Selasa, 21 April 2009

Panasnya cuaca.

Apa kata anda jika para guru berpayung untuk ke kelas?.Adakah anda akan gelarkan mereka puteri lilin,mak puteri lilin atau putera lilin.Apa-apa sajalah gelaran yang akan anda berikan,itu tidak akan menjadikan soalnya.yang penting aku telah berpayung untuk ke kelas di blok tingkatan satu.

Pada mulanya agak malu jugak pada pengawal di pondok jaga,tapi pedulikan.Cuaca terlalu panas.Tak tahan rasanya.Daripada biarkan demam dan sakit kepala berpanjangan baik berjaga-jaga.Nak bawak pelajar-pelajar ke library tak sesuai pulak rasanya,lagipun tak mahu ambil kesempatan tak tentu pasal.

Rasanya baik kita mengamalkan meminum air banyak-banyak lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang sebegini panas.Tapi perkara ini tak pulak menjadi amalan.nasib baik anak-anak suka minum air kosong.sebenarnya meminum air putih/air masak/air jarang/air kosong baik untuk kesihatan.Untuk kulit juga,tetapi seramai mana antara kita yang dapat minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Bermula hari ini jom kita ramai-ramai amalkan meminum air kosong.

6 ulasan:

  1. heh,
    global warming..
    air masak baik tuk kesihatan..
    tp kat sini sejuk..
    siap berbungkus ag..

    BalasPadam
  2. mari..mari..minum air suam..erk!!kenyang air dah ni K.Sue..

    BalasPadam
  3. TsUjUn
    Seronoknya.Jangan lupa bangun dahlah ya!

    BalasPadam
  4. tchersally
    kenyang minum air tak apa.Jangan kenyang sedut angin macam HM kata masa taklimat tadi dahlah .

    BalasPadam
  5. Teringat lak dialog dalam cite Nujum Pak Belalang:

    "Kenapakah tuan hamba berpayung ditengah hutan begini?"

    hehehe :P

    BalasPadam