Khamis, 7 Mei 2009

BERKAT KESABARAN

Hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap.Solat hajat setiap waktu selama beberapa bulan dan dalam sujud semula selepas selesai solat hajat adalah paling sesuai untuk kita berbicara dengan Allah.

Allah Maha Mendengar dan memahami.Hal ini terbukti setelah suami dapat bertukar semula ke Kota Bharu setelah 11 bulan berkhidmat di Dayabumi.kebanyakan rakan sejawat suami tak yakin yang suami dapat tukar semula ke KB.Tetapi Allah Maha Mengetahui hasrat seorang isteri dan itulah agaklah yang telah dikurniakan kepada kami.

Jika kita hasratkan sesuatu jangan lokek untuk memohon daripadaNya.Cuma jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati dalam masa yang terdekat,bukan Allah tidak perkenankan doa kita,cuma Dia memperlambatkannya untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan tahap kesabaran kita.


Marilah kita jadikan solat sunat hajat ini sebagai amalan kita di samping kita membaca surah Al Waqiah setiap malam dan Allah telah berjanji tidak akan papa orang mengamalkan surah ini,iaitu Allah akan memberi rezeki kepada kita,tak kira dalam bentuk apa sekalipun.Anak-anak yang sihat,jodoh,kerjaya dan sebagainya.

Percaya dan yakinlah dengan janji Allah.

3 ulasan:

  1. A gud reminder sis! dulu arwah papa yg selalu pesan...

    BalasPadam
  2. tchersally
    Pesanan tu memang berkesankan..

    BalasPadam
  3. pejam mata, tahan nafas, genggam tangan kuat2.
    Sabo :)

    BalasPadam