Apa maksud ugut?
Tak tahu nak jawab secara tepat apakah maksudnya sebab tak sempat nak lihat kamus dewan,cuma jawapannya ugut boleh dalam bentuk kata-kata,simbul atau secara tanpa disedari.Itulah jawapan selamatku kepada soalan seorang pelajar semasa P& P Bahasa Melayu kelmarin.Heran juga tiba- tiba dia ke depan dan menanyaku soalan secara bertubi-tubi tentang hukuman yang patut dikenakan dan kenapa ada yang terlepas dari tindakan jika mengugut orang lain.
Aku faham apa yang bermain di fikiran pelajarku tadi yang namanya memang terkenal di sekolah.Kalau silap hari bulan kita akan terperangkap dengan jawapan kita sendiri.
Cikgu,kalau cikgu kata macam ni.awak kalau tak siapkan kerja ni jaga awak.adakah itu ugutan?
( soalnya )
Tak,kataku,itu bukan ugutan,tapi gertak aja.
Dia diam,agaknya setuju kot.
Selepas itu macam-macam soalan yang ditanya dan aku tahu semua soalan itu ada kaitannya dengan peristiwa dia sendiri sekembalinya dia dari rombongan ke KL.
Akhirnya aku kata macam ni.
...............( nama pelajar tu)kalau kita nak terlibat dengan perundangan kes kita mesti betul-betul kemas,yakin dan ada bukti yang sangat kukuh.
Selepas itu banyak lagi yang ditanya berkaitan dengan keadilan dalam hukuman.Pening aku dibuatnya,tapi sorry aku tak akan mengaku kalah.Setiap soalan mesti dijawab dengan jawapan yang boleh menyakinkan pelajar tersebut.
Masa tu dah pukul 2.45 petang.Waktu BM dah habis.Akupun kata.Cikgu ni..... Ketua Hakim Malaya,awak lawyer pelatih,dok tanya macam-macam, mana boleh!( Dia senyum )
Jika kita sorang guru,kita mesti bersedia dengan segala kemungkinan.Kitakan cikgu.....dan kita sudah jauh melangkah berbanding pelajar kita yang hanya berusia 15 tahun.
2020
6 tahun yang lalu