Ahad, 12 April 2009

Tertunai sudah sebuah janji

Alhamdulillah majlis yang dirancang sudah selesai.cuaca pada hari kelmarin sungguh baik dan ini mengizinkan para jemputan datang seawal jam 12tengahari.Kepada yang sudi hadir jazakallah hukhairan kasira diucapkan.

suspen!suspen!...staf pos Malaysia keliru,siap naik atas rumah lagi.Nak tengok.......ingatkan ada majlis apa-apa.Ya Allah sampai begitu sekali.Akhirnya secara nakal mereka mengucapkan selamat pengantin baru kepada kami berdua.Lucu tetapi benar.Tipah tertipu.Walhal dah diberitahu awal-awal majlis ni kenduri arwah.Sebelah malam kami mengadakan majlis tahlil.menunya sup gear box.Tapi tuan rumah tak sempat merasa.Tak apalah janji tetamu selamat menjamu selera.

Penat betul.pagi tadi terus ke sekolah.Ada majlis pelantikan pengawas PSS pulak.Ingatkan nak minta balik lepas tu,tapi tak tergamak.Rumah tak berkemas lagi....Semasa pulang dari sekolah jam 2.15 jempun kawan Pn Yati Mat Daud untuk tolong mengemas rumah.Puas hati.Ruang dapur tak dimop tetapi dibasuh terus macam baru naik rumah.Peti sejuk turut menjadi mangsa.
Tak pernah tengok peti sejuk mandi.TI..TI..rajin sungguh.Thank u Ti.Lain kali datanglah lagi ya!kita mandikan dapur pulak.Lepas tu kita sama-sama mandi.

Malamnya hantar puteri sulung ke airport.Kenapalah dua tiga ari ni flight asyik delay aje.Kena beli flight sendiri nampaknya.

Pukul 1.05 puteriku sms .Dia dah selamat sampai.Apa lagi N3 ni pun sampailah ke penghujungnya.tik !!tutup lampu.

Jumaat, 10 April 2009

Kenduri kesyukuran/kenduri arwah

Apabila kertas(bukan kad,cuma sekadar kertas biasa yang menunjukkan jalan ke rumah)dihulurkan banyak benar pertanyaan yang harus dijawab;

1.Majlis pertunangan ke?.
2.Majlis bawak balik menantu ke?
3.Anak kahwin ke?

Sebetulnya ramai sabahat handai yang suspen nak tahu majlis ni sempena apa.Sempena apa ya?.Nak dibiarkan rahsiake?.tak payah.Jawapannya ialah.....
Memenuhi janji kepada staf Pos Malysia dan juga mengotakan niat di hati.Kerana suami dapat bertukar semula ke Kota Bharu pada 15 Februari 2009 setelah bertukar ke KL hampir 12 bulan

Tabiat manusia!kata pulak ,pakai kabel besar agaknya dapat balik semula ke KB tak sampai satu tahun.SEBENARNYA semuanya itu adalah rezeki dan berkat kesabaran papa anak-anak yang berulang seminggu sekali dari KL ke KB.

Kepada yang mendoakan kami kenduri kahwin tu,terima kasih mudah-mudahan
doa itu diperkenankan oleh Allah

Apapun sudi-sudikanlah datang ke rumah kami esok ya.Menunya simple aja.





Rabu, 8 April 2009

Apakah yang dicari dalam kehidupan ini.

Sesekali aku bangga jugak!!!.kenapa ya??.Sh.....

Anda pernah mendengar tentang perunding perkahwinankan.
Pun anda juga pernah dengar kaunselor perkahwinan.
Tapi jarang orang tidak ada sijil dalam bidang tersebut dipanggil untuk mengkaunselor orang.
Ini yang buat aku bangga ni.Tapi bukan bangga tak tentu pasal ok.

Dah lama aku tinggalkan jawatan tak rasmi ni.Masa di sekolah lama, akulah tempatnya adik-adik dan kakak-kakak sejabatan melentokkan kepala ,menghadap muka,mencurah rasa.Akulah tempatnya mereka mencurah rahsia,mencari ketenangan akibat gelodah di jiwa.
Aku sedia mendengarnya dan menyimpan kemas-kemas segala rahsia.( Ketika ini aku amat rindu akan saat-saat bersama mereka,hope mereka datang ke rumah pada 11.4.2009 nanti)

Setelah mendengar segalanya,akupun memainkan peranan,memberi nasihat,cadangan dan buah fikiran.
Aku akan rasa begitu lega,jika apa yang aku cadangkan diambil sebagai cara mengatasi segala pemasalahan dan masalah itu berjaya diselesaikan.

Ketika ini aku sedang tolong memberi jalan kepada satu problem yang agak kronik dalam ahli keluarga sendiri.(ipar-duai)Sebenarnya dalam kehidupan, masalah yang sedikit haruslah diselesaikan sebelum menjadi haru-biru,kuning hijau dan lain-lain colour.Cari orang yang boleh jadi orang tengah.yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Aku tertanya-tanya.....Dalam kehidupan apakah yang kita,dia dan mereka cari?????

Dalam kehidupanku,aku simple.Yangku cari keredhaan Ilahi.Keluarga yang bahgia dan anak-anak yang membahgiakan ibu bapa.

Cuma satu pesanan untuk diriku sendiri dan rakan-rakan.Jadilah seorang sahabat yang boleh dipercayai,yang boleh menyimpan rahsia dan tak menjadi batu api kerana oarang yang suka mengadu-domba adalah antara golongan yang tidak terlepas daripada siksa kubur.

Selasa, 7 April 2009

Taklimat mingguan-banyak perkara disebutkan oleh HM,tapi yang paling diminati agak-agaknyalah tentang Hm nak bawa cikgu-cikgu ke Bangkok tahun depan.Seronok nampaknya tuan pengetua apabila berbicara tentang lawatan!! Kalaulah diberi pilihan aku tak mahu ke Bangkok tapi inginnnn sekali ke Ho Chi Minh.Jom kita buat trip sendiri.Siapa nak join silakan.......

Tapi...yang tak bestnya hari sabtu ni sekolah.hu..hu.Kena ambil crklah ni.

Kelas tambahan jam 3.00 -4.00 petang.Beres!!!

Jam 4.30 sampai di rumah.Alamak!!! air dalam kolam ikan hampir kering.Apa hal.Ingatkan nak terus berehat.Kenalah pulak tunggu tepi kolam ikan tu.isikan air.Kesian ikan-ikan bawal,kap dan talapia,terpaksa mengiring untuk berenang.

Cuba kita bayangkan apa akan terjadi kepada kita sekiranya keputusan air buat beberapa hari.Server internet tak clearpun kita dah gelisah semacam.Inikan pula jika tiada air.Oleh itu jimatkan penggunaan air.

Petuanya:Tadahkan air hujan ke dalam tempayan naga.kemudian ambil buat basuh kereta dan lain-lain.Untuk kegunaan peribadi tambahkan beberapa kuntuman bunga yang wanggi ke dalamnya.Ambillah seberapa banyak yang anda suka untuk dibuat mandi.Badan akan berbau harum,dan silap-silap hari bulan ada orang yang akan datang meminang nanti..he..he..selamat mencuba

Isnin, 6 April 2009

corat-coret sekitar kehidupan

Setelah dua tiga hari tak jumpa budak-budak tu kerana tak ada kelas mereka,maka masuklah aku dengan semangat yang berkobar-kobar.Beri salam.

Hanya separuh pelajar yang jawab.Yang lain ada yang dah tidur walaupun hari masih terlalu pagi(pukul 7.40).Aku hairan.Dalam hati sabar,sabar.

Kelas dimulakan.Hari ni topik langkah mengatasi kebanjiran pendatang tanpa izin ke Malaysia.Bla....bla.....bla...Ada yang tak beri tumpuan.Sabar.....

suruh ketua tingkatan pergi ambil buku yang telah siap disemak.Hati aku mula rasa tak senang sebab dah seminggu aku pendam rasa marahku kerana banyak kerja-kerja yang mereka tak bereskan.

Aku panggil nama mereka seorang demi seorang.Sebut kesalahan mereka.sabar lagi.Tapi....sabar itu ada hadnya.Debuk,debuk tanpa berfikir panjang tanganku telah hinggap ke belakang salah seorang dari mereka.( wajarkah seorang pelajar masih lagi berbual-bual/nyeye
ketika guru membetulkan kesalahan mereka) kalau tindakanku ini salah rasanya akulah orang pertama di sekolah ini akan kena tindakan.Hantar pelajar tu kepada Guru Disiplin.Cikgu Hanafiah.Tanya Cikgu Hanapiah,ada tak student tu pergi jumpa dia.Tak ada.Tungguuuu.
Akan adalah tindakan susulan.Dah tak boleh sabar dah dengan student yang sorangnya.(kalau sebut nama seantaro sekolah akan kenal)

Lepas itu apa...lagi siap beri warning! Plan A dan Plan B.Plan A buatlah apa awak suka,cikgu tak akan charo.Plan B siapkan kerja selewat-lewatnya jam 2.00 petang esok.Student boleh pilih nak plan A atau B atau C .Apa-apa saja.Demokrasi
(tapi lepas tu aku cool aje.sempat lagi bergurau dengan student yang lain)

kalau beginilah gayanya tak mungkin aku akan pencen pada usia 58 tahun.Buang masa mendidik orang yang tak nak didik.(ketika itu lebih baik duduk di rumah,berulang ke masjid dan kalau ada rezeki melayan cucu mungkin!!!

Sabtu, 4 April 2009

semuanya berpasangan

Panas-menyebabkan orang berpeluh-peluh.ketika inilah kedai jual aircond laris jualannya.
manusia merunggut.nak keluar rumahpun malas. 3.00 siap lelapkan mata lagi dek kerana panas
sangat.

Hujan-Orang membebel jugak,susah nak sidai kain,susah nak ke mana-mana.Ketika ini payung pulak laris dijual.sebab orang asyik tertinggal payung bila hujan reda.

Sebenarnya sang mentari begitu setia menanti hujan berhenti untuk menunjukkan wajahnya.sebagaimana setianya Nabi Adam menunggu kekasihnya Hawa hingga bertemu di Jabal Rahmah.Dan sebagaimana setianya malam menantikan siang dan siang menantikan malam.

Natijahnya dalam kehidupan segala sesuatu saling melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain.Dan Allah jadikan sesuatu ada sebab dan musababnya.

Agak-agaknya jadi form teacher 3 Taatpun memanglah dek kerana terpilih ....but bukan memilih.he...he....

Jumaat, 3 April 2009

Letihnya....fikiran

Hujung minggu ni amat membosankan.Mana taknya server down.nak baca newspaperpun tak dapat.

Bangun pagi tadi kepala rasa semacam.rupanya migrin datang kembali.Lepas subuh sambung layan balik mata hingga pukul 2.30 petang.barulah lega sikit.Agaknya kerana hari Khamis tu kehujanan semasa nak ke kelas.

Lepas tu tak tahu apa dah yang nak dilakukan .cuaca pun tak mengizinkan untuk meeting dengan jiran-jiran.kami ni selalulah jumpa2 di penjuru pagar petang-petang hari.Bukan apa tukar-tukar idea (ia ke tu....)kadang-kadang make colek.ump .....sedapnya.

Nak balik ke kg pun rasa penat sangat.banyak lagi perkara yang belum dibereskan menjelang minggu depan.Dalam kepala ni banyak benda yang datang silih berganti.Mengapa ya!!!.itu yang menyebabkan letihnya fikiran.

Ada orang kata jgn doh bubuh apa-apa dalam kepala apabila nak lelapkan mata.betulke.Rasanya kalau macam anak-anak kecil bolehkot.Mana dia ada apa-apa dalam fikiran,yang ada cuma nak mainan .Tabiklah pada Puan Norma sempatlagi shopping heli untuk anak lelakinya.ingatkan nak balik ke Malaysia dengan heli.Rupanya naik feri jugak....Sengget bahu nampaknya dok membimbit heli.

Itulah seorang ibu.kemana pergipun anak-anak sentiasa dalam ingatan.Anak-anak.......