Selasa, 8 September 2009

Soal hati

Memang payah apabila bercakap soal hati dan perasaan,terutama apabila berkait dengan orang lain.

Walaupun kita cuba menyembunyikan perasaan itu daripada pengetahuan orang,namun kita juga yang merana dalam diam.Soal hati ni bukan berkaitan dengan perasaan hati orang-orang muda tetapi berkenaan dengan hubungan sesama adi-beradik,jiran,sanak saudara,ipar-duai,sepupu sepapa dan yang seangkatan dengannya.Dalam hal ini kita tidak boleh ada sikap beza membeza!.Mungkin bagi kita percakapan kita tu biasa aja,memuji diri,anak-anak dan lain-lain tapi bagi orang mendengar mungkin dia akan terasa.( Ingatan ini untuk diriku dan mungkin bagi orang lain jugak)

Sebab itulah adanya peribahasa yang mengatakan cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.

Bukannya apa takut-takutlah nanti hubungan akan menjadi dingin dan apa yang terpendam
akan meletup walaupun dalam diam dan hanya terzahir bagi orang yang mengerti dan memahami sahaja.

2 ulasan:

  1. Soal hati memang susah nak selesai. Terutama dalam kes yang puaskan semua orang.

    Oleh itu, orang yang tak berhati perut dan
    keras hati sangat hebat dalam menangani masalah ini.

    :)

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan Allah tidak meletakkan kita dalam golongan seperti di atas.

    BalasPadam