Sabtu, 9 Mei 2009

Hujung minggu

Apabila cikgu math tak sempat buat tuisyen untuk Irfan,ambil peluang tu untuk pulang ke kampung (Lawat kawasan kata Shino).Bukan apa untuk ziarah mak mentua dan saudara yang baru kehilangan suami minggu lepas.

Ambil kesempatan untuk bawa mak,adik adik ipar,cucu angkat mak dan kami bertiga pergi makan sempena Hari Ibu.Shh...nak cerita satu hal.dek kerana teruja melihat sebuah restoran yang baru dibuka di Kampung Pengkalan Nyireh.Maka selepas Isya,kami pun pergilah ke restoran tu,Chef's Restoran.

sebelum duduk kami order ikan siakap dan pari bakar.Setelah tu kami duduk di meja 14.Setengah jam berlalu tak ada seorangpun waiternya datang ambil order minuman,sabar,sabar.

Lepas tu adikku pergi kat kaunter dan tanya,kedai ni tak ada waiter ambil orderke?
Lepas tu barulah waiter datang ambil order.Dalam hati dah merungut dah.Dalam sepuluh minit selepas tu pesanan ikan bakar sampai.Makanlah kami dengan kurang seleranya.
Selesai makan ,air masih lagi tak sampai dan kami tunggu hingga 20 minit.Nampaknya tauke restoran ni kena sediakan paramedik,manalah tahu kalau-kalau ada yang tercekik dan perlu diberi bantuan.

Dah tak tahan dengan situasi ni,lantas aku ke kaunter dan bertanya lambat lagi ke minuman akan siap.rupa-rupanya mahu dalam 20 minit lagi.Akhirnya cancel order tersebut.Bukan kami aja yang menghadapi situasi tu,meja 9 cancel terus dan terus balik.

Rasanya lepas ni memang TAK akan pergi ke restoran tersebut.serik!!!!!!!!

Kepada tuan punya Chef's Restaurant,Zul tengok-tengok sikit anak buah tu,kalau tak rasanya restoran awak tak akan panjang usianya.Entah-entah tak sempat sambut ulang tahun pada 1 Mei tahun depan. Hargapun mahal sangat.Baik makan di kedai ikan bakar di Tok Bali.

6 ulasan:

  1. Haih kat mane restoran tu?
    kesiannya..nasib baik xde yang tercekik tulang ikan pari. Sabo je la hehe :P

    Apepun selamat Hari Ibu.. :)

    BalasPadam
  2. uiks..minggu ni minggu n3 'makan d restoran tak sedap & mahal" kut..ahaks..

    BalasPadam
  3. shino
    Restoran tu sebelum trafic light Pengkalan Nyireh,Sebelah kanan.Aik terlebih promosi pulak!

    Thanks.untuk ucapan tu.

    BalasPadam
  4. tchersally

    Aa...malang betul malam tadi.

    BalasPadam
  5. biasa la, tu cara org kita berniaga. Kalau tak bos yg buat hal, kuli yg buat hal. Ayah sedara ada bukak gerai hotbites kat Tesco, tapi setiap kali gi sana, tak pernah tengok ada org keje kat stall tu. Agak2 gi merayau kot.. hehehe

    BalasPadam
  6. shinrei
    Bilalah agaknya orang kita nak berubah.Kena gi ni kat hotbites,nak tengok pekerja kerja ke tak.

    BalasPadam