Khamis, 14 Mei 2009

ugut

Apa maksud ugut?

Tak tahu nak jawab secara tepat apakah maksudnya sebab tak sempat nak lihat kamus dewan,cuma jawapannya ugut boleh dalam bentuk kata-kata,simbul atau secara tanpa disedari.Itulah jawapan selamatku kepada soalan seorang pelajar semasa P& P Bahasa Melayu kelmarin.Heran juga tiba- tiba dia ke depan dan menanyaku soalan secara bertubi-tubi tentang hukuman yang patut dikenakan dan kenapa ada yang terlepas dari tindakan jika mengugut orang lain.

Aku faham apa yang bermain di fikiran pelajarku tadi yang namanya memang terkenal di sekolah.Kalau silap hari bulan kita akan terperangkap dengan jawapan kita sendiri.

Cikgu,kalau cikgu kata macam ni.awak kalau tak siapkan kerja ni jaga awak.adakah itu ugutan?
( soalnya )
Tak,kataku,itu bukan ugutan,tapi gertak aja.

Dia diam,agaknya setuju kot.

Selepas itu macam-macam soalan yang ditanya dan aku tahu semua soalan itu ada kaitannya dengan peristiwa dia sendiri sekembalinya dia dari rombongan ke KL.

Akhirnya aku kata macam ni.

...............( nama pelajar tu)kalau kita nak terlibat dengan perundangan kes kita mesti betul-betul kemas,yakin dan ada bukti yang sangat kukuh.

Selepas itu banyak lagi yang ditanya berkaitan dengan keadilan dalam hukuman.Pening aku dibuatnya,tapi sorry aku tak akan mengaku kalah.Setiap soalan mesti dijawab dengan jawapan yang boleh menyakinkan pelajar tersebut.

Masa tu dah pukul 2.45 petang.Waktu BM dah habis.Akupun kata.Cikgu ni..... Ketua Hakim Malaya,awak lawyer pelatih,dok tanya macam-macam, mana boleh!( Dia senyum )

Jika kita sorang guru,kita mesti bersedia dengan segala kemungkinan.Kitakan cikgu.....dan kita sudah jauh melangkah berbanding pelajar kita yang hanya berusia 15 tahun.

12 ulasan:

  1. bilo lah nak selesai bndo th..kato hr tuh lps mitop maaf kiro settle..mcm2 lah 'anak emas' sorey tuh...

    BalasPadam
  2. Setuju!!!..walau apa keadaan sekali pun jgn biarkan persoalan yg mereka ajukan itu tamat tanpa jwpn bernas kita! walaupun terpaksa guna talian hayat!! kekeke..

    BalasPadam
  3. m.d.f.z
    Anak emas ke dio tu.Tak tahu pulak.Kira wak bodoh dah lah.

    BalasPadam
  4. tchersally
    student ni kadang-kala saja nak test kita...

    BalasPadam
  5. yaa.. sy kenal.. ahaa..
    adoi.. budak zmn skrg~
    cheey wah~

    BalasPadam
  6. tu sbb sy bwat 'anak emas'..bg setengah2 org yg lihat bakat dio(maybe)napok dio anak emas..tp biaso la cg,stdrd org berada...setara kito,"Headboy Stupid,Cg Penasihat Stupid"...
    Allah knows...

    BalasPadam
  7. mr.mzn.
    memang pening jugak nak handle budak macam tu.Biarlah.Budak zaman sekarang.nasib baik you tak.

    M.D.F.Z

    Betul Allah Maha Mengetahui.Apa yang dikata akan terbalik kepada diri yang mengata sendiri.Sabor ajalah ya.

    BalasPadam
  8. sbut psl 'kmus dwn'... trigt plak zmn skolh2 dlu.. time blaja BM..Bm nmpk je sng..hkiktny kdg2 ssh gk nk 'score'. tk kra la PMR ke SPM.. tp tiap2 x tme xtra clss BM dlu2..sllu je kne jwb+bncg skln2 pst year..

    n part yg plg best skali..ble TATABAHASA..mcm2 die bleh soal+tny.."kdg2 pning sy dbuatnya.."(cm dlm ikln) cg ct rekiah..PMR..cg narizan/norizan(BM) tme SPM sllu bw KAMUS DEWAN s lgkh brjg2 sbb 'ktorg' sllu akn brprg ngn cg2 td sbb nk dptkn kpstian MAKNA yg tpt+sbnr mgnai ssuatu prktan tuh..hahah(trglk+trsnyum bla trkng ksh2 lm)

    BalasPadam
  9. tchersally
    Thanks.Happy Teacher's Day.Guru Pembina Negara Bangsa.

    -JuvItArs

    Barulah anda tahukan pentingnya kita berbahasa dengan betul.Satu perkataan merungkap pelbagai makna.

    BalasPadam
  10. Nak mengajar budak zaman sekarang tak sesenang ajar murid zaman dulu kan auntie? Masalah sama juga berlaku pada mama saya.

    Guru dah makin tersepit antara peranan sebagai pendidik dan tindakan undang-undang. Hakikatnya tak ada seorang pun guru dalam dunia ni yang nak tengok anak muridnya gagal... :)

    BalasPadam
  11. shino
    Betul tu.Tetapi senakal manapun pelajar, dia tetap anak didik seorang guru dan tarafnya masih tidak sama.

    Bagi guru mereka sedia memaafkan.

    BalasPadam