Rabu, 20 Mei 2009

Macam-macam perkara

Esok bermulalah peperiksaan pertengahan tahun.Hampir semua sekolah mengadakan peperiksaan sebelum cuti sekolah bermula 29 mei.Selepas itu bermulalah majlis kenduri.kad dah berderet-deret.Pada 31 mei saja dah ada 3 jemputan.Berbalik semula kisah peperiksaan tadi,semua calon PMR SIC mesti mendapat sekurang-kurangnya B dalam semua subjek.

Jika ada subjek yang mereka dapat B,ibu bapa akan dijemput ke sekolah.Syy.....Nak berbisik satu perkara,yang tidur semasa cikgu mengajar tu boleh ke dapat A atau B.Nak kata cikgu jadi tok selampit pun rasanya tak,sebab pelajar lain tak tidur.Muhasabah jugak diri sendiri.Tapi yang 4 orang tu tak berubah perangainya.Masuk aja kelas mereka dah tidur.Bosan betul.Apa yang harus dilakukan.

Petang tadi ada seorang insan yang telefon.Dia dah sampai depan rumah.Masa tu kami keluar cari barang dapur dan sedikit bekalan makanan untuk dibawa ke kedah hari Jumaat nanti.Tanya dia ada hal apa.katanya nak sembang-sembang.pelik jugak sebab tak pernah kenal,cuma kenal mentuanya.Katanya nak datang semula malam nanti.Rupanya nak bercakap tentang bisnes.

MINTA MAAFLAH YA!,MEMANG TAK BERMINAT DALAM BISNES MLM NI.(Dah kena dua tiga kali,kerana nak tolong kawan,atau kerana ambil hati,sekarang ni sorrryyy.)

11 ulasan:

  1. yang tidow tu...
    kalau nak dapat A atau B, kenalah bela hantu raya!
    mana tahu dapat sihantu raya tadi menolongnya...
    sape yang meniru letak kat luar!!!! setuju???

    BalasPadam
  2. Yg meniru tu koyak je kertas jawapan diaorang tu!! Sally pernah buat! samapi sekarang pelajar cuak kalau Sally yg jaga periksa..ahaks!!

    BalasPadam
  3. Salam auntie, lama tak jenguk blog auntie. Lagipun ni curi2 wifi jap..S
    Sy pernah masuk MLM ni auntie.. dah kena sekali serikk huhuhu dan nekad taknak buat MLM lagi..

    :(

    BalasPadam
  4. CM
    Setuju sangat dengan idea tu.Tapi seronokkan kalau semua guru sepakat.

    BalasPadam
  5. Sally
    Kak napun kalau jaga periksa memang strict semacam.Bukan apa,supaya result mereka lebih valid.

    BalasPadam
  6. Shino.
    Ni mesti dok luar kawasan ni.ada di PJke?.

    Memang serik dengan janji-janji manis MLM ni.Rasanya tak ada potensi kot nak kaya melalui MLM.

    Lebih baik modal untuk MLM tu kita simpan aja.Tak gitu?

    BalasPadam
  7. pernah ada seorang member tu ajak keluar minum, ingatkan saja nak sembang, rupa2nya nak suruh masuk MLM.

    Lepas dia bukak set induksi, saya terus kata ' kawe tak minat sbb MLM ni tipu semua'. Sampai lani dia tak call2 saya.. hahahaha

    BalasPadam
  8. wah..stkt jd skolh cluster nih..mkin strict dih?? mnimum kne dpt B jh?? huhuh PMR n ke bwh tu..rsny tkdok mslh la kot..kcuali kls2 'brmslh'..tp klu SPM..B C tu stndrd r..hihi (cm tju kt dri sndri..jerk!)

    bdk2 hok sko TIDO dlm kls ni..msti bdk2 asrma dop??? eee tk abis2 nge TIDO-BDK ASRMA.. dok wk kijo gpo la mlm2..??? nk kato ado anok kcik..tkdok lg! nk kato trlbt dgn RUKUN TTNGGA..pok guard SIC tido ko??? KETUK+SEKEH PALO..dok pn JTIK TLINGO ckit cg...

    p/s: ptt la dlu..SIR DIN/CG POJI oyak nk BAKAR asrama klu dio jd PENGETUA SIC..wk mslh jh bdk2 nih! (sori...NT ckit bdk2 asrma..hihih)

    BalasPadam
  9. Shinrei
    Nak guna idea tu jugaklah.

    JuvItArs
    Yang tido tu semesti dan sememangnya budak asramalah tu.Malam bukannya buat apa,bual-bual kosong

    BalasPadam
  10. baik simpan buat kahwin kan auntie.. heheh
    pelaburan tu lagi menguntungkan hehehe

    BalasPadam
  11. Shino.

    Betul tu.pelaburan jangka panjang.sekali melabur untuk selama-lamanya.Sepatutnya kena tambah pelaburan setiap 2/3 tahun sekali.hi...hi

    BalasPadam