Ahad, 16 Ogos 2009

Buah jambu klasik

Jika direnung pada gambar-gambar di bawah ini nanti tentu ramai yang tertanya-tanya di manakah tumbuhnya pokok ini.Ada yang menyangka tentu sekali pokok ini tumbuh di dalam dusun atau tak sengaja tumbuh kerana bijinya dibawa oleh haiwan.

sebenarnya sangkaan tu salah.Pokok jambu yang mempunyai pelbagai nama seperti jambu kayu,jambu epal dan lain-lain kami tanam khas di depan rumah kami dan mula berbuah pada tahun lepas.Tapi tahun ini buahnya sangat-sangatlah menjadi.Alhamdulillah,semoga tahun depan lebih-lebih lagi menjadinya.

Mungkin tahun depan dapat dikomersilkan dan dijadikan kordial pulak.Jambu ini sungguh sedap rasanya dibuat jus.Siapa nak rasa datanglah ke rumah.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Resepi hari ini

Ayam masak tempoyak.

Bahan
6 ketul ayam
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
6 biji cili padi
2 sudu tempoyak

Cara membuat.

1.Bawang merah,bawang putih dan cili padi ditumbuk.( Cili padi ditumbuk dengan tangkainya sekali untuk mengurangkan kepedasan)

2.Serai dititik

3.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga bangkit baunya.masukkan serai.

4.Masukkan ayam.Setelah ayam hampir masak,masukkan sedikit air dan tempoyak.

5.Renihkan sehingga masak.Rasa garam serta gulanya secukup rasa.


Selamat memasak!!!!!

Khamis, 13 Ogos 2009

Ikan ! ikan

Nak dikatakan bulan mengambang,dah berlalupun.
Biasanya harga ikan agak mahal apabila bulan cerah,kata oranglah.Tapi petang tadi semasa pergi membeli barangan basah di Pasar Gok Kapor/Pasar cina,terkejut sangat.Ya Allah harga ikan mahal betul.Belumpun masuk bulan ramadan harga barangan dah pun meningkat.Bayangkan ikan tenggiri harganya hingga mencecah RM 25 perkilo.Ikan gelama yang kecik RM 10 dan ikan kembung yang biasanya hanya RM 10 berharga RM 12.

Bagi keluarga yang bilangan ahli keluarganya ramai,berapalah agaknya perbelanjaan bulanan mereka.kalau beginilah gayanya kadar kemiskinan di negara kita susah nak dikurangkan,apatah lagi nak dihapuskan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Menu pra Ramadan

sebagai persediaan menyambut bulan yang mulia ini baiklak kita sediakan menu awal-awal agar kita taklah asyik dok bercerita tentang apa yang nak dimasak pada siang hari di bulan tersebut.nanti kurang pulak pahala puasa.

Dalam N3 ni nak berkongsilah satu resepi yang orang suka makan tapi tak berapa suka nak buat.Resepinya simple saja iaitu pencicah ikan bakar.Ikan tu apa-apa ikanpun boleh asalkan kita ada selera untuk memakannya.Ikan emas dalam akuariumpun boleh.

Pencicah/sos ikan bakar

Bahan-bahan;

Limau kasturi
bawang merah
belacan
cili padi dan cili besar
air asam jawa
garam

cara membuatnya
1.Bakar bawang merah,setelah masak hiris nipis-nipis
2.belacan dibakar
3.Kisar cili padi,cili besar,belacan,gula dan garam bersama-sama dengan perahan air limau nipis
dan air asam jawa.
4.setelah itu masukkan hirisan bawang dan juga hirisan kulit limau kasturi.


Sos ini lebih sedap dimakan jika disediakan lebih awal agar rasanya lebih sebati dan lebih sedap lagi jika menggunakan belacan Terengganu.banyakkan air limau kasturi berbanding air asam jawa.Jika tips ini diikuti,ketika kita makan nanti,mak mentua lalupun kita tak nampak.Apatah lagi jika dia lalu di belakang.Lebih tak nampak jika yang lalu tu yang belum jadi mak mentua.


Bagi yang bujang tu suruh mak sediakan sos ni banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.Apabila nak makan keluarkan aja.

Selamat mencuba.....

Isnin, 3 Ogos 2009

Aku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Engkau ibarat gajah
Aku hanya semut merah


Lirik lagu ni tiba-tiba bermain dalam kotak fikiran.Walaupun tema lagu ni berkisar tentang kemelut cinta dua darjat,tapi mungkin boleh digunakan dalam situasi yang aku hadapi tengah hari tadi.


Diminta berikan subjek KHB kepada orang lain dan aku ambil satu lagi kelas BM.Entah mengapa aku yang menjadi sasaran perubahan ini.kali ini darjah penerimaan terhadap perubahan jadual sudah sampai ke paras nilai sut.Nak ubah apa lagi,dah hampir akhir tahun.

Tapi aku hanyalah semut merah.Sedih sangat.........................................
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Ahad, 2 Ogos 2009

Satu pengalaman

Jumaat,jam 8.30 pagi bertolaklah kami 3 beranak ke Kuala Lumpur.ingatkan driver muda nak bawak kereta,rupa-rupanya mama yang kena pandu sendiri sehinggalah ke Gua Musang.Tak pernah lagi seumur hidup memandu sejauh itu.Kalau papa ada tentu sekali tak diberinya memandu.Tak berapa harap katanya.Driver muda tu tidur siap berdengkur lagi.Sampai di R & R barulah tukar driver.

Hari ni terpaksa cuti kerana tak sempat nak balik.Nasib baik tak balik pukul 2.00 pagi tadi.Kalau dibuatnya driver mengantuk tak ke haru.Petang tadi pun pandu sendiri dari Gua Musang ke KB.Rasanya lepas ni tak sanggup lagi,asyik dok ikut bontot lori yang dipandu macam semut,nak memotong,kereta berderet.Bayangkan dari Ketereh ke KB hampir 1 jam.

Apabila tonton berita baru tahu serius jugak perhimpunan haram pada hari Sabtu,kelmarin.Masa tu kami ada di kawasan sekitar Jalan TAR,tapi tak perasan pulak ada perhimpunan
haram.Mungkin takdir telah menentukan.Kalau terperangkap dalam kumpulan tu, tak semena-mena glamourlah pulak tiba-
tiba.Hari ni pun mungkin dah geger riuh,seorang guru terlibat dengan perhimpunan haram.....eee minta dijauhkan.

Rasa takut pulak apabila badan rasa seram sejuk macam nak demam.Bimbang kalau-kalau terpaksa dikuarantin.Ya Allah minta diselisihkan malaikat 44 kata orang.