Isnin, 31 Januari 2011

Masihkah kau ingat

Seronoknya dapat meluangkan masa ke sekolah lama.

masih ada kawan lama,kerusi meja yang lama,susunan perabot yang masih sama dan keakraban yang tak boleh ditukar ganti.

Dalam nada getar suara rindu,masing-masing sibuk menyapa.Terasa seolah- olah baru semalam tahun 2007.

Masih ada lagi pelajar-pelajar yang ditinggalkan.Jika 2007 mereka di tingkatan satu bermakna kini mereka di tingkatan lima.

Kenangan mengusik jiwa.

Selama 11 tahun menyeberangi Jambatan Sultan Yahya yang kini begitu sesak! dan disesakkan lagi oleh pengguna-pengguna yang merasakan hanya mereka saja yang bayar road-tax.

Masih di situ lagi Datin Siti,UstazahAzlini,Kak Zah,kak Nab, Cikgu Marzuki dan lain-lain yang
begitu senang bekerjasama,boleh give and take.Boleh berlebih kurang.Amat terasa kehadiran mereka.

Andai masih ada sisa perjuangan,mahu rasanya kembali semula ke daerah yang sama.tapi apakan daya jarak yang hanya 10 km terasa seolah-olah 100km dek kerana kesesakan jalan raya dan ketidaksabaran manusia.

Apalah daya kita,
hanya pengguna jalan yang biasa.
Yang memandu kereta biasa dan yang akur dengan tata cara,
cuma yang luar biasa!!!!!!!!
kerana ingin mendidik anak bangsa agar menjadi bangsa yang merdeka jiwa dan raga.

Jumaat, 30 Julai 2010

kesunyian di tengah ramai

Antara bait dalam sajak bila berjauhan ,sajak tingkatan 3 yang mempunyai unsur bahasa paradoks.Hal inilah yang berlaku pada diriku semenjak dua menjak ini.

Di tengah keriuhan orang membeli dan terus belah di KL,aku hanya memandang dengan jiwa yang kosong.Dalam hal ini aku amat berterima kasih kepada HM yang begitu memahami dan meluluskan CRK selama 2 hai untuk menemani anak di KL.

Dalam keadaan yang sarat dengan air mata ini,sedapnya kalau kita duduk di rumah,tak payah kerja dan melakukan apa-apa sahaja perkara yang kita sukai.Dan sebenarnya bukan semua orang akan memahami diri kita walaupun pasangan kita sendiri.Sebab itulah kata para pengkaji otak,otak wanita akan ingat semua yang detail manakala otak lelaki hanya ingat perkara yang asas sahaja.Sebab tulah rupanya ada suami yang dah kroh..kroh sedangkan isterinya terkebil- kebil lagi.

Bila survey dengan geng-geng kebanyakan lelaki memang begitu.......

Akhirnya

Air mata ini senang sangat untuk tumpah.Entah mengapa.Pantang teringat saja,berderai gugurnya.
mengapakah dugaan ini terpaksa ditempuhi.Wahai anak janganlah ada lagi kekeliruan dalam hidup.

Kita jangan selalu memandang ke langit tetapi kadang-kadang lihatlah rumput di bumi.Barulah kita
rasa apa yang kita dapat kita bersyukur sangat.....

Satu lagi jangan terlalu menyerah kepada keadaan.Alam pekerjaan memang begitu.Jika kita cepat mengalah
kita kehilangan banyak benda yang kita tak nampak..

Mama belajar untuk menerima,tapi dok asyik sedih .Cuba sungguh-sungguh...mungkin rezeki tak lama di Pos Malaysia.Mudah-mudahan dapat KPLI lah pulak.Tolonglah pakat doakan.

Ahad, 9 Mei 2010

Lama betul tak menjengah mana-mana blog.Bukan apa,tahap kemalasan amat menguasai diri.
eee tak tahulah.......banyak sangat benda yang harus diselesaikan.

Akhirnya untuk relex minda turun ke KL.Di samping jenguk anak dapatlah buat bisnes sikit-sikit.Hobi.......

Sejak akhir ni banyak program sekolah kluster dibuat.pelajar terlibat silih berganti.Tahniahlah buat mereka yang terlibat.

Esok jadi bidan terjun pulak bagi program skor A.Tak apalah tiada rotan akarpun berguna.Bilalah agaknya program kluster untuk subjek Bahasa melayu nak dibuat.Nak juga rasa faedah program kluster.Bawak ke mana-mana resort.hai.....dengkilah tu.......Tak adalah.Saja.....
nak cabar minda sendiri.

Sabtu, 3 April 2010

Acara menghantar

Bukan menghantar menantu tapi hantar dia yang mula berkhidmat di Pos Dayabumi.
Kami sekeluarga turut serta dalam rombongan tersebut dengan dua buah kereta sebab dia terpaksa gunakan kereta untuk ke stesyen komuter.Nak bawa ke Dayabumi jangan haraplah sebab terlalu sibuk!.

Di Kota Bharupun masih tak berapa kenal jalan,inikan pulak di KL.Apapun muga dia selamat walaupun hari pertama iaitu pada 1 April telah diuji dengan kejadian sesat hingga ke highway.Susah hati sungguh masa tuh.Rasa macam nak pengsan.

Nasib baik ada MR.MUHAMMAD FAKHRUL HAQIMI.Dialah yang jadi ketua pasukan penyelamat.Kebetulan pulak dia yang cukup.....umur yang ke 2...pada hari itu. Mama harap dapat simpan duit kalau nak kawin cepat.Kalau tak sapa yang nak.kalau poket sentiasa kempis.Takkan nak minta dengan bank.Ho....ho bersedia 2 tahun dari sekarang.

Jumaat, 2 April 2010

suatu janji yang pasti

Suatu janji Allah yang pasti dan tak akan awal atau terlewat walaupun sesaat!!

Kematian demi kematian kami sekeluarga hadapi pada tahun2010.Bermula dengan ibu saudara sulung sebelah suami dan diikuti oleh saudaranya yang kedua selang 28 hari.

Dan pada 29hb Mac kami menghadapi satu lagi kehilangan yang agak trajis.Anak saudara kami Siti NurHidayah telah kembali mengahadap Ilahi tepat jam 2.15 petang setelah berada di ICU selama 4 hari akibat SLE.

AL-Fatihah buat semua yang telah dijemput kembali oleh Allah.

Isnin, 1 Mac 2010

Tahniah

Nak ucap tahniah pada banyak pihak.

Pertama kepada Encik Mohd Saiful Ridhwan dari Jabatan Perikanan Kelantan dan pasangannya yang akan diakad nikahkan pada 13.3.2010 nanti.Semuga berbahgia hingga ke akhir hayat.

Kedua buat ahli pasukan rumah mahmud yang berjaya menjadi juara dalam kejohanan sukan SIC tempoh hari.Rumah Mahyidden menang baju gurulah agaknya.Tak cukup baju kurung,kami pakai pulak t-shirt.Apa-apapun...................................... tiada kata secantik bahasa.