Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari Merdeka

Tahniah kepada kita semua kerana menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52.Apa yang kita buat pada hari ini?.Rasanya ramai yang sambung balik tidur selepas sahur tadi.Kononnya untuk memenuhi hari cuti.Rugi betullah jika berfikir sebegitu.

Kami mengambil peluang ni untuk ke nurseri bunga di Pasir Hor.Membeli apa-apa yang patut.Sangatlah teringin nak beli kokok bunga Lantana yang telah dibonsaikan.Tapi apakan daya dek kerana tidak diambil masa mula-mula sampai tadi akhirnya pokok yang cantik tu telah diambil oleh orang lain.Betullah satu lirik lagu tu,jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Singgah di nurseri lain tak ada pulak pokok macam tu.

Sudahnya kami membeli pokok bunga orkid.Kegemaran yang tak pernah padam.Balik kami gubah sendiri buat orkid memanjat di sebatang kayu.Apabila siap kami senang hati.

Lepas tu fikir apalah pulak menu hari ini.Agaknya inilah menu ini hari.
1.Ayam masak asam
2.Sambal udang harimau
3.sayur campur
4.kuih kaya-buat sendiri tau.
5.Air putih suam dahlah.Emmmm sedapnya air suam.

4 ulasan:

  1. http://hakishumi.blogspot.com jom usha2 koleksi mutiara..smbl2 usha blh buat tmphn yg mne bkenan smntra prmsi n stok2 msh ada

    BalasPadam
  2. Hakimi shufiq
    Terima kasih.Dulu memang dah pernah jual mutiara.10 tahun yang lalu.Selamat maju jaya dalam bisness.

    BalasPadam
  3. "Betullah satu lirik lagu tu,jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang"

    Kalau orang lain beli doh, beli lah hok mana ada.. Tak cantik takpe janji puas hati..

    BalasPadam
  4. shino
    kalau orang lain dah beli,yang lain-lain dah tak berkenanlah lagi.

    Jimat.....duit.

    BalasPadam