Ahad, 2 Ogos 2009

Satu pengalaman

Jumaat,jam 8.30 pagi bertolaklah kami 3 beranak ke Kuala Lumpur.ingatkan driver muda nak bawak kereta,rupa-rupanya mama yang kena pandu sendiri sehinggalah ke Gua Musang.Tak pernah lagi seumur hidup memandu sejauh itu.Kalau papa ada tentu sekali tak diberinya memandu.Tak berapa harap katanya.Driver muda tu tidur siap berdengkur lagi.Sampai di R & R barulah tukar driver.

Hari ni terpaksa cuti kerana tak sempat nak balik.Nasib baik tak balik pukul 2.00 pagi tadi.Kalau dibuatnya driver mengantuk tak ke haru.Petang tadi pun pandu sendiri dari Gua Musang ke KB.Rasanya lepas ni tak sanggup lagi,asyik dok ikut bontot lori yang dipandu macam semut,nak memotong,kereta berderet.Bayangkan dari Ketereh ke KB hampir 1 jam.

Apabila tonton berita baru tahu serius jugak perhimpunan haram pada hari Sabtu,kelmarin.Masa tu kami ada di kawasan sekitar Jalan TAR,tapi tak perasan pulak ada perhimpunan
haram.Mungkin takdir telah menentukan.Kalau terperangkap dalam kumpulan tu, tak semena-mena glamourlah pulak tiba-
tiba.Hari ni pun mungkin dah geger riuh,seorang guru terlibat dengan perhimpunan haram.....eee minta dijauhkan.

Rasa takut pulak apabila badan rasa seram sejuk macam nak demam.Bimbang kalau-kalau terpaksa dikuarantin.Ya Allah minta diselisihkan malaikat 44 kata orang.

2 ulasan:

  1. pemandu muda tu sangat mementingkan diri hehehe..
    npe tak tinggal je kat tepi jalan :P

    BalasPadam
  2. Nak tinggal tak sampai hati.Lagipun pemanduannya di KL first class.Unclepun tabik spring.

    BalasPadam