Khamis, 7 Mei 2009

Menu hari ini

Hari Jumaat sempatlah masak yang remeh-remeh sikit.Hari ni nak buat kerabu pucuk paku.

Kerabu Pucuk Paku Basah.

Bahan:

Satu ikat pucuk paku
50 sen taugeh
4 helai daun cekur
1 ekor ikan yang siap dipanggang
2 sudu santan
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang merah
garam,gula secukup rasa.

cara:
1.Tumbuk lada hitam bersama-sama dengan bawang merah.Apabila sudah lumat/hancur
masukkan ikan yang telah dipanggang tadi(Pastikan tulang ikan dan kepalanya dibuang ya)
tumbuk sehingga hancur.
2.Panaskan air,apabila air menggelegak,celurkan pucuk paku dan juga taugeh.Toskan.
3.Daun cekur dihiris halus-halus.
4.Campurkan bahan yang telah ditumbuk dengan pucuk paku,taugeh dan cekur.Apabila sudah
bercampur dengan elok,masukkan santan.Gaul hingga mesra.
5.Jangan lupa ya masukkan garam dan gula semasa menumbuk tadi.
6.Umpp.Terangkat.Yummy.

2.

9 ulasan:

  1. tchersally
    Boleh,boleh,jom mari makan tengah hari di Kampung Chempaka.

    BalasPadam
  2. wah~ wah..
    isteri mithali nih..
    hehe..
    mesti pandai masak ni~
    ahaaa

    BalasPadam
  3. abis la Chef Wan pas nih..

    BalasPadam
  4. esuk m enu apa erk??
    nak masuk kg cempaka around 1 tengahari, boleh??

    BalasPadam
  5. dah sebulan dapur tak berasap..hari hari makan nasi bungkus..tak lalu nak telan dah..
    tengok menu kerabu pucuk paku emmm..meleleh air liur..sedapnya..

    BalasPadam
  6. mr.mzn
    Nak kata pantai taklah jugak.Tapi boleylah.

    Shinrei.
    Bab-bab kerabu ni agaknya boleh jadi juri tak pro.yang lain tak leh lawan chef wan,walaupun pernah jadi pelajarnya.


    cikgu math

    Esok menu patin masak tempoyak.Silakan...


    Dr.Azlina

    Ee hari-hari nasi bungkus?aduh jemunya.Nak jemput makan di rumahpun jauh sangat.Kalu tidak boleh hidangkan kerabu pauh dan puding raja.Emm sedapnya.

    BalasPadam
  7. Sedapnya.
    haih xde ke orang nak tolong masakkan kerabu untuk anak bujang kat sini ..hehehe

    BalasPadam
  8. shino

    adalah tu kot.Nantilah nak jemput makan bila ada peluang nanti.cakap aja nak kerabu apa.

    BalasPadam