Sabtu, 26 September 2009

Pejam celik,pejam celik,cuti raya sudahpun berakhir.Bermula esok,maka kami para guru terutama guru yang terlibat dengan calon PMR kembali bergelumang semula dengan soalan-soalan dari negeri-negeri lain.kepala mula serabut memikirkan adakah target yang dibuat pada awal tahun 2009 mencapai sasarannya.

Jika dibuat analisa berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan tempoh hari,target yang ingin dicapai terutama bagi mata pelajaran BM jauh lagi daripada apa yang disasarkan.Bilangan calon yang mendapat A hanya 68 orang sahaja.Tak tahu apa lagi yang patut dilakukan pada saat-saat akhir ini.

Bagi bahagian B,buatlah latihan tentang langkah untuk mewujudkan semangat kejiranan dan juga mengapa amalan ziarah-menziarahi perlu dalam masyarakat Malaysia.Manalah tahukan kot-kot tajuk ni yang akan keluar nanti!!!!

Bukan nak jadi Pak Belalang tapi terdapat dua buah negeri yang membina soalan berdasarkan tema yang sama.

Untuk bahagian yang lain rahsia......

2 ulasan:

  1. dah sekolah esokye...he3x kita hari Isnin- memang sangatlah sibuk bila mula sekolah - padat dengan jadual latihtubi utk PMR .semoga anak didik kita beroleh kejayaan yang cemerlang...

    BalasPadam