Rabu, 2 Disember 2009

Banjir datang lagi!

Semalam hujan tak berhenti-henti menyebabkan kawasan rumah kami dilanda banjir.Air naik sehingga satu anak tangga.Nasib baik kereta sempat dialihkan ke rumah jiran.Rimas dan cemas dibuatnya.Apabila hujan berhenti keadaan kembali normal.

Tapi dalam kita dok cemas.Anak-anak pulak yang seronok main air.Bukan selalu dapat bermain air banjirkan?.Lebih-lebih lagi sepupunya ada sama apalagi,terlepas kawalanlah!.

Mainpun main jugak tapi masih dalam pengawasan,hanya main dalam kawasan rumah saja.Perintah zaman Jepun .Kalau tak, tak boleh main.Nasib baik mereka masih boleh mengikut
arahan.

Kanak-kanak sekali sekala berikan kebebasan agar mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak mereka,takkan dan tua-tua baru nak mandi air hujan!!.

Kepada mereka yang rumah mereka dilanda banjir.Takziah.Bersabarlah ye.

4 ulasan:

  1. salam tuan umah...bila baca catatan perjalanan cikgu sue ni..teringat saya pada kg di kala tibanya musim terkujuh..suko main air boh ni...tapi semenjak duduk di s.alam..kemeriahan main air boh tue dah ilang...tua dah agaknya..hihi!

    BalasPadam
  2. Ass-salam
    Syukur semua Ok.
    Kak hazel setuju...beri anak peluang sesekali rasa pengalaman hidup...mandi hujan...dengan syaratlepas tu bilas balik dengan mandi semula air paip yang biasa untuk balance up body heat dan hygienic aspect...
    InsyaAllah tak demam.

    BalasPadam
  3. sheik
    Suko main air boh?marilah ke Kelate bila musim banjir.Macam pesta.Apabila semakin berusia kita,banyak kemeriahan yang semakin hilang,termasuklah kemeriahan pada hari raya.Agaknya memang normal gitu.Terima kasih kerana ziarah.

    BalasPadam