Majlis Jasamu Dikenang bermula jam 9.45 pagi.Apabila selayang pandang ditayang barulah aku tahu rupa-rupanya mantan PK HEM orang Beris Kubur Besar.Sebenarnya kampung itu mempunyai sejarah yang tersendiri bagi keluarga sebelah ayah.ceritanya panjang......dan menjadi seolah-seolah satu sumpahan bagi keluarga ayah yang tak mahu keluarga kami mengahwini orang dari kampung tersebut.Saja-sajalah tu dan setakat ini tiada seorangpun dari keluarga kami yang berkahwin dengan orang Bachok.
Setelah majlis itu berakhir,rombongan menghantar mantan PK HEM yang akan bertugas sebagai Pengetua SMK Laloh telah diadakan Kami sampai di Laloh jam 1.30 tengah hari.Terlewat setengah jam.Kasihan cikgu dan para pelajar yang menunggu kami dalam panas terik matahari.
Kami dihidangkan dengan menu yang menyelerakan termasuklah kerabu,masak tempoyak ikan patin,gulai daging campur nangka,ayam goreng dan pencuci mulutnya puding nyonya serta buah tembikai.
Jam 5.20 petang baru sampai di pekarangan sekolah.Aduh penat betul.sampai di rumah sempat lagi melelapkan mata.
Rupa-rupanya esok mesyuarat PLBS dan bukannya hari Isnin.Nasib baik ada rakan yang betulkan harinya.Ingatkan 6Mei hari khamis.Kenapalah lupa hari ni!!
Bird Nest Craft
4 tahun yang lalu
Kawan saya ade yang duk
BalasPadamkat Bachok tu. Agak-agak
berkait juga ke? :P
shino
BalasPadameh tak adalah.cerita tu dah lama.dah tak menjadi hal bagi kami dan keluarga yang atas-atas.