Khamis, 17 Februari 2011

Perginya seorang teman ......

Perginya beliau membawa seribu kenangan yang tak mungkin dilupakan.Seribu budi yang tak akan padam dari ingatan dan tak terbalas dengan intan permata.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang,mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Tak akan terjunjung budinya pada kami sekeluarga.

Perkenalan kami bermula pada sept 1989 ketika Kursus Profesionalisme keguruan Di Pusat Latihan Telekom,Marang,Terengganu.Pada ketika itu dia dari Kelantan manakala myself dari Terengganu.Ketika kami sekeluarga pindah ke Kelantan tahun 1990 arwahlah( tak sanggup rasanya menggunakan perkataan ini) yang menyambut kami dengan jamuan di rumahnya.

Tahun 1995,kami berpindah ke kuala Lumpur.Arwah sekali lagi mengiringi pemergian kami dengan jamuan perpisahan serta membekalkan kami ( serta pemandu dan 2,orang pekerja Pos Malaysia) dengan makanan untuk dimakan dalam perjalanan.Rasanya kaum keluarga sendiripun tak sempat untuk berbuat demikian.

Tahun 1997 ketika kami dijemput menjadi tetamu Allah,arwah dan suaminyalah yang menjaga rumah kami dengan tugas-tugas khas membuka dan menutup suiz lampu serta menjenguk anak sulung kami Di SMKA Naim Lilbanat.Ya Allah akan adakah insan sebaik arwah yang akan ku temui lewat usiaku ini.

Myself,TN Haji Muhamad Haron (munsyi DBP) ENcik Abdullah Yasin juga Munsyi Dewan,Tn.Haji Mohd yaacob serta Encik Sanusi sama-sama dilantik menjadi Jurulatih Utama JPN bagi matapelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3 tahun 2003 dan 2004.Ketika itu pegawai bahasa di JPN ialah Tuan Haji Haris.Kami mengadakan kursus di merata tempat termasuklah di Alor Setar dan Sungai Petani berturut minggu.Ketika orang sibuk-sibuk minta nak jadi guru cemerlang,aku dan arwah sepakat tak mahu mintak,sebab kami masih merasakan kami masih tak layak.Arwah ditawarkan sebanyak 2 kali sebagai GC tetapi menolaknya.Bukan itu yang dikejar katanya.

Banyak betul kenangan antara kami berdua.Tahun 2007 arwah,myself dan ustazah Zaharah ke Medan.Sifat pemurahnya tak usah diperkatakan lagi.Arwah memang pemurah orangnya,senang menghulur wang ringgit dan tenaga.

Bayangkan ketika aku dan suami sepakat nak mengadakan jamuan naik rumah baharu,majlis berkhatan anak serta apa-apa sahaja jamuan,arwahlah yang menjadi tukang masaknya Kepakarannya dalam bidang ni tak boleh dipersoalkan.
Ya ALLAH kau berilah kekuatan bagiku serta keluarganya menghadapi kepulangannya pada yang Maha Pencipta.

Al-Fatihah buat Yang kami sekeluarga sayangi Allahyarham Puan Hajjah Wan Yah Wan Jaafar,
Guru bahasa Melayu dan sejarah dari SMK Zainab 1.

4 ulasan: