Pening jugak memikirkan rumah mana satu yang nak pergi lebih awal.
Jiran depan rumah kenduri 31 hb Mei,nikah pukul 11.00 pagi.Kawan baik,atau lebih tepat dah jadi macam saudara sendiri,anaknya nikah malam nanti,manakala pukul 12.00 tengah hari esok majlis bertandang dari pihak lelaki.
Bagi Kedua-dua majlis tersebut,aku secara rasminya diminta buatkan hiasan untuk lauk pengantin untuk majlis makan beradap.ei...dah lama tinggalkan kerja-kerja ni.Masa anak-anak masih kecil dulu minat sangat buat kerja-kerja macam ni.sekarang ni minat dah menurun bab hiasan lauk-pauk ni.
Apapun yang mana harus didahulukan.Pergi di sini apa kata di sana!.kenapalah tak pilih hari ini,30 Mei 2009 sempena hari ualangtahun 'papa' yang ke .....55.Happy birthday.Mudah-mudahan diberikan oleh Allah kesihatan yang baik dan panjang umur,dimurahkan rezeki dan diperkenankan apa-apa yang dihajati(papa ni ada hajat apa?tak tahulah)
Kak Nun pulak memilih tarikh 31 Mei sempena ulangtahunnya yang ke 57.Harapnya kurangkanlah sifat suka bla...bla..tu,sebab akulah yang jadi mangsa tempat lepas tentionnya.Aduh..tak sanggup dah rasanya.Tulun....tulun..
Bird Nest Craft
4 tahun yang lalu