Tetiba aja teringat nak makan pisang kaki atau dikenali dengan nama persimmon .Hinggakan apabila ke Jusco Bukit Mertajam hari Jumaat tempoh haripun tercari-cari buah ni,tapi tak ada.Balik ke KB dapatlah beli buah ni di KB Mall.Harganya,mahal boleh tahan, RM 2.80 sebiji.Kenapalah mahal sangat.Mengingatkan khasiat buah ini yang baik untuk kurangkan masalah kardiovaskular harga tak jadi hal.
Dalam buahnya yang matang mengandungi banyak air,karbohidrat,asid organik dan tannin,selain terdapat vitamin c,provitamin A,zat besi,mangan,magnesium dan kalium.Sejumlah besar gula terutamanya glukosa dan fruktosa juga terdapat dalam buah pisang kaki,sebab itulah penghidap kencing manis tidak digalakkan memakan buah ini.
Berbalik kepada soal makan ni.Tak adake yang nak buat kenduri pulut durian.Emm sedapnya.Tapi harus diingat! SEULAS durian sama kalorinya dengan sepinggan hidangan lengkap nasi lemak iaitu yang mengandungi sambil tumis bilis,telur,kacang dan kacang tanah.
Antara percaya dengan tidakkan?
Berhati-hati dan bersederhanalah dalam pengambilan makanan kita.Restoran Arab di Jalan Yakubiah tu tak pergi lagi.Tunggu anak-anak belanja Hari Bapalah nanti.
Bird Nest Craft
4 tahun yang lalu
arabic cuiscine.. jom cekgu jom~ hehee
BalasPadamsedap tuh... bila nak bawa ke sekolah.. sama2 kita jamu
BalasPadamAuntie,
BalasPadamPisang kaki dengan pisang tanduk yang mana lg besar? Dan lagi berkhasiat.
seulas durian sama dengan sepinggan nasi lemak? kalau makan 2 biji durian apa jadi ye?
makan pun kena penyakit, tak makan pun sakit.
Mana satu nak ikut.
Mr.mzn
BalasPadamJom belanja cikgu sempena hari guru.He..he
Abiey69.
BalasPadamTaklehlah nak bawa ke sekolah.Mahal sangat.Nanti nak tanam butir dulu.Bila buah kita bawak gi sekolah.
Shino.
Pisang tanduklah lebih besar.Tanduk ngan kakikan besar tanduk.he..he(tanduk kerbaulah)
Tapi kena buat kajian kenapa pisang tanduk tak sesuai di tanam di negeri lain selain di negeri Johor.
Kalau makan dua biji durian?apa nak jadi?jadi kenyanglah.
Makan pun kena penyakit,tak makanpun sakit.baik makan,tapi makan sikitlah nanti kempunan pulak.
Suatu masa dulu auntie memang pengemar no 1 durian..emmm sedapnya.
kat Jepun pun pisang kaki dipanggil buah KAKI. Menarik kan?
BalasPadamBuah Naga elok untuk menurunkan kolestrol dalam badan. Kakak ipar ada wat research pasal ni. Dia kata lepas makan, pas tu makan buah naga, memang level kolestrol turun.
Shinrei
BalasPadamMemang menarik.
Buah naga merah ke yang putih.
Yang warna putih lebih maniskan.Dengar cerita gragon fruit yang kuningpun dah ada.
auntie..nak tanya..
BalasPadamTanduk Kerbau dengan kaki Gajah mana besar?
hehehe :D