Ahad, 22 Mac 2009

kolesterol

Hari pertama sekolah setelah bercuti selama seminggu.
Pagi-pagi lagi dah ke kantin.Tengok ada nasi.aku memang tak biasa makan nasi pagi-pagi hari,lantas makan ajelah benda lain.tapi...bila masuk ke kelas 3 jujur pukul 8.25 pagi tak semena-mena perut memulas.3 kali aku terpaksa berulang-alik ke tandas .eee malunya kepada cikgu-cikgu sebelah.asyik lintas kelas dia je..cikgu ponteng ke???
Hari ini perbincangan hebat di kantin jam 12 tengah hari.( aku terpaksa pergi sekali lagi ke kantin sebab tadi sombong sangat dengan nasi)Perkongsian ilmu bersama-sama dengan cikgu Hasnah,Wan Hasiah dan Koriah (Semuanya cikgu sains) sertaHaizan(cikgu PA).Kami bercakap tentang kolestrol.Kata Wan Hasiah kita tak esok minum susu pekat manis,sebab susu tu hanya minyak sawit.elok minum susu tepung,koriah pulak kata tak sedap,Hasnah kata baru-baru ni dia beli satu peti susu pekat manis( tu dia.... banyaknya.anak ramai ke.)Aku pulak kata hanya minum susu tepung ketika dalam pantang.Haizan no komen.
Lepas tu macam-macamlah kami bincang pasal kolesterol.Akupun gunalah ilmu aku masa mengajar bab pemakanan semasa ajar KHB elektif ekonomi rumah tangga.Bla..Bla...termasuklah bab pisang.Haizan kata baru ni dia beli pisang jenis montel.Aku rasa nak ketawa jugak sebab pisang montel yang aku beli taklah montel sangat.Tak macam pisang montel yang diekspot ke Arab Saudi.Aku kata pisang good untuk wanita sebab banyak potesium.Dapat menyembuh luka-luka dan bina sel baru.Ye ke.. ( betul,....)sebab aku baca satu artikel.Dulu apabila bomoh patah suruh makan pisang,hati aku berkata ini karut sebab orang tua-tua kata takut bentan sebab pisang tu sejuk.Rupa-rupanya bomoh patah bijak jugak kaitkan ilmu pebomohan dengan ilmu sains.
Perbincangan tak terhenti di situ.W.Hasiah nasihatkan guna minyak masak sekali sahaja,lepas tu buang.Aku kata sebab tulah tak elok makan pisang goreng sebab tukang jual pisang goreng tu guna minyak yang dah hampir warna hitam.Kita boikot pisang goreng macam tu tapi goreng pisang tak apa (Hukum DM)
Tapi yang aku nak ketawanya bila balik ke rumah,bukalah blog sinro hari ini,dia tulis pasal pisang...Aik.....kebetulan.Apa hal..
Terima kasih kawan-kawan kerana perkongsian ilmu.

3 ulasan:

  1. Seafood paling banyak kolestrol.
    Jadi kurangkan memakan seafood.
    BTW, ada masalah makan nasik pagi ye? :)

    errr..pisang baik untuk wanita?
    never heard bout it.. ngehehe

    BalasPadam
  2. shino.Makan nasi waktu pagi bagi sesetengah orang menyebabkan mengantuk.
    aa.betul pisang baik untuk ladies.
    oleh itu tanamlah pokok pisang.

    BalasPadam
  3. err..Sally suka mkn pisang..pisang montel paling best..tp tak tanam d rumah..tanam d KB Mall..kekekeke

    BalasPadam