Isnin, 13 April 2009

Malang tidak berbau.

Jam 2.45 petang mendapat berita yang menyedihkan Anak Puan Yati yang membantu di rumah kelmarin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jeli.Hakimi sempat ambil gambar ketika dia melalui kawasan tersebut dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang.

Baru petang kelmarin berjumpa dengan arwah semasa menghantar Ti di rumahnya.Itulah yang dikatakan ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Allah.Dia perancang segala-galanya.

Jam 8.o0 malam jenazah sampai.Tengkoknya patah dan darah tidak berhenti walaupun masa kejadian sudah lama.Tak sanggup rasanya untuk melihat keadaan Ti yang pengsan berkali-kali.

Apa-apapun semoga Ti tabah dan roh arwah di tempat para solihin.Amin.

5 ulasan: