Selasa, 15 September 2009

Musibah untuk menguji kesabaran.

Minggu terakhir Bulan Ramadan dipenuhi dengan dua kejutan!!.

Kejutan pada hari Isnin yang tidak boleh diterima dek akal yang waras,tapi itulah yang terjadi.Sehingga ke saat ini kami ( Sebab rakan-rakan satu sekolah )masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang menimpa salah seorang rakan kami.

Perasaan kami bercampur baur,sedih,marah,simpati dan empati.

Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang teraniaya,lebih-lebih lagi kepada orang yang membuat onar itu.

Sesungguhnya doa orang teraniaya tidak akan ada hijabnya.

Kejutan yang kedua baru sebentar tadi berlaku.kereta Das 8088 dilanggar oleh sebuah motorsikal yang dipandu laju oleh seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.

Bayangkan dengan tanpa lesen,berani memboncengkan 2 orang rakan.
Pada saat dan ketika ini aku memang tak boleh control kemarahan dah dan terkeluarlah kata-kata;

"Awak bawak motor ni ada lesen ke?"
"Beri mak cik nombor telefon mak awak atau ayah awak"

Dengan wajah takut-takut dia jawab,lesen tak dok,nombor telefonpun tak tak dok .
Maka sahihlah budak ni berbohong,dalam dunia zaman sekarang ni mana ada lagi dalam sebuah keluarga ,seorangpun tak ada telefon,budak umur 6 tahun pun dah ada telefon bimbit!!!

Yang pandu kereta tu pulak,lagilah menggeletar,nak marah ke budak kecik tu dan lagi sayang jugaklah keretanya.Lagipun budak tu gi langggar ketika dia dah berhenti dekat selekoh apabila nampak budak tu.

Cadangnya nak menumpang kawan sepejabat berbuka di Hotel Raudah,tapi balik semula jam 6.50 sebab yang berjanji nak tumpangkan tu tak datang -datang.Dia nak pergi sendiri dah tak ada mood dah.

Lain kali berjanjilah pada orang yang boleh dipegang janjinya!!!.
Paling penting menepati masa.Buat rugi masa aja pergi tunggu dekat Wisma

2 ulasan:

  1. owhhh!! taktau pape pun...
    huhu yeke..? teruk ke kereta tu?

    Kalau dah tau nk gaduh2 dengan budak yg
    bonceng motosikal tu, masa nk kena langgar
    je terus. Buat pengajaran mereka yang biadap tu..

    Pepun, kereta rosak boleh dibaiki. Cuma kena
    keluar duit sket, jangan kita yang kena..
    hurmm..

    Nasihat pada si pemandu, nnt tukar kaler Pink
    ok? Dah macam nak sampai seru dah tu.. :D hehe
    Sebab ari-ari duk doa kan?

    peace!

    BalasPadam
  2. Ikutkan hati memang kena buat macam tu.tapi budak-budak kampung ni samseng tak bertempat.

    Ooo sipemandu berangan nak tukar kaler pink ke?.Tak boleh,tak boleh membazir duit namanya tu.Biru tu kaler ori tu.

    BalasPadam