Kira-kira jam 3.30 menerima pangilan daripada Aina."cik Ngah,Chek tak sedar,"Kenapa?tanyaku,situasi masih boleh kontrol lagi.Tak tahu,tiba-tiba katanya dalam keadaan yang kelam kabut.Maklumlah usianya baru 17 tahun menjaga nenek yang berusia 70 an.Macam ni,kataku.Aina ambikkan air,sapu di muka Chek,ajarkan dia mengucap.Dia akur.Perbualan kami tamat.
Dalam pada itu aku terus bersiap,capai apa yang ada,kerah anak-anak bersiap untuk pulang ziarah chek yang kita tak tahu keadaannya.Kami balik ketika itu juga.Ketika kami tiba keadaan dah tenang,ibu mentuaku dah sedar.Jiran dah datang.
Mentuaku ini tak mahu duduk dengan anak-anak.Itu yang payahnya.Tak boleh nak salahkan dia jugak,apabila ana-anak dan menantu pergi bekerja dia akan tinggal seorang diri.
Jam 5.30 anak-anak,menantu dan cucu-cucu yang duduk KB dan Nah,adik bongsu sebelah suamiku dah sampai balik dari Pulau Pinang kerana ambik anak sulungnya yang dah tamat pengajian.
Lega rasanya tengok chek dah pulih.Rupa-rupanya dia tak lalu makan dan kurang minum air.Nak bawa ke klinik untuk masukkan air tak mau pulak,takut susahkan anak-anak katanya.Tak ada apa yang susahnya chek,inilah masa anak-anak cucu nak berjasa.
Terpaksa balik ke KB malam ini jugak sebab esok sekolah.Tak apalah Jumaat nanti kami pulang lagi ke Besut.
Bird Nest Craft
4 tahun yang lalu
sama jugak..
BalasPadamritu nenek jadi cmtuh..
kurang air..
yang kitaorang sume da siap baca yasin dah..
uhuk
Emmm kadang2 mereka lebih selesa tinggal umah mereka sendiri. Macam arwah nenek sy. Katanya, taknak menyusahkan anak-anak dan katanya lagi, sape nak bagi makan ayam die, sape nak tolong kemaskan umah die. Nak buat itu lah, ini lah...
BalasPadamhurmm.. :)
bila usia makin lanjut..rasa rendah diri..rasa seperti menjadi beban kpd anak2..rasa diri sudah tidak benilai..pasti akan menghuni hati tua mana2 insan pun..Wallahu'alam..
BalasPadamTsUjUn
BalasPadamWarga emas memang begitu agaknya.Tak suka minum air.Jaga badan kata mereka.Rasanya petua yang salah tu.
Shino.
Apabila dah jadi warga emas nanti,kita buat anjakan paradigma,kena tinggal ngan anak-anak jika mereka ajak supaya tak susahkan anak-anak memikirkan keselamatan kita.
Tak gitu?
tchersallay.
Agaknya begitulah yang ada dalam pemikiran mereka.Berilah peluang untuk anak-anak berbakti.
huhuh..
BalasPadambyk buleh blaja dari blog ni upanya~
hehee