Isnin, 11 April 2011

Jangan tangguhkan sesuatu kerja.

Akibat suka bertangguh borang yang sepatutnya diisi dan diserahkan tiga minggu sebelum pergi,baru diserahkan petang tadi.

Borang ni tak lengkap diisi.
Macam mana ni.
Sepatutnya ada surat iringan.
Bla...bla......
Mana kita tahu kalau tak diberitahu.
kecewa.....
Menanti hari esok apa yang akan terjadi..
boleh tak pergi secara......
Mudah-mudahan......
Pasrah.

Tiket dah ambil.
Hotel dah booking
Pasrah.
Jangan parah.

Inilah akibatnya kerja suka bertangguh dan ada dalam kotak fikiran jika orang lain boleh kenapa tidak kita.

Sedih.

Rabu, 30 Mac 2011

Berbudilah pada tanah.

Marilah kita sama-sama memaksimumkan tanah yang ada dengan bercucuk -tanam.
Sejak akhir-akhir ini kawasan kejiranan telah sepakat menanam sayur-sayuran dan kami bertukar-tukar hasil tanaman kami.

Isnin, 7 Mac 2011

Gambar lagi

Replika rumah orang Batak
Lihat! lambang kesuburan bagi kaum batak.En Wahab ni dok teliti
apa pulak.
Sultan Deli sekarang.berumur 12 tahun dan masih menuntut di
Sulawesi
Pak Ibrahim (pemandu pelancong) menerangkan perihal kubur ( di
Indonesia dipanggil makam) Raja Batak

Perjalanan ke Pulau Samosir
Ini rupanya pohon beringin.Tempat bawang putih menyanyi tu...
Pohon beringin....tegaknya rimbun...
Raja dan ratu Batak dari Sic.kontrol ayu gitu...
Gayat........tinggi sangat
Pagi di Danau Toba


































Pagi di Danau Toba.1000 meter dari paras laut.

Sabtu, 5 Mac 2011

Lawatan sambil belajar geografi,sejarah




Istana Kesultanan Deli Medan









Air terjun Si Piso-piso.








Antara ahli rombongan Cik Kiah dari Maktab Sultan Ismail
Kota Bharu (24 Februari- 26 Februaari 2011)

Khamis, 17 Februari 2011

Allah memudahkan segalanya

Bermula dari saat arwah disahkan meninggal lebih kurang jam 5.10 petang 16 Februari 2011 hingga ke saat disemadikan semula urusan begitu mudah.ALLAH permudahkan segalanya.

Banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran.Arwah telah menyiapkan keperluan untuk perjalanan ke sana!.Kita yang membantu menyiapkan arwah hanya mengambilnya dalam almari sahaja.

Perginya seorang teman ......

Perginya beliau membawa seribu kenangan yang tak mungkin dilupakan.Seribu budi yang tak akan padam dari ingatan dan tak terbalas dengan intan permata.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang,mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Tak akan terjunjung budinya pada kami sekeluarga.

Perkenalan kami bermula pada sept 1989 ketika Kursus Profesionalisme keguruan Di Pusat Latihan Telekom,Marang,Terengganu.Pada ketika itu dia dari Kelantan manakala myself dari Terengganu.Ketika kami sekeluarga pindah ke Kelantan tahun 1990 arwahlah( tak sanggup rasanya menggunakan perkataan ini) yang menyambut kami dengan jamuan di rumahnya.

Tahun 1995,kami berpindah ke kuala Lumpur.Arwah sekali lagi mengiringi pemergian kami dengan jamuan perpisahan serta membekalkan kami ( serta pemandu dan 2,orang pekerja Pos Malaysia) dengan makanan untuk dimakan dalam perjalanan.Rasanya kaum keluarga sendiripun tak sempat untuk berbuat demikian.

Tahun 1997 ketika kami dijemput menjadi tetamu Allah,arwah dan suaminyalah yang menjaga rumah kami dengan tugas-tugas khas membuka dan menutup suiz lampu serta menjenguk anak sulung kami Di SMKA Naim Lilbanat.Ya Allah akan adakah insan sebaik arwah yang akan ku temui lewat usiaku ini.

Myself,TN Haji Muhamad Haron (munsyi DBP) ENcik Abdullah Yasin juga Munsyi Dewan,Tn.Haji Mohd yaacob serta Encik Sanusi sama-sama dilantik menjadi Jurulatih Utama JPN bagi matapelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3 tahun 2003 dan 2004.Ketika itu pegawai bahasa di JPN ialah Tuan Haji Haris.Kami mengadakan kursus di merata tempat termasuklah di Alor Setar dan Sungai Petani berturut minggu.Ketika orang sibuk-sibuk minta nak jadi guru cemerlang,aku dan arwah sepakat tak mahu mintak,sebab kami masih merasakan kami masih tak layak.Arwah ditawarkan sebanyak 2 kali sebagai GC tetapi menolaknya.Bukan itu yang dikejar katanya.

Banyak betul kenangan antara kami berdua.Tahun 2007 arwah,myself dan ustazah Zaharah ke Medan.Sifat pemurahnya tak usah diperkatakan lagi.Arwah memang pemurah orangnya,senang menghulur wang ringgit dan tenaga.

Bayangkan ketika aku dan suami sepakat nak mengadakan jamuan naik rumah baharu,majlis berkhatan anak serta apa-apa sahaja jamuan,arwahlah yang menjadi tukang masaknya Kepakarannya dalam bidang ni tak boleh dipersoalkan.
Ya ALLAH kau berilah kekuatan bagiku serta keluarganya menghadapi kepulangannya pada yang Maha Pencipta.

Al-Fatihah buat Yang kami sekeluarga sayangi Allahyarham Puan Hajjah Wan Yah Wan Jaafar,
Guru bahasa Melayu dan sejarah dari SMK Zainab 1.

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidul rasul

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR KITA,NABI MUHAMMMAD S.A.W.

SEMUGA KITA SEMUA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA DAN JADIKAN PERJUANGAN BAGINDA SEBAGAI PENYUNTIK SEMANGAT INSAN DI BUMI ALLAH INI.