Jumaat, 27 Februari 2009

KAYA.kayap dan ketayap

KAYA.Sangat subjektif sifatnya.Ada orang RM 50 dalam poketpun sudah rasa kaya.Setengah orang (penghuni hospital Lorong Che Husin,orang Kota Bharu kenal tempat ni) berangan nak jadi kaya.Ada pula orang yang tak rasa kaya-kaya walaupun wang sudah beratus ribu dalam bank.Sebab tulah agaknya apabila diminta menghulur,tangan terasa berat semacam.Apa-apapun yang paling baik Orang yang ramai anak pun dikategorikan sebagai kaya jugak.KAYA ANAK.Bukan memandai nak mengkategorikan tetapi ada dalam Kamus Dewan.Apapun kita mesti kaya budi.
Kayap. sejenis penyalit kulit.Biasanya bulat dan bertompok-tompok.Penghidap biasanya mendapatkan rawatan secara tradisional dan diwajibkan berpantang.Tak boleh makan makanan bergoreng.Jika ada orang menggoreng di dapur,kita yang ada kayap ni akan terasa gatal dan miang.Betul ke???.
Ketayap.kopiah putih.sejuk mata memandang apabila lihat orang berketayap.Tapi yang ni lagi best!.kueh ketayap.sejenis kueh yang dibuat daripada gandum yang didadar dan dibubuh inti kelapa di dalamnya dan digulung .Lama dah tak buat.
Untuk menggantikan kueh ketayap inni ada satu resepi yang diinovasikan.jemput-jemput udang baring (Udang geragaulah tu..)
Resepinya sama dengan cucur bilis tapi gantikan bilis tu dengan udang baring.Bancuh tepung dengan air,sedikit garam,telor,bawang,lada merah dan udang baring.and then goreng dalam minyak banyak.buat bulat-bulat.Kalau anda ada anak-anak yang kecil seusia anak-anak di tadika atau sekolah rendah,jemput-jemput tadi bolehlah dicucukkan pada lidi satay(pastikan hujung lidi yang tajam itu dibuang agar tidak membahayakan) dan selang-selikan dengan karot yang dipotong bulat dan gerigikan tepi karot itu agar lebih menarik.Anak-anak pasti
suka..Ummm..yummy.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan