Isnin, 18 Mei 2009

Mimpi semalam

Betul ke mimpi itu mainan tidur?

Entah apa yang bermain dalam fikiran ,dalam tidur semalam bermimpi entah apa-apa.Mimpi yang mungkin boleh ditafsirkan oleh orang yang pandai mentafsir mimpi.Tapi tak baik percaya tau!

Bermimpi kononnya pergi ke sebuah pulau yang padat dengan rumah,tak pulak nampak macam pulau tapi pergi ke sana dengan menaiki bot laju.Takut sangat disebabkan airnya yang banyak dan bot yang terlalu laju menyebabkan aku menutup mata.Apabila tiba saja di pulau itu,aku di kelilingi oleh rakan-lamaku,tapi tak boleh ingat rupa mereka.Sedih sangat dalam pertemuan tersebut sehingga apabila tersedar dari mimpi,aku masih lagi tersedu-sedu dan air mata masih mengalir.Astagfirullahhalazim.Mimpi apakah ini.

Melihat jam,dah pukul 1.30 pagi.
Dan hari ini 18.Mei 2009 ,genaplah 3 tahun pemergian arwah En.Yusof Ibrahim,pegawai LHDN Kuala Terengganu.Kawan lamaku semasa darjah enam dan tingkatan 1 hingga3.Persahabatan kami berterusan hinggalah aku dan dia menpunyai kerjaya masing-masing.Kami bertemu semula setelah anak-anak kami dan besar.Anak-anakku memanggilnya uncle usop santorian(Kerana terpengaruh dengan kartun tersebut) Semoga roh arwah ditempatkan di tempat para solihin.AMIN.

Kepada balu arwah,semoga tabah menghadapi hidup ini.Anak-anakpun dah ada yang bekerja.Rasa cemburu tu dah habiskan?................

6 ulasan:

  1. Uiks..old flame ka Kak Sue??..

    BalasPadam
  2. erm..ske plak msk blog cg SIC yg sorg nih. sbb ade je cter2 die tiap2 ari..agk2ny msti org yg jns cm ni nih..ske tlis diari.. tak pn..ms kcik2 dlu ske bt+tlis krgn..hak3..gtu ko cg?? lau tk..tk jd cg BM la plak..ye ke ngja BM?? blsh je lah!

    'cmbru..' ai...gwe+cnta lm ke tu?? ha3.. ni klu mmp plek2 ni..msti tdo lpe bsuh kaki??? kui3

    'mimpi' kdg2 tu btol org kt 'mainn tdo'..tp kdg2 ad gk mksd2 trsirtny... cm 'hantu' la..ade org kt..hntu ni 'wjud'..ade org kt..hntu ni 'tk wjud' sbb smue tu syaitn+iblis..

    ksmplnny..'mmpi' tu sm la ngn 'hntu'..wjudkh ia..bnrhkh ia.. "jgn biarkn dri anda dslbungi tnd tny.." ka3..

    p/s:klau dlm mmpi kte dpt hrungi air yg dlm..mkneny kte akn brjya ..sblknya klau ggl mnybrginya..kte akn trtws..tu yg mak sy sllu kt..

    p/s:nk kn kpstian..cri la bku 'psl mmpi' kt kdai..(slgi stok msh ada!) n bla plak nk tlis 'buku' sndri cg?? mn tau jual leh lku..kui3

    BalasPadam
  3. JuvItAr

    Masa sekolah dulu memang minat tulis diari,karang sajak dan tulis skrip drama,tapi untuk simpanan sendiri atau untuk majalah sekolah aja.

    Dapat harungi air bermakna akan berjaya?.ada orang kata nak dapat rezeki.InsyaAllah.

    Niat nak tulis buku tu memang ada.Tapi masa tak pernah rasa cukup..

    BalasPadam
  4. erk..lbh krg sm r tu...brjya/dpt rzki..kn ke dua2 bnda baik.. :)

    kn btol tke..msti ad mnt nk 'tlis bku'! agk2ny..ap tjuk yg ssuai tuk bku tu ek?? hmm..
    'The Life Of Cikgu Sue' kot.. written by (dotdotdot) tak pn..the journey of cikgu sue..uhuhu

    p/s: tk ckup ms nk tlis..mkneny msti cte tu kne pjg+byk..dgn erti kt len.. sjrh idop ke..kngn2 ke..'dr dlu smpai skrg' tu psl yg tk ckup ms tu agknya! hahaha GUD LUCK!

    BalasPadam
  5. Dah lama tak mimpi..sebab tidur selalu nyenyak. Badan penat.. hehehe :D

    BalasPadam