Selasa, 12 Mei 2009

Surat?

Surat amat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat hatta untuk menyampaikan hasrat hati sekalipun kita boleh buat melalui surat.
Dulu-dulu dalam seminggu ada sesaorang tu menerima sekurang-kurangnya 2 pucuk surat seminggu daripada kawan istimewanya dan akhirnya jadi tunang dan akhirnya jadi suami dan apabila jadi suamipun kadang-kala tulis surat jugak untuk menyatakan sesuatu yang tidak boleh dizahirkan melalui kata-kata.(siapa orang tu?)

Hal ini menunjukkan kepentingan surat masa dulu,kini dan selamanya.

Disebabkan suratlah ramai peserta untuk taklimat PLBS hari ini di PSPN/BTN datang lewat kerana tidak menerima surat,dan taklimat terpaksa dilewatkan.Taklimat hanya bermula jam 9.45 pagi,45 minit lewat daripada apa yang dirancang

Dek kerana surat jugak sesi petang dibatalkan kerana pentaksir kawasan ramai yang tak datang,dan kami 4 orang ketua pentaksir kawasan TERPAKSA menunggu sehingga jam 2.00 petang walaupun taklimat berakhir jam 12.30 tengah hari semata-mata untuk mengambil kueh yang disediakan oleh pihak JPN untuk diagih-agihkan kepada sesiapa sahaja.

Kalau kueh tu boleh disimpan boleh jugak bawak ke sekolah esok.Tapi sorry ya!kueh ketayap dan jemput-jemput pisang tu menjadi rezeki pekerja jiran sebelah rumah yang sedang buat renovation rumahnya untuk kenduri kahwin pada 31 Mei nanti.

Jadi siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?.Pihak JPN yang lambat hantar surat,pihak sekolah yang tak cekap?atau pihak Pos Malaysia?

4 ulasan:

  1. surat sangat penting kan auntie?
    Arahan dan maklumat itu akan lebih jelas
    dengan adanya surat. Silap haribulan, dengan
    surat juga boleh dijadikan bukti mahkamah
    dalam sesuatu perbicaraan kes.

    Pihak JPN pula x pro aktif untuk semak kembali surat yg dihantar oleh mereka.

    Pihak sekolah - sepatutnya ada cop penerimaan kan? so, boleh tau surat lambat terima or pihak sekolah sendiri yang lambat maklumkan kepada staff mereka.

    POS Malaysia - Kalau melibatkan pos berdaftar, sure ada rekod barang terima.

    sape ye yg salah? :P hehe

    BalasPadam
  2. Memeng surat amat penting.

    Masalahnya surat tu dipos secara biasa dan baru sampai kelmarin.

    Tapi.... di peringkat sekolah pulak ada sikit masalah.surat tu diminitkan tapi tidak diedarkan sepenuhnya kepada orang berkenaan.Ayo..yo.

    BalasPadam
  3. posto! posto!..surat lambat sebab ujan kut..hehe

    BalasPadam
  4. tchersally
    ujankan waktu petang,posto sebelah pagi...tahlah..

    BalasPadam