Khamis, 7 Mei 2009

Nak pilih yang mana satu.

Anda jangan gabra apabila membaca tajuk ni.Nak pilih yang mana ya!..

Jika pilih yang ini,apa kata yang itu...Ha...ha.suspenke?.Nak pilih tarikhlah.
Bila masa yang sesuai untuk pergi ambil barang Fifi di Kulim.Nak pergi minggu ni....rasa nak balik ke Besut dahulu,untuk melawat keluarga arwah Pak Majid yang meninggal 3.Mei.Tak sempat ziarah pada hari tersebut kerana suami ke KL.

Bercerita tentang arwah,beliau ialah bekas pengetua SMK Kampung Baru,Besut yang mempunyai 9 orang anak.Seorang anak daripada perkahwinan pertama.Isterinya telah meninggal dunia semasa anaknya masih kecil lagi.Daripada perkahwinannya yang kedua arwah mendapat 8 orang cahaya mata.Empat daripadanya buat medic di oversea.2 di Ireland,seorang di England dan seorang di India.Hanya seorang sahaja yang sempat balik iaitu yang belajar di India tapi tak sempat jugak dengan jenazah.

Saat-saat beginilah kita sangat perlukan keluarga di sisi.

Rasa-rasanya minggu depan sesuai kot ke Kulim.Sebab minggu yang satu lagi adik ipar nak buat solat hajat sebelum beliau dan suami mengerjakan umrah.Tapi jika tak dapat dielakkan terpaksa jugak ke Kulim pada minggu tersebut,nak buat macam mana.Sesekali kita kena dahulukan kepentingan keluarga sendiri.

Dalam dok tilik dan dok pandang rasanya baik gi minggu 22 hb tu,sebab fifi hanya tinggal satu
paper je lagi masa tu.Mana-mana tarikh pun bolehlah agaknya ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan