Khamis, 30 April 2009

Kerja udah beres

Mou dengan LPM dah tamat jam 12.00 tengah hari tadi.Aduh penatnya,dok fikir nak drive balik ke KB.Seronoknya jika pejam mata dan apabila kita buka balik kita dah sampai di rumah.

Jam 12,.30 KPB Terengganu Cikgu Haron ajak makan nasi kukus di Jalan Kamaruddin.Kenalah pergi jugak walaupun agak keletihan.Kalau tak pergi tak sedap hati jugak sebab kena bawa seorang urusetia dari LPM.Terima kasih cikgu Harong kerana belanje kami semua makang.Kalaulah LPM buat mitim di Kelantan bulan 7 nanti ke mana ya nak bawa mereka.Kena bawa mereka make nasi kerabulah nampaknya.

Perjalanan pulang bersama-sama Cikgu Haslina dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan.Taklah boring sangat.singgah di Kampung Raja,ada orang nak ikut sekali.Siapa lagi kalau tak budak tembam tu Irham.

Jam 6.00 petang selamat sampai di rumah.Alhamdulillah.Lega.Aduh mengantuknya.Esok tak masak apa-apalah jawabnya untuk ke Perdana Resort.Tak sempat.Kita masak di kedai ajelah ya.

Selasa, 28 April 2009

Tugas untuk hari ini berakhir jam 1.00 petang.Slot petang ini free,bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bengkel nak ke mana-mana.Kata mereka nak ke Syurga tudung dan ke pasar Payang.Kita tengoklah nanti apa yang mereka beli.

Kami para fasipun tak ketinggalan nak pergi jalan-jalan cari barang.Peserta Terengganu tanya puan tahu ke jalan nak ke Syurga Tudung di Pengadang Baru tu.Kah..kah mereka tak tahu bahawa aku pernah tinggal di Kuala Terengganu selama 10 tahun.Tak boleh nak kelentonglah tempat-tempatnya.InsyaAllah masih kenal tempat-tempat tersebut.

Tulis N3 ni sambil tunggu fasi yang 2 orang lagi tu.Janji pukul 2.00 nak turun tapi tak turun-turun lagi.ke dah lentok ni.

Mula bertugas

Bermula jam 8.30 Malam 27 April tugaspun sedia menanti hingga jam 10.30 malam Mengantuknya tak terkata.

Hari ini slot bermula jam 8.00 pagi hinggalah jam 4.00 petang.Jam 5.00 sempat lagi ikut rombongan Cikgu Haron munsyi DPB ke ICT(Ikan Celup Tepung) di Kampung Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sesi sebelah malam bermula jam 8.30.Perut rasa sebu penangan air kelapa muda hampir satu biji.Itulah nak tujuk terror minum air kelapa.Sudahnya.......

Apapun sempat lagi buat N3.Gian lama tak menulis.Akan balik ke KB hari Khamis.Pagi Jumaat
sempat ke nak ke Family Day SIC.Aduh penatnya......

Perjalanan ke Kuala Terengganu

Jam 8.40 bertolak dari Kota Bharu Ke Kuala Terengganu.Sampai di Besut jam 10 pagi.Masih sempat singgah di rumah adik di Kampung Raja.Cit cat banyak-banyak patah perkataan.Jam 12.40 bertolak ke Permai Inn Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan singgah di Pantai Penarik,makan ikan celup tepung.Bayangkan seorang diri.pelik rasanya.Tapi tak apa.Alah bisa tegal biasa.

Jam 2.30 selamat sampai.Rupa-rupanya aku antara orang yang terawal check in.Tak apalah .Lebih baik awal daripada lewat.Masuk bilik .Terus ter.....

Ahad, 26 April 2009

saja-saja hilangkan tention

Kelas 3 jujur kerugian lagi hari ni angkara perhimpunan yang panjang sangat.Tak apalah,tak risau sangat dengan kelas ni.Mereka cepat tangkap dan buat apa yang kita kehendaki.Bermuala esok 27/4 hingga 30/4 terpaksa tinggalkan sekolah kerana bertugas dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mengingatkan tugas yang akan dipikul bermula esok,barulah rasa kelam-kabut.Maklumlah tak berkemas apa-apa lagi.Hari nipun balik 6 petang.Wah ..... dan lagi Ke Herba line di KB Mall.Buat Facial.Tengok kad rupanya dah hampir 2 bulan tak memanjakan diri di situ.Tak apalah jimat sikit duit.Dapatlah gi makan angin pulak.Dengar khabar 24 ogos nanti ada trip ke Ho Chi Minh.Ye ke?Jom kita pakat gi ramai-ramai.

Buat N3 ni bukan apa.Saja nak hilangkan tention nak memandu sorang diri esok pagi ke Kuala Terengganu.Antara benda-benda yang akan di bawa;
1.Kekacang
2.Air mineral
3.Gula-gula
4.CD.......
Bukan apa,semua tu untuk menghilangkan mengantuk drive sorang diri.Nak berhenti tepi jalan
pun takut jugak. Aduhai LPM kenapalah tak buat di Langkawi ke.KL ke.Dapatlah gi ngan flight.
Tak apalah....

Apabila nak ke KT esok ingat kenangan lama semasa mengajar di SM Padang Midin 1981-1990.
Rindu pulak kepada rakan-rakan lama,jiran-jiran dan pengasuh anak-anak.Kami pernah tinggal di Kampung Seberang Baroh,Kampung Tok Kaya,Kuarters Pos Malaysia Kuala Terengganu dan akhir sekali kami beli rumah di Taman Riny Padang Midin tahun 1989.
Semasa tinggal di kuarters Pos,anak baru sorang.Bilik ada lima.Takut tak terkata,lagipun kuarters tu bersebelahan dengan Bukit Puteri,berhampiran Pasar Payang.Tapi kami seronok tinggal di situ.Walaupun untuk sampai ke rumah kami tu terpaksa panjat 66 anak tangga dan kami hanya ada seorang jiran sahaja.

Nantilah apabila ada kelapangan nak jugak pergi ziarah teman-teman lama dan saudara mara sebelah mak mentua di Losong Panglima Perang(Kampung Cikgu Maizomlah tu)

Sudah-sudahlah tu..pergi berkemas.tidur awal-awal sikit.Besok jam 8 ke 9 ke bertolak ke KT.Tak apa check in kul 2.Sempat lagi singgah Kg Raja.Borak-borak sepatah dua kata.

Sabtu, 25 April 2009

Piala FA

Wah hebat,hebat.pertarungan akhir antara selangor bertemu kelate.

Balik dari Ketereh jam 6.45 petang.Dalam kereta timbul perbualan tentang piala ni.Papa mulakan dulu.

Kata papa;Papa rasa kalau ramai-ramai ni tentu ada kemalangan.macam selalu.
kata mama;Minta-minta tak adalah.Takut.
kata papa;Biasanya macam tulah.Yang pergi tu muda-muda.berlumba-lumbalah nak sampai.

Aku ubah topik.Malam ni agak-agak sapa yang menang.

Papa kata;Kelantan 2-1 (confident semacam )
Mama kata;Ya ke?papa sokong pasukan mana.
Papa kata;Sure kelantan.
mama tanya;Adik sokong mana?( Rujuk kepada Irfan)
Irfan :Dengan penuh keyakinan.Kelantan
Mama;Mama sokong Selangor (Saja nak wujudkan kontroversi.Sebenarnya tak minatpun bola)
Irfan sepatutnya sokong Selangor sebab Irfan rakyat Selangor.
Irfan :Takut nak sokong selangor,takut tak ada geng.
Mama;Pelek! gitu pulak rupanya.

Apa-apa ajelah ya.Tunggulah keputusannya nanti.Apa yang pasti bola itu bulat,dan aku tentunya tak tengokpun bola malam ni.Nak tengok A...

Jumaat, 24 April 2009

Jumaat pagi-balik ke kampungBeris Baru dan Kampung Raja.Sebenarnya balik ke kedua-dua tempat ni ada sebabnya.Ke Kg Beris Baru kerana melawat mentua yang agak uzur dan juga menziarahi ibu saudara sebelah suami yang kena strook sejak Maulidur Rasul tempoh hari.umur mak long dah 96 tahun.Matanya masih terang dan pendengarannya masih jelas.Dia merupakan kakak sulung kepada bapa mentuaku.Ketika kami melawatnya jam 4 petang tanpa kami ketahui ada rombongan untuk menetapkan hari untuk kenduri cicitnya.Malu juga kami.Sebab kami datang tanpa diundang,jika kami tahu ada majlis tentu sekali kami akan tangguhkan dulu hajat kami untuk ziarahi mak long.Apapun dapatlah kami merasa ketupat sotong dan laksa.Sedap ketupat sotong yangdibuat oleh menantu Mak Long.!

Pukul 5.30 aku ziarahi pulak ibu saudara di Hospital Jerteh.Dah 8 hari dia dimasukkan ke wad kerana demam tetapi baru hari ini aku sempat menziarahinya.pendek kata hari Jumaat minggu ini aku dapat melangsaikan hutang-piutang untuk ziarah-menziarahi.

Pukul 7.30 dah sampai semula ke KB,dan 8.30 sempatlah ke KB Mall untuk melihat persembahan pelajar-pelajar SIC di sana.Not Bad.Terhiburlah jugak.Hasrul boleh pergi jauh dalam bidang ini.Persembahannya bersahaja.Janji dengan Irfan tertunai sudah.Lain kali jangan berjanji dengan dia.Kalau tak,dia asyik dok tanya hal yang sama.