Selasa, 9 Jun 2009

Tetamu Tak di Undang

Kelmarin secara tiba-tiba didatangi oleh empat orang yang tidak dikenali.ketika itu tengah syok memeriksa kertas BM.Lagipun jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.Sy...nak pesan pada semua,adap bertandang tak sesuai waktu sebegini.Kiranya orang yang bertandang kelmarin tu tak reti adap dan adatlahkan.

Apabila keluar aja,terus pandang mereka,sapa ni.Maka dijawab oleh salah seorang daripada mereka,saya menantu..........ingat tak lagi entri pasal MLM tempoh hari.Rupa-rupanya dia datang tanpa telefon terlebih dahulu.Agaknya kalau telefon tentu orang akan mengelak ,beritahu nak ke mana-manake dan memang dah 3 kali dia telefon,kebetulannya berada di tempat lain.Jadi kelmarin tu dia pakai ilmu nasiblah, terus serbu ajalah.

Rupa-rupanya nak datang cerita pasal penapis air Hai-O.Jual 10 buah untuk seumur hidup.Nak jual ke siapa?itu fikiranku yang tak berminat nilah.Bermodalkan RM 2o,ooo.Gila ke apa nak keluarkan modal sebanyak itu,baiklah berikan untuk anak-anak jika mereka memerlukan.

Bercerita tentang modal RM 20,000 ada seorang ex-student yang buat personal loan untuk
buat bisness ni.Tetapi sekarang tak tahulah setakat mana kejayaannya dalam bisness ni.

Yang geramnya mereka yang datang ni siap memperlekehkan kita yang makan gaji ni.Diapun cikgu jugak.Rela tinggalkan anak-anak.Aku dah bersyukur sangat-sangat walaupun hanya makan gaji dan tak buat bisness macam mereka,Alhamdulillah makan pakai cukup,duit tak pernah habis,sebab tak makan duit cuma makan nasi dan lain-lain.

Kata mereka lagi,buat bisness ni senang,jual 10 buah cari empat orang kaki.Nak cari kaki inilah yang payah.ketika mereka nak suruh kita sertai macam-macam janji yang diberikan,mereka akan tolong carikan,kita cuma beri nama aja.Benarlah lidah memanggggg tak bertulang.

Baiklah berdiri dengan dua kaki sahaja.Kepada yang buat MLM tu silalah fahami perasaan dan belajar sikit tentang bahasa.Jika orang dah menolak tu faham-faham ajalah ya!Harap maklum.
Akhirnya mereka balik jam 1.00 tengah hari dan berpesan suruh berbincang dengan suami pasal bisness ni.Maaflah ya!tiada dalam agenda kami untuk bincang pasal ni.Banyak lagi isu lain yang boleh dibincangkan.

6 ulasan:

  1. kalau dalam situasi cam ni saya cakap je.

    "Boleh je masuk, tp pakai modal kau dulu sebab aku takde duit ni, nnt bila komperm ade 10 orang yang nak beli baru aku masuk. Amacam ade berani?"

    hehehe

    p/s: tp Hi-O ni mmg betul publish. Dekat opis putrajaya dah kecoh 3 bln yang lepas. hehe tp taktaulah ape jadi sekarang.

    BalasPadam
  2. senang je nak elak:

    cakap je dah join,join group adik atau kawan yang kita kenal ( tipu sunat )..insyallah 5 minit dia pun angkat kaki...

    BalasPadam
  3. shino
    Tak ada idea pulak nak cakap macam tu.
    Lagipun takut makin panjang cerita mereka.

    Dr.Azlina
    Ye ke dia angkat kaki?
    Kot-kot lebih lama pulak.

    BalasPadam
  4. eh..eh.. kalau senang business tu, tak kan dia bertamu dirumah orang macam tu sekali...
    kalau kita sanggup buat.... bolehla join!

    BalasPadam
  5. Nanti buatkan label atau apa kat depan rumah " Penjaja/MLM/Jualan Langsung dilarang masuk"
    Tak payah cerita banyak..

    Biasanya ada yang cadangkan nama kita untuk mereka serbu..
    Mungkin ada dikalangan kita yang bagi nama kak sue kat dia orang..

    BalasPadam
  6. CM
    Betullah ye.kalau dah dapat bonus berbelas ribu apa susah-susah nak cari downline lagi.


    Abiey69

    Mungkin kena buat label gitulah kot.
    Atau gantung BEWARE OF DOG.

    BalasPadam