Khamis, 16 April 2009

Ujian Allah

Entah di mana silapnya,kelmarin migrain,mungkin kehujanan semasa nak ke tingkatan 1 Yakin,malam tadi pulak demam dan batuk-batuk.sebenarnya dah lama betul tak dapat penyakit batuk ni.

Hari ni mc.Tapi baru sebentar tadi pergi KBMC.Dapatlah cuti untuk hari ini.Lega rasanya.Esok Jumaat.Dapatlah rehat sikit.Tapi minggu ini entah mengapa minggu dalam kesedihan.

Kucing kesayangan kami sekeluarga telah mati tanpa kami sedari.Sebenarnya pada hari kenduri tempuh hari Koko kami letak dalam sarang.Koko tak boleh orang ramai.Dia akan sembunyikan diri.Kucing parsi kami ini agak pemalu.Hari Ahad ada lagi kata Irfan.Tapi pada hari Isnin tak naik-naik ke rumah.Ingatkan pergi jalan-jalan cari kawan.Rupa-rupanya pada hari Rabu kami jumpa koko dah mati dekat tong air di luar rumah.melihat keadaan koko, kami agak dia telah mati pada hari selasa, maka menangislah tuannya Irfan,

Bercerita tentang Koko,koko kucing yang manja dan pandai beraksi.Pandai tidur meniarap dan telentang,buat aksi anjing dan lain-lain.Kehilangannya amat kami rasai.Mungkin ada hikmah disebaliknya,sebab koko telah menderita kencing berdarah lebih kurang 2 bulan tapi tak berkesempatan nak bawa ke klinik haiwan.Ampunilah dosa kami kerana agak mengabaikan koko .

7 ulasan:

  1. sedih bila "pet" kita mati kan..tak pe lah..sekurang2nya koko dah tak menanggung siksa..cepat sembuh ya Kak Sue...

    BalasPadam
  2. irfan mesti sedih...tak apalah..cari yang lain sebagai ganti!

    BalasPadam
  3. Tchersally
    -memang sedih.hu...hu.

    CM.
    -Tuan kucing tu berlinangan air mata.tak habis-habis dok terkenang-kenangkan koko.

    BalasPadam
  4. oowh demam ke untie? bagusla dh pergi klinik..
    nanti rest la banyak2..dan jangan lupa makan ubat tu ikut jadual.

    ermm nnt sure sunyi sebab dah takde kucing..

    BalasPadam
  5. Shino-
    Bab-bab makan ubat ni yang lemah sikit ni.
    Ade lagi 3 anak kucing tapi tak sama dengan gelagat koko.

    BalasPadam
  6. tak nak makan ubat takpe. datang la klinik nanti saya inject.

    BalasPadam
  7. Dr.Azlina ni tau inject je.. hehe
    kalau inject kasi free ok gakk
    hehe melawak je. :D

    BalasPadam