Khamis, 7 Mei 2009

Nak pilih yang mana satu.

Anda jangan gabra apabila membaca tajuk ni.Nak pilih yang mana ya!..

Jika pilih yang ini,apa kata yang itu...Ha...ha.suspenke?.Nak pilih tarikhlah.
Bila masa yang sesuai untuk pergi ambil barang Fifi di Kulim.Nak pergi minggu ni....rasa nak balik ke Besut dahulu,untuk melawat keluarga arwah Pak Majid yang meninggal 3.Mei.Tak sempat ziarah pada hari tersebut kerana suami ke KL.

Bercerita tentang arwah,beliau ialah bekas pengetua SMK Kampung Baru,Besut yang mempunyai 9 orang anak.Seorang anak daripada perkahwinan pertama.Isterinya telah meninggal dunia semasa anaknya masih kecil lagi.Daripada perkahwinannya yang kedua arwah mendapat 8 orang cahaya mata.Empat daripadanya buat medic di oversea.2 di Ireland,seorang di England dan seorang di India.Hanya seorang sahaja yang sempat balik iaitu yang belajar di India tapi tak sempat jugak dengan jenazah.

Saat-saat beginilah kita sangat perlukan keluarga di sisi.

Rasa-rasanya minggu depan sesuai kot ke Kulim.Sebab minggu yang satu lagi adik ipar nak buat solat hajat sebelum beliau dan suami mengerjakan umrah.Tapi jika tak dapat dielakkan terpaksa jugak ke Kulim pada minggu tersebut,nak buat macam mana.Sesekali kita kena dahulukan kepentingan keluarga sendiri.

Dalam dok tilik dan dok pandang rasanya baik gi minggu 22 hb tu,sebab fifi hanya tinggal satu
paper je lagi masa tu.Mana-mana tarikh pun bolehlah agaknya ya!

Rabu, 6 Mei 2009

Mesyuarat PLBS

Mesyuarat PLBS Bahasa Melayu tamat jam 2.00 petang.
Mesyuarat bersama dengan Ketua pentaksir sekolah dan Pentaksir kawasan akan diadakan minggu depan (Selasa)bertempat di PSPN Pengkalan Chepa.Hu.hu bukan di kuala Terengganu
seperti yang dijanjikan.Nak jimat kos sebenarnya.

Banyak pulak borang baharu yang mesti diisi.Nampaknya ada saja perubahan setiap tahun.
Guru-guru yang melaksanakan plbs di sekolah harap dapat menyiapkan semua pentaksiran sebab Ketua Pentaksir Kawasan akan membuat penyelarasan bermula Julai nanti.

Selasa, 5 Mei 2009

Majlis Jasamu Dikenang bermula jam 9.45 pagi.Apabila selayang pandang ditayang barulah aku tahu rupa-rupanya mantan PK HEM orang Beris Kubur Besar.Sebenarnya kampung itu mempunyai sejarah yang tersendiri bagi keluarga sebelah ayah.ceritanya panjang......dan menjadi seolah-seolah satu sumpahan bagi keluarga ayah yang tak mahu keluarga kami mengahwini orang dari kampung tersebut.Saja-sajalah tu dan setakat ini tiada seorangpun dari keluarga kami yang berkahwin dengan orang Bachok.

Setelah majlis itu berakhir,rombongan menghantar mantan PK HEM yang akan bertugas sebagai Pengetua SMK Laloh telah diadakan Kami sampai di Laloh jam 1.30 tengah hari.Terlewat setengah jam.Kasihan cikgu dan para pelajar yang menunggu kami dalam panas terik matahari.

Kami dihidangkan dengan menu yang menyelerakan termasuklah kerabu,masak tempoyak ikan patin,gulai daging campur nangka,ayam goreng dan pencuci mulutnya puding nyonya serta buah tembikai.

Jam 5.20 petang baru sampai di pekarangan sekolah.Aduh penat betul.sampai di rumah sempat lagi melelapkan mata.


Rupa-rupanya esok mesyuarat PLBS dan bukannya hari Isnin.Nasib baik ada rakan yang betulkan harinya.Ingatkan 6Mei hari khamis.Kenapalah lupa hari ni!!

Isnin, 4 Mei 2009

Berjalan lagi...

Pagi Ahad seperti biasa ke sekolah.Tanpa diketahui rupa-rupanya minggu ni jadual waktu baharu.Maklumlah dah 4 hari tinggalkan sekolahTidak mengajar lagi kelas 1 mulia.Rasa sayang sangat.Pelajar kelas tu senang dibentuk dan suka membantu.

Dalam jadual baru mengajar tingkatan 2 Amanah.Frust betul!sebab pertengahan tahun baru
mengajar BM kelas tu.Ambik daripada Puan Riza.Tak tahu apa nak buat.Puan Koh Lee John apa hal ni.Tak apalah.

Penawar kepada keresahan dan keharuan jadual baru,esok nak ke SMK Laloh untuk hantar Mantan PK HEM yang akan bertugas di sekolah tersebut sebagai pengetua.Tahniah Cikgu Abdul Halim.Yang pasti pertama kali akan naik bas SIC.Dua trip sebelum ni naik bas dari sekolah lain.Tak ada jodoh dengan bas SIC,kenapa ye?suspens......

Hari Khamis kena attend meeting PLBS di PKG Labok pulak.Tak apalah,janji kerja PLBS dapat dibereskan

Ahad, 3 Mei 2009

sekitar family day

sekitar family day



Beri peluang mandi.Acara terakhir.Lihat perbezaan saiz badan mereka.




Juri tak profesional.



Ni acara apa ni.Papa mana?Low profile betul




Pemenang tempat kedua,peraduan mewarna ,umur 6 tahun.Pandai jugak Ham mewarna,Original tau.












Penyokong kuat Irhan,sepupunya,(Kakma)






Acara tarik tali .Gaya ada tapi kami kalah.hu..hu















Irham,si tembam turut serta dengan mama










Anak bujang bongsu Irfan.Tengok rambut tu....mahu 20 minit nak siap sikat ni







Sabtu, 2 Mei 2009

Terkejut

Kira-kira jam 3.30 menerima pangilan daripada Aina."cik Ngah,Chek tak sedar,"Kenapa?tanyaku,situasi masih boleh kontrol lagi.Tak tahu,tiba-tiba katanya dalam keadaan yang kelam kabut.Maklumlah usianya baru 17 tahun menjaga nenek yang berusia 70 an.Macam ni,kataku.Aina ambikkan air,sapu di muka Chek,ajarkan dia mengucap.Dia akur.Perbualan kami tamat.

Dalam pada itu aku terus bersiap,capai apa yang ada,kerah anak-anak bersiap untuk pulang ziarah chek yang kita tak tahu keadaannya.Kami balik ketika itu juga.Ketika kami tiba keadaan dah tenang,ibu mentuaku dah sedar.Jiran dah datang.

Mentuaku ini tak mahu duduk dengan anak-anak.Itu yang payahnya.Tak boleh nak salahkan dia jugak,apabila ana-anak dan menantu pergi bekerja dia akan tinggal seorang diri.

Jam 5.30 anak-anak,menantu dan cucu-cucu yang duduk KB dan Nah,adik bongsu sebelah suamiku dah sampai balik dari Pulau Pinang kerana ambik anak sulungnya yang dah tamat pengajian.

Lega rasanya tengok chek dah pulih.Rupa-rupanya dia tak lalu makan dan kurang minum air.Nak bawa ke klinik untuk masukkan air tak mau pulak,takut susahkan anak-anak katanya.Tak ada apa yang susahnya chek,inilah masa anak-anak cucu nak berjasa.

Terpaksa balik ke KB malam ini jugak sebab esok sekolah.Tak apalah Jumaat nanti kami pulang lagi ke Besut.