Jumaat, 29 Januari 2010

Sedih...sangat

Minggu ni dah tiga ekor anak kucing mati.Paling menyedihkan pagi tadi jam 10.10 pagi,Yuki telah meninggalkan kami.

Keadaannya begitu menyedihkan.Kamipun tak tahu wabak apakah yang menyerang.Kematiannya hanya berbeza tiga hari dengan dua lagi saudaranya yang mati pada hari Ahad dan Isnin.

Berbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah membawanya ke klinik sebanyak dua kali.Allah nak menduga tuannya.Nak tahu setakat mana kesabarannya.Air matanya tumpah jua pada pagi Jumaat.

Banyaknya dugaan yang terpaksa dilalui.Tapi dalam kekerasan hatinya,kami tahu ada kelembutannya.Air mata kadang-kala dapat melegakan kekusutan dan ketegangan.

Sabtu, 23 Januari 2010

Demamlah pulak

Mengapalah demam tahun 2010 ni payah nak kebah.Makan ubat sudah.Cuma rehat saja yang belum.
Bermula dengan Jumaat lepaskerja tak pernah habis.Bermula dengan rombongan cik Kiah,Sabtu ke Besut,Ahad hingga khamis tak habis-habis dengan kemasukan pelajar baru.

Agak stress sebab ada pelajar yang kecik-kecik tu pandainya.....nak tukar aliran.Sehingga sekarangpun senarai nama masih lagi,asyik-asyik yang terkini.

Hari ni pulak hari persekolahan.Ganti cuti Tahun Baru Cina.Buat merentas desa.Jam 1.00 dah boleh cau dari sekolah.Jam 2.30 petang bergegas ke Pulai Condong.Balas lawatan rombongan cik Kiah Jumaat lepas.Kami pergi berempat aja.Lawatan tak rasmi.......

Besuk boleh ke sekolah ke tak ni.Nak mc ,fikir dua tiga kali,tapi kalau dok macam ni rasanya baik mc saja.

Ahad, 17 Januari 2010

Orang tengah

Orang tengah???????
Perlukah ada orang tengah dalam merealisasikan sebuah perhubungan.Bukan tak percaya akan peranannya tapi tengoklah pulak bagaimana situasinya.

Dalam hal ini baiklah kita berterus terang sahaja dengan orang yang kita suka.Baik buruk penerimaannya biarlah kita sendiri yang tahu dan membuat tindakan yang selanjutnya.

Lainlah jika orang tengah tu ibu bapa kita.Siapa lagi yang kita boleh percaya selain mereka.Kepada merekalah kita boleh letakkan kebergantungan kita.

Telus itu perlu

Dalam berkata-kata ketelusan itu amat perlu tapi hati pihak yang kita lawan bercakap tu mesti kita jaga.

Rasanya memang dah betul-betul jaga ,rupanya ada yang memberikan pertafsiran yang berbeza.Kita memang cukup berlapik dalam berkata-kata.Nasib baik kat rumah ni tak ada carpet yang dibeli dari bangla.Kalau tak boleh buat alas masa berkata-kata.

Rupa-rupanya bukan mudah untuk memastikan bahawa pemikiran orang sama dengan kita!

Pengajarannya kalau orang kata A jangan kita katakan B.Haru jadinya.Apatah lagi jika ditokok tambah.

Rabu, 13 Januari 2010

Why me?

Sejak awal bulan Januari lagi dah terima SMS dari rakan-rakan menyatakan duit PMR dah masuk.Sebenarnya tak kisah sangat,sebab dah sedia maklum akan dapat duit tu.

Tapi.....apabila dapat lagi sms dari geng-geng beritahu duit perbatuan pun mereka dah dapat,maka cuba-cubalah gi tekan kat ATM.Tak ada pulak.Rilek...

Tup,tup dapat sms dari bank sebentar tadi menyatakan duit dah masuk, hati punyalah berbunga....Bunga-bunga cinta......

Alangkah sedihnya bila gi semak tak adapun duit masuk!!!!
Hu...hu why me yang lambat.Rasanya tak ada problem masa hantar claim tempoh hari,lagipun pihak bank dah bagi sms.Kiranya banyaklah jugak claim tu ribu-ribu lemon.Bolehlah nak beli emas barang 14 rial beratnya.

Pelik...tapi benar.

Isnin, 11 Januari 2010

Mimpi yang ada siri

Percayakah anda bahawa mimpi boleh ada episodnya?
Bunyinya macam kelakar,tapi itulah kebenarannya.

Malam kelmarin dah bermimpi kemudian malam selepasnya bermimpi benda yang sama tapi episodnya lebih panjang dan ada sambungan cerita.

Mudah-mudahan malam ini episod terakhir dan happy ending.

Suspen!!!!!!!

Letih dan meletihkan

Bermula dengan hari pendaftaran tingkatan satu pada 2 Januari hingga kini kerja-kerja yang sewaktu dengannya masih tak habis-habis.

Pelajar baharu masih ada lagi.Minggu ni terima pelajar yang buat rayuan.Buat lagi ujian diagnostik.Setiap hari tak habis-habis.Dua minggu ni tak ada peluang lagi untuk diri sendiri.
Buku rekod mengajar masih ada lagi kekurangannya.

Tahun depan minta-mintalah tugas penyelaras tingkatan satu diberikan pulak kepada orang lain.
Letih sangat rasanya.Tiap-tiap petang balik lewat.Mesyuarat dan taklimat silih berganti.Kalau dulu orang tua suka bermenantukan cikgu sebab kerja separuh hari.Kini masa balik cikgu hampir sama dengan orang kerja pejabat.Bezanya cikgu ada cuti panjang akhir tahun.

Eh..eh lambat lagike nak cuti ni.

Isnin, 4 Januari 2010

Ingat,lupa

Ada dua perkara yang patut diingat dalam hidup ini;

1.mati
2.masa

Dan ada dua perkara yang tidak patut diingat ;

1.kebaikan yang kita buat kepada orang lain.
2.kejahatan yang orang lakukan kepada kita.

Yang kedua tu payah nak dilupakan.
Pesanan untuk diri sendiri;Lupa yang kedua,sebenarnya kita adalah insan yang lemah imannya.

Jumaat, 1 Januari 2010

Pendaftaran pelajar baru

Mulakan tahun baru dengan azam yang paling simple.

Nak jadi cikgu yang lebih sedikit rajinnya dari tahun lepas.Jadi,nak dijadikan cerita ,dimintalah oleh pihak pentadbir membantu memudahkan kerja-kerja pendaftaran pelajar tingkatan satu ari ini.Sepatutnya kita sekadar membantusesorang....ini tidak,ditinggalkan terus kita.Bukan kita yang membantu,tapi......nak naik hantu dibuatnya.

Tapi wak sabar....

Alhamdulillah! semuanya berjalan lancar walaupun bukan semua pelajar yang ditawarkan ke sekolah ini mendaftarkan diri.