adilkan bagi pentaksir sekolah.Entahlah.Naak tunggu pegawai dari Lembaga Peperiksaan datang dulu agaknya.

Isnin, 20 Julai 2009

Bola oh bola

Musim bola ke sekarang ni?Rasanya tidak.

Tapi demam bola terjadi dengan tiba-tiba petang tadi.Masing-masing tak mahu keluar ke mana-mana dek kerana nak tonton perlawanan Malaysia dengan MU malam ni.

Tak ada genglah nampaknya kita.Papa and anak-anak dah sepakat nak tontonnya!!!
Seronok sangatke tengok orang sepak bola?.Tak tahulah.............Kalau dulu kaum lelaki aje yang minat bole tapi sekarang dari kanak-kanak hingga kepada mak budak pun suka tonton perlawanan bola.Entahlah belalang............

Ahad, 19 Julai 2009

ganjaran


Habiske dimakan sebanyak ni?


Sangat menggoda!!!!












Berposing sebelum mandi







Orang kuat rombongan kami








Antara ahli rombongan





Setelah berpenat lelah membersihkan kolam tempoh hari,maka ganjaran yang telah lama dijanjikan akan ditunaikan.
Kata sepakat telah diambil,maka janji diikat,kami pergilah berkelah pada hari Sabtu di Lata Belatan,Jabi.Kami bertolak pada awal pagi dari Kampung Raja dan sampai di sana lebih kurang jam 8.30 pagi.pada sangkaan kami,kamilah orang yang terawal,rupanya sangkaan kami meleset.Parking dah hampir penuh!!
Letak aja bekalan,anak-anak dah turun mandi ngan sepupu-sepupunya.kami ni hanya jadi pemerhati sahaja.Cuba jugak naik ke tingkat atas.Tapi kecundang di tengah jalan.Penat!!!
Anak-anak dua kali naik turun,siap buat meditasi lagi kononnya.Tapi tak bolehlah tunjukkan gambar-gambar di sini tak lulus penapisan Finas.
Balik dari jabi,membeli durian.Kami yang tak ada kebun ni terpaksalah membeli aje.Ada kebun pusakapun dah dua tahun tak ada orang jaga.Akhirnya tahun ni kebun tu merajuk dan tak berbuah lagi.kasian kami......





Sabtu, 18 Julai 2009

Sekitar projek bersih kolam




Cik keli yang jadi mangsa dek kerana keganasannya.





Ikan yang terajin.Ikan bandaran.Dasar kolampun dicucinya.





Ikan apa ni?.
Kami panggil bawal hitam.

Ketua operasi Kolam Tn Hj.Nor.





Wah......tekun nampak.Anak-anak buah mana?

Kolam ikan

Dah lama kolam ikan tak dibersihkan.Hampir satu tahun setengah.Sejak menggunakan sejenis pil yang khas untuk menjernihkan air dan menyelenggaran penapis air yang agak berkesan maka kerja-kerja membersihkan kolam tidaklah sekerap dahulu lagi.

Tapi dengan kehadiran dua ekor talapia dan ikan keli sebagai pendatang kolam ikan kami,kolam menjadi keruh dan ikan yang ada di dalamnya agak terganggu dek ikan keli.Ganas rupanya cik keli ni.Sebab itulah tiga ekor keli yang terakhir dalam kolam terpaksa kami korbankan.

Tengah hari ikan keli menjadi menu bagi orang yang menggemarinya.Mama hanya memerhati saja.Tak teringin nak makan apabila tengok kepala dan badannya yang berwarna hitam.

Khamis, 16 Julai 2009

Penyelarasan pengskoran BM

Mulakan tugas ni dengan sebuah sekolah yang dikatakan sekolah Bestari!.Tapi.............
kerja-kerja yang sepatutnya dibereskan tidak dibereskan.Dah telefon beritahu nak pergi hari ni,pun masih tak disiapkan jugak makrkah-markahnya.

Markah untuk tingkatan satu tak dimasukkan langsung!.Apabila ditanya seolah-olah berdolak-dalih pulak dan saling menyalah antara mereka.GK merekapun tak berani nak tegur.jadi tak tahulah sama ada pentaksiran lisan lisan dibuat atau tidak di tingkatan satu.

Penyelesaiannya telefon kepada Pentaksiran Negeri dan beliau sendiri akan pergi buat kejutan pada hari .............nanti.

Satu kelemahan yang ada pada diriku, apabila tengok muka orang yang tak buat kerja tu rasa kesian pulak setelah beri sebiji dua kata-kata yang agak-agak dia terasalah.

Itulah bila orang beri taklimat atau mesyuarat asyik keluar memanjang.Lepas tu mulalah tak faham apa apa yang dikehendaki dan apabila balik ke sekolah tak buat in house traning.

Tahun depan tak mahu lagi anak buah macam tu.Nak cari anak buah yang lain.yang perempuan lebih senang kot.

Rabu, 15 Julai 2009

Masih di sini

Dia masih di sini!
Alhamdulillah.Sekurang-kurangnya bulan Ramadhan nanti dapatlah kami berpuasa dan berhari raya bersama-sama tanpa memikirkan pasal tiket nak balik ke sini dan balik semula ke sana.

Bercakap tentang perkara tersebut,lega hati kami apabila dia ada di sisi.Balik dari sekolah dah boleh makan nasi kerana dia akan memasak sebelum ke tempat kerja.Walaupun masakannya simple tapi itu tak penting.Yang penting kehadirannya membahagiakan kami sekeluarga.

kami sekeluarga mendoakan yang baik-baik buatnya!!!!

Selasa, 14 Julai 2009

Lesen lulus!

Lega rasanya apabila anak-anakku yang dua orang tu dah boleh memandu sendiri sekarang setelah berhempas pulas belajar semula.Anakku yang sulung dah boleh memandu sendiri ke UMK tanpa ditemani lagi.
Sebenarnya keyakinan adalah kunci segala perkara.Jika kita yakin dengan diri sendiri pasti apa yang kita hajati akan tercapai dengan izin Allah serta dengan usaha yang berterusan.
Disebabkan keyakinan jugak dia telah berjaya bawak kereta ke Tesco dan KB Mall.Apa lagi ,ada peluang ke sanalah jawabnya.taklah jemu sangat,ada jugaklah aktiviti hujung minggu.
Ambik papa di airport pun dah boleh dah.Alhamdulillah.

Ahad, 5 Julai 2009

Buangkan ego demi perhubungan

kadang-kala kita rasa sangat bersalah.Kadang-kala kita nak sangat buat sesuatu yang mungkin dapat memuaskan hati kita,tapi mungkin dalam masa yang pendek sahaja.Selebihnya tidak ada apa-apa untungpun,malah menyebabkan kita memendam rasa.

Kata-kata kadang-kadang tidak dapat meluahkan segalanya.Betullah kata Shino diam itu memberikan banyak makna,setuju,buntu dan lain-lain.

Dengan berkata-kata mungkin akan ada hati yang terluka,tapi kalau tak berkatapun orang tak akan faham hasrat kita.

Perhubungan antara adik-beradik misalnya,jika hanya kita sahaja yang sering bertanya khabar,datanglah sang iblis menggoda mengapa hanya kita,kenapa dia juga tak macam kita.

Jangan dengar bisikan sang iblis,korbankan ego demi satu perhubungan.Biar diapun begitu.

Sabtu, 4 Julai 2009

Dalam suka ada duka

Setelah berminggu-minggu tak balik kampung akibat kekangan masa,jadi selepas solat Jumaat bertolak balik ke Besut untuk menziarahi mak,ibu mentua,adik-beradik dan ipar-duai.Bayangkan kami bertolah balik jam 2.30 petang dan malamnya belik semula ke KB.
Rumah pertama yang kami singgah tentunya rumah chek.Nenek kepada anak-anak sebelah my husband.Biasalah jika bertemu dengan chek,ada je yang hendak dikhabarkan.Dengar sajalah.Orang tua begitulah,mereka sekadar bercerita tentang anak cucu.Kita yang muda ni jadilah pendengar yang baik,tapi jangan menambah atau menyampuk takut lain pulak jadinya.Tambah-tambah lagi pendengarannya sudah agak terjejas.

Destinasi kedua ke rumah adik ipar.Dah lama tak ketemu.Jadi kesempatan ini diambil untuk berjumpa dengan anak buah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Perguruan di Perak pada 13 Julai nanti.Tahniah mimi!.Walaupun tempoh pengajian selama 5 tahun,tapi tak apa janji pekerjaan dah sedia menanti.Ada jugaklah menyambung generasi guru!!.

Sukanya hati anak-anak,sebab selepas tu ke rumah cik za untuk ziarah teddy bear yang khabarnya dah 28 kg!.Entah apalah yang dimakannya.Nasib baiklah dia aktif dan sentiasa berpeluh.Semasa nak balik teddy bear dah tertidur kerana merajuk.Janji nak berkelah minggu ni tapi tak jadi.Lagipun menghormati suasana sedih kerana anak saudara kami dimasukkan ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu setelah seminggu dirawat di Hospital Kota Bharu.

Kami bertolak balik jam 9.00 malam.Banyaknya kereta,hinggakan boring dibuatnya.Dah niat dalam hati pagi esok lepas subuh nak rilek aja.

Nak dijadikan cerita setelah puas bergolek-golek teringat nak semak bahan untuk seminar 5 Julai di Maahad Muhammadi Perempuan Merbau.Ya Allah,buka thumbdrive.........bahan hilang!!!!! 50 slide yang ada tak tahu ke mana.Mungkinkah terdelete semasa ceramah pagi Jumaat tu?atau pun virus.Dahlah tak pandai tentang power point,terpaksalah suruh Fifi buatkan semula.Jenuhlah nak menyiapkannya.Inilah yang dikatakan malang tak berbau.

Kenapalah tak buat backup.Sesal tak sudah jadinya.Hu....sedihnya.Rasanya nak cari oranglah yang boleh buatkan bahan yang lebih menarik.

Sesiapa yang berhajat bolehlah hantar resume.