Sabtu, 3 April 2010

Acara menghantar

Bukan menghantar menantu tapi hantar dia yang mula berkhidmat di Pos Dayabumi.
Kami sekeluarga turut serta dalam rombongan tersebut dengan dua buah kereta sebab dia terpaksa gunakan kereta untuk ke stesyen komuter.Nak bawa ke Dayabumi jangan haraplah sebab terlalu sibuk!.

Di Kota Bharupun masih tak berapa kenal jalan,inikan pulak di KL.Apapun muga dia selamat walaupun hari pertama iaitu pada 1 April telah diuji dengan kejadian sesat hingga ke highway.Susah hati sungguh masa tuh.Rasa macam nak pengsan.

Nasib baik ada MR.MUHAMMAD FAKHRUL HAQIMI.Dialah yang jadi ketua pasukan penyelamat.Kebetulan pulak dia yang cukup.....umur yang ke 2...pada hari itu. Mama harap dapat simpan duit kalau nak kawin cepat.Kalau tak sapa yang nak.kalau poket sentiasa kempis.Takkan nak minta dengan bank.Ho....ho bersedia 2 tahun dari sekarang.

Jumaat, 2 April 2010

suatu janji yang pasti

Suatu janji Allah yang pasti dan tak akan awal atau terlewat walaupun sesaat!!

Kematian demi kematian kami sekeluarga hadapi pada tahun2010.Bermula dengan ibu saudara sulung sebelah suami dan diikuti oleh saudaranya yang kedua selang 28 hari.

Dan pada 29hb Mac kami menghadapi satu lagi kehilangan yang agak trajis.Anak saudara kami Siti NurHidayah telah kembali mengahadap Ilahi tepat jam 2.15 petang setelah berada di ICU selama 4 hari akibat SLE.

AL-Fatihah buat semua yang telah dijemput kembali oleh Allah.

Isnin, 1 Mac 2010

Tahniah

Nak ucap tahniah pada banyak pihak.

Pertama kepada Encik Mohd Saiful Ridhwan dari Jabatan Perikanan Kelantan dan pasangannya yang akan diakad nikahkan pada 13.3.2010 nanti.Semuga berbahgia hingga ke akhir hayat.

Kedua buat ahli pasukan rumah mahmud yang berjaya menjadi juara dalam kejohanan sukan SIC tempoh hari.Rumah Mahyidden menang baju gurulah agaknya.Tak cukup baju kurung,kami pakai pulak t-shirt.Apa-apapun...................................... tiada kata secantik bahasa.

Selasa, 16 Februari 2010

Bulan ulang tahun

Hari ini genaplah umur fifi(Afifahtul Akmal) 21 tahun.Dah 21 tahun rupanya anak dara kami tu.Rasanya baru semalam dia jadi baby.Cepatnya masa berlalu.

Selamat hari ulang tahun.Semuga menjadi anak yang solehah.
Buat anjakan paradikma dari segi pemikiran,pakaian dan tingkah laku,agar segala gerak geri kita dipandang elok pada pandangan orang lain.

Khamis, 4 Februari 2010

u spoil my mood~

Apa ni???

Apa-apa ajalah.

Jangan memandang sesuatu itu dari satu aspek saja.
Think positif.
Jangan mudah terasa.
semua tulisan untuk tatapan umum.
Tak ada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup apatah lagi yang telah tiada.
Bukan gelanggang politik.
Bukan jugak tempat mencari pengaruh.
Setuju tak????????
Lama tak jenggah blog sic,anak-anak(termasuk anak-anak buah)
Cuma kadang-kala dengar dari orang yang baca saja.

Samake?
Baca blog ilmiah elok jugakkan.

Wabakke?

Bermula 31 Januari hingga 4 februari my geng and I bertugas mingguan.Entah rezeki kami ke apa,ramai pulak pelajar yang jatuh sakit.

Hari ini sahaja seramai 22 orang pelajar terpaksa dibawa ke hospital.Naik bas sekolah!!!!.
Nasib baiklah ada bas sendiri dan yang tak sedapnya ada seorang pelajar kami positif.........
ala...yang ditakuti tu...jadi pelajar tersebut kena kurantin di rumah.

Nak heboh-heboh takut pulak jadi jom heboh.nanti tak pasal-pasal program hari keusahawanan
tak meriah pulak.jadi shh...........

Dah janji dengan Cikgu Napi kita dok senyap-senyap dulu.
Dalam dok bawak pelajar tu,bukan ikut sekali dalam bas tapi follow dengan kereta Napi, sempat pulak gi ke Klinik Wakaf Siku 7 sebab cikgu yang bertugas dan anak yang kerja kat pejabat ikan tu demam jugak.

Kiranya sambil menyelam sambil minum airlah.Tapi tak sempat dia nak belanja makan sebab tinggalkan pejabat.takut ikan terlepas pulak.

Isnin, 1 Februari 2010

kata-kata hikmat

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya,lebih banyak pula ia berkata-kata.Dan apabila sempurna akal kurang perkataan.-Saidina Ali Abi Talib


Hayatilah dan renungilah kata-kata di atas dan bagi yang suka bergosip- gosip ,sedarlah bahawa bergosip itu lebih hampir kepada mengumpat.

Dan menjadi kesukaan bagi sesetengah orang berhilai tawa sesama mereka sedangkan ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu apa-apa cerita,hanya senyum sekadar menceriakan suasana dan berpura-pura menjadi sebahagian daripada mereka sedangkan pada hakikatnya jiwanya meronta sebab tak masuk gu .

Tak apalah .....kita dan keluarga kita.Hanya Allah yang tahu segalanya.